Menu buka puasa

Smlm aku buat kuew teow goreng.
Puas ati sbb sendiri mengidam. Husband mcm kureng sbb dia kata ada kerang n taugeh baru sedap.
Argh x kira nk mkn gak kuew teow goreng.
Huhu so utk husband aku buatkan dia sheperd pie.
Fair la kan. Cuma penat nye hoii rasa nak tido teros pas makan.
Sbb dua2 pon leceh bab potong bawang n balance rasa and texture.
If you got wut i mean. :p. Amatur mmg camni semua pon susah.
Tp rela aku masak setiap ari dari g bazaar.

Ada udang n ayam dlm kuew teow. Slurp.

Nah ini utk husband.

Boleh plak dia beli kan aku nasi lemak bungkus dia kata nah supper.
Supper nasi lemak??? Pitamm

Semalam gatal belikan playdoh utk umar bukan main excited dia main n bukan main stress aku kemas blik pastu haha. Naseb pagi ni dia da pndai main n x make a mess mcm smlm. Yer kitorg bgun sahur dia pon sibuk bgun gak n mkn. -_- naseb tdo blik pastu.

Korg da settle shopping raya? Aku almost settle blikan anak2 buah aku few baju. Ada rezeki lebih sikit tahun ni compare tahun lepas so kita share la ngn kids. Plus teringt masa kecik how excited dpt baju baru n seluar baru. Pastu catwalk dpn mak abah bila smpi rumah. I hope they will b happy. Bli kat padini je. Semua pon murah. Plus shopping weekdays sng lengang giler. Cuma xle lembab2. Tgok harga, pilih design tros bayo. Kalo umar da start jerit nk turun stroller apa pon tak boleh hihi. Parents sure phm. Tp rasa nk blikan husband gak la. Tgok la tday. Dia tu malas sikit nk masuk shopping mall weekend sbb crowded n pnt bulan poser. Weekend da bz kjr camne tu.

Okla saja update light2 for tday.


Bukan rezeki

Semalam aku buat bolognese and jemput2 je (cekodok).


Pastu sahur rasa kembang tekak makan benda sama.
Aku rasa sahur aku mmg takle telan spaghetti. Nasi or roti gak kena kat tekak.
Pastu aku da takle telan air milo dah. 3-4 hari minum milo bosan.
So esok plannye sahur nak minum nescafe n tgokla ok tak.

Arini sbnrnye ada cerita.
Lepas bgun tido, settle kan parcel customer, vacuum rumah, sidai kain n kasi umar makan, baru aku pos barang kol 3 ptg. Well ramai giler org.
Selalu aku g kol 12tghari or 1 ptg time bulan poser ni mmg laju je queue. Rupanye ptg ramai gila org.
Pastu singgah petronas jap beli roti boleh plak umar nak pau kindie egg tu.
Aku menyampah dorg ni pon g letak kat area counter harusla si umar mengamuk bila aku xnk belikan.
Rm4 kot! Umar skg obsess ngn surprise egg kat youtube tu.
Padahal dia baru je pau aku ice cream.
So sambil nak ajak si tantrum umar kuar kedai sambil pegang bungkusan roti n ice cream, boleh imagine tak rupa aku camne?
Lagi best ice cream tu end up tertinggal n terjatuh di perjalanan haha sbb aku g letak atas ktr.
Yer la kalut anak buat hal nangis2 cium lantai.
First time ok umar tantrum gitu. Nak jd kan cerita, otw balik aku beli air kelapa, boleh plak air kelapa tu xde isi.
Kelapa muda rupanye. Naseb aku x pregnant. Kalau tak lagi sardis ngidam.
Ni la dinamakan takde rezeki kot.
Balik aku nangis tros whatsapp alip. Gedik kan padahal small matter je.

Alip balik belikan ice cream, and kindie egg untuk umar.
Happy la si kecik tu teros melekat je kat daddy dia -_-.
Arini aku masak ikan masak asam pedas, ayam goreng kunyit n bread pudding.
Xde gambar sbb rushing serve and eyes glue on isteriku luar biasa. Hahaha



Resepi sup telur

In case korang takde idea sahur nak masak apa, boleh la try sup telur ni kie.
Sedap!
Aku memang masak letak sikit kiub pati ayam knorr ni.
Sup telur ni aku letak stgh kiub ayam knorr.

Ikot je resepi belakang kiub knorr tu kie.
Pepandai la nak alter ikot masing2.

Aku tambah sayur hijau seperti sawi or bayam or paperla ikot selera tekak masing2.
Padankan ngn ayam goreng or ikan goreng or tempe goreng.
Hoi kecur.


Ok selamat mencuba!

Cerita kosong

Korg sahur apa td?
Hehe aku x tido lagi dari malam td.
Ni la masalah if teramik coffee time berbuka.
So after this no more coffee time bulan poser.

Tapi lega.
Dah settle masak utk sahur.
Dah settle sidai baju.
Dah settle edit gambo shawls esok nak launch katanye. 
Dah settle lipat kain.
Dah settle gosok baju.
N the list goes on.

Malam td da siap potong2 cmni. Simpan dlm fridge. Sahur tinggal campak2 je.
Rasa2 aku masak apa?

Sup telur sedap nyer... Haha gilo puji diri sendiri. Buat lebih kasi umar makan tghari nti sng.
Lain2 siakap 3 rasa balance berbuka n ayam goreng untuk husband.

Husband bulan puasa makan double.
So knr masak byk jenis.
Tp paham la. Penat travel g kjr time bulan poser kan. Pas solat terawih da lapar balik.
Paham sgt.

Bring pumpkin pie to MIL's house last weekend. Pastu tambah beli murtabak.
Da lama tak baking...4 jam gak la buat benda ni.

Last week nye menu sahur. Hehe ayam kurma n sup telur.

Lauk berbuka/sahur. Nasi goreng n ayam masak paprik.

Ptg td husband makan roti john dari bazaar adik aku belikan.
Cannot telan sbb dia kata tak sedap.
Sian..naseb aku tak rasa.
Tuh la malas nak masuk bazaar. Bazir duit je lebih.

Tapi dulu aku dok kj time bujang, bazaar ramadhan kelana jaya tu sedap ok.
Menu aku dulu bihun sup daging n kuih je manjang.
Budget kena tak lebih dari RM8.
Hehe those were the time.

Now bertukang di dapur setiap hari.
Lebih berbaloi.
Ok la nak tido. Bye.










Selamat berpuasa

Lama senyap banyak tol benda in to do list everyday...
Tday puasa was quite productive for me.
Able to prepare sahur as early as 4.30am, melayan umar dari pagi smpai petang, amik gambar instant shawls untuk dijual (whatever make moneys) :p, do housechores and cook for berbuka.
Actually sama je jadual aku mcm tak puasa pon bezanye bab sahur je.
Now menyesal g minum neslo masa buka tadi sbb skg takle tido.
Ditambah dengan sakit tekak. Great.
Weekdays mmg aku masak malas nak beli kuih2 d bazaar sambil dukung umar. Lgpon husband sampai rumah pon dah kul 7pm. Makan la apa yg ada hehe.
Tp rupanya husband makan quite byk masa buka. (Well kjr byk kat opis - long journey naik lrt lagi totally understand that)
So ok la im gonna cook more for tomorrow onwards.
Aku sejak dah wean off process ni da tak kuat makan macam dulu.
Makan mcd pon xle abes. 

Td berbuka, aku masak kurma ayam, sayur goreng n tekur dadar. Pencuci mulut ada egg tart (beli smlm). Thats all. Yg lain2 tu ada kurma n epal. Tak smpt amik gambar sbb sebok hidang n suap umar makan skali.

Ni gambar sahur pagi tadi.


Ikan goreng takde kepala ( i thought my husband x suka kepala ikan haha rupanya dia ok je), sayur pak choy masak sos tiram (my current fav sayur) and telur goreng. Tak mix with kuah kicap tu sbb a bit pedas takot husband ku tak tahan. Buah apple and kurma (not in the pic). Milo wajib for sahur. I think balance la nutrisi food ku hehe. Sbb aku rasa fresh sampai ke ptg.

Kunun nak nap jap ngn umar tp tak ngntuk pon, i end up do other stuffs. Last2 umar yg nap 2 jam lama tol siap taknak bgun. Siapa yang puasa ni confuse aku.

On umar, i notice, if i handle him positively, he didnt show tantrum at all.
This past few days a bit challenging for me sbb umar on off nak bfeed balik.
So kasi la jugak. 

So minggu ni so far ok. No demam and active as usual.
Doc kata umar tinggi untuk budak age dia. Berat pon ok. Tak underweight. Plus dia baru wean off. Doc kata bagi dia masa untuk adjust everythg.
Maybe umar jenis "tall, dark and handsome". :p
Eh tapi tak dark la umar haha. Dapat gene putih.

Btw aku suka la doc kat abc klinik tu.
Aku suka klinik tu gak sbb bersih, cepat servis dia n sng parking.
Ko pejam sikit la mata bayo.
Time is money. I think i dun mind to pay for the good service.
Better sangat dari tropicana hosp yg tunggu berjam2 bazir masa husband knr amik cuti la aperla.
Plus price adalah lebih murah sangat dari tropicana.
The doc is nice too!
Aku smpai kol 12.15pm untuk jab, 12.40pm dah settle everythg n bayo semua. Kol 1pm dah leh makan mcd kat sebelah. Amazing kan?
Sila la yg dok damansara tu jab anak kat abc klinik centrepoint tu je ye?
Skg umar da besar, aku da confident g jab ngn umar 2 org je xde hal. 
Sng sgt bwk umar kuar skg. X bwk stroller pon ok je.

Last week umar on off demam sbb wean off kot. Naseb bukan denggi.
Tu yg aku bagi balik la breastfeed sehari sekali or 2x bila dia mintak.
Tp aku elakkan dia susu sampai tetido nanti lagi susah.
Just now aku penat, so i talk to him, umar susu 1 time only kie. After this tido tau. So dia susu sampai puas, and then dia melayan bebel ngn diri sendiri smpai tetido. Alhamdulillah no tantrum.
He eats alot too tday.
Tday i made him fried chicken dengan tepung adabi tu, dia suka.
I love it too sbb the fried chicken really soft and crunchy.
So merasala berbuka sambil suap anak.
Tp sbb umar sgt berselera makan, it made me happy.
He drink his fm pon quite well.
We are now change back to dugro plain milk.
So far susu ni paling serasi and umar minum laju.


Reward lepas umar jab aritu. Good boy sgt. Nangis sikit je.
Actually lepas wean off, umar makan sgt byk.
Dulu breakfast, pancake aku kasi sekeping, now aku kasi 3 keping with banana n yogurt, habis!
Tghari, nasi mmg habis.

Bangun tido, minum susu, and makan la apa yg ada - roti ke hapa pon habis.
Tp tu la berak nye pon byk jugak. 
Aritu da tanye doc, doc kata normal berak dia 2x sehari.
Sbb dia da on fm skg kan. Redho je la.

Buat harleys tu mcm rumah sendiri haha. Mainla lego tu lama sikit umar. Nak beli mmg tak. Sbb nanti mummy yg stress kemas. Tunggu tahun depan umar da pandai kemas sikit. Lego besar2 ada kat rumah tp biasala budak. Cpt bosan.

Okla da byk bebel, baru rasa ngntuk.
Selamat berpuasa korg~


Common sense

I think house chores can be stressful and at the same time a way for me to distress at the same time.
Confuse kan? 
Tapi tu la hakikatnya.
Few things really pissed me off this few days.

But time will heal i guess and i hope so.
I hope Allah lembutkan hati aku and let my mind forget those bad/harsh thgs.

Saja la nak ckp pasal perihal pos laju smlm.
Tentang common sense.
So i was holding cranky umar and a customer item that havent been put in the poslaju pamphlet yet.
As i just want to buy the pamphlet there.
The officer helped me to put my item in the pamphlet without i asked for his help.
He just took my item from me and help me to do it.
I felt so touched by an unknown human being gesture.
A stranger help me do it as he saw the situation himself.
God bless him and semoga dipermudahkan urusan kjr dia.
Small gesture but really mean so much to me in that kind of situation.
Perhaps it's my bad day and someone being kind like that really make my day.

This is lil reminder for myself as well.
Being kind, being alert to your common sense make you a better human being.
Regardless to anyone around u, your spouse, your family members or even a stranger.
You dun need to talk much to show your kindness and lil thgs like that will definitely make anyone happy.

So whenever u saw pregnant women or normal old women in the lrt, give them a seat.
Whenever you saw a struggle women with a cranky kid, give them a hand, they definitely will appreciate your help.



Random thoughts

Kadang2 bila rasa happy and bahagia kan, aku takot sangat sbb aku tau esok lusa Allah mesti nak duga aku dengan dugaan yang masyaAllah...yang aku tau aku takle handle.
Aku takot nak nak predict bila hari tu akan berlaku.
Esok ke... Harini ke... Lusa ke...
Pernah tak korang rasa camtu?

Tapi 1 je nikmat yang Allah kasi kat aku yang aku harap Allah pinjam kan kat aku lama sikit...
Iaitu umar...
Kdg2 aku stress sbb umar so attach to aku.
Selalu nak mengempeng ngn aku.
Aku tak tahan sakit badan dah.
N now bila fasa wean off ni sampai, aku rasa lega.
Tapi umar still attach dengan aku....
Nak aku je dukung and peluk dia.
Aku sebenarnya...bersyukur sangat2.
Umar still nak kat aku.
Yerla ada certain anak, adalah anak bapak.
Umar mmg attach to aku almost 95%.
Dah cebok bontot dia n mandikan dia n susukan dia n bagi dia makan selama ni aku, mestila attach to aku kan.
Aku tau Allah pinjam kan nikmat ni sementara je. Bila2 dia boleh tarik balik.

Aku bukan jenis manjakan suami nak buat semua benda.
Tapi memang kalau takde sape yg volunteer nak buat, siapa lagi yang nak buat.
Tak larat nak gado pasal tolong cebokkan bontot anak.
Tapi mmg aku jeles if baca suami korang tolong jaga anak, tolong mandikan anak...
Sbb aku tak dapat nikmat tu...
Semalam umar demam, aku pekakkan telinga memang sengaja taknak turun bawah pukul 4 pagi amik ubat or tuam badan umar. Bukan aku kejam. Aku memang penat sangat semalam. Plus aku nak uji, sayang tak dia pada anak. Aku tak peduli pon takde sape sayang aku. 
Jadi anak no 3, ko tak kisah pon pasal disayangi or tak. Yg aku tau, umar sayang aku. 
N aku sayang umar. 
Continue. So aku pura2 keraskan badan tido.
Ohs so boleh je dia turun amik ubat and tuam badan anak. 
Aku tak dengar apa dia bebel pon. Nak maki aku pon aku tak kisah.
Setakat makian, apa la sangat dengan dugaan lain yg aku face.
Nak uji manusia adalah bila dia sakit.
But sumhow aku relieve if anythg happen to aku, insyaAllah dia boleh diharap untuk jaga umar.
Sumhow aku rasa Allah bagi umar tru dia untuk aku faham maksud sayang yang sebenar.
Aku tau sayang pada Allah tu yang paling hakiki.
Aku kalau boleh...nak ada sorg anak je. Umar. Dulu aku nak 2 anak.
Tp since aku rasa penat nye sorg2 knr handle anak and rumahtangga, eh tak payah la no 2.
Cukup la 1. Sebab baru 1 anak pon, dah makan hati macam apa, aku tak le imagine if ada 2 anak.
Kot2....(sambung ayat sendiri)

Satu hari nanti umar akan kawin and left me...
Sementara moment tu sampai, aku akan attach dengan umar sampai la dia sendiri taknak kat aku.

Bukan apa td kat hospital dekat dengan fountain, ada few nenek2 tua tetido kat wheelchair.
Samada mmg dorg penghuni hospital or ditinggalkan anak kat hospital or takder anak, aku tatau.
Aku harap aku mati dulu sebelum tua.
Kalau boleh aku taknak lalu fasa tua.
Biarla mati dulu sebelum sakit yg menyusahkan org nak jaga.
Bak kata MiL aku yg aku akan ingt sampai bila2; "Allah dah tetapkan kat setiap manusia ni pengakhiran dia macam mana".
Well mil is someone i respect like my mom.
Alhamdulillah sometimes Allah tak kasi kasih sayang yang ko dambakan tru pasangan ko tapi melalui ahli keluarga dia.
Plus if anythg happen to ur marriage pon, family bonding tu still remains.
My mil handle all the kids all by herself.
A-Z all by herself.
She is so tough and sangat2 penyabar. Every weekend she do thgs on her own while my FIL have other stuffs to do.
Sampai skg dia pergi pasar sendiri, shopping sendiri, everythg sendiri.
Even pergi hospital sendiri for her checkups.
Tak pernah nampak dia marah2 ke apa.
I think i have to try to handle my stress. Insyaallah.
Everyday is learning process for me to be a better human being.

Lesson for today...
Dalam dunia ni, ko buat apa pon, belum tentu orang faham niat baik kau.
Orang suka simply judge tanpa tahu apa yang sebenarnye berlaku.
Contoh kalau korg baca blog aku ni, korang cuma tahu 20% je dari life aku.
Korang taktau pon the details and aku pon tak kuasa nak cerita the details.
Aku cerita apa yg aku rasa nak share.

Entry ni mmg random.
Blog aku kan. Aku punya suka la.
Bye.



Rindu asam pedas mak

Umar nye demam ni turun naik 3 hari ni.
Aku assume dia sedih berpisah ngan susu.
Sebab takde muntah. Apetite makan and minum normal.
Makan habis. Minum habis. Cuma demam masa malam je.
Lepas bagi ubat fever, demam hilang dan active macam biasa.
Pagi td demam, lepas kasi ubat demam, ok and active. Lepas mandi tetiba dia tidur pukul 12.30.
Hurms weird. Maybe kesan ubat demam pagi td kot.
Aku fikir nak bawak dia g jab esok, tp bila tengok demam dia turun naik camni, aku rasa nak bawak minggu depan la. Kalau demam memang doctor takkan jab budak pon kan.
Tapi aku still kasi breastfeed kat dia pagi2 masa dia bgun tido.
Plus susu aku pon da tak banyak. Sbb aku da tak bengkak susu.
So dia cuma minum sekali waktu pagi. Dia yg mintak. Aku kasi je la. Malam dah tak mengempeng. Mmg dia tido sendiri.
Tp fm (formula milk) still 3x sehari.
Bagus gak la aku tak g klinik mintak ubat keringkan susu.
At least masa umar demam sikit2 ni dia dapat la saki baki antibodi tru breastfeed. Haha memandai je aku.

Btw mlm semalam aku buat asam pedas ikan kerisik merah.
Aku jarang beli ikan sbb aku rasa ikan ni semua mahal kecuali ikan sardin n ikan kembong.
Tapi semalam aku tengok kat tesco, eh dua ekor baru RM4.
Murah la ni.
Aku rasa nak pergi lagi tesco beli byk2 utk bulan puasa nanti.
Dahla tak ramai orang. So cepat je dia siang ikan aku.
Jgn harap aku nak beli ikan yang tak disiang. Boleh nangis ok siang ikan kat rumah. Haha

Sbb ni first time kot aku buat asam pedas spnjg kawin, so aku lupa beli bunga kantan, daun kesum and tomato. Lantak la di situ. Nak jugak buat asam pedas.


Makan dengan telur goreng garing dengan sayur pak choy sos tiram. Combination yang sedap.
Husband siap tambah nasi. Wuhuu. Kalau ada bunga kantan semua tu mesti lagi sedap.
Aku masak just ingt macam mana mak buat je.

Frankly speaking, i always miss my mom's cook especially her asam pedas. Any ikan i dun mind.
Bercakap pasal masak, aku da knr plan untuk puasa nanti nak masak apa.
Puasa malas nak g beli grocery shop ok.
Nak dok umah je hahahaha (yo la tu).



So much to do...

I wake up early tday walaupon tido lambat semalam.
Smlm betul2 tak boleh tido. That's it. No coffee after 6pm.
Apapon smlm adalah hari produktif sgt.
I manage to do alot in my to do lists.
Today i bought nasi lemak for myself kunun nak byk energy buat kjr jap lagi.

Takle makan byk sgt skg sbb dah tak breastfeed kan.
Well, actually pagi td terpaksa mengalah dengan umar.
Tho he slept well all night long, he woke up at 7am, and said "1 je".
Haha tho i already apply asam jawa, he still breastfeed like nobody's business and after that ask for air masak.
Sanggup ko umar telan walaupon masam kan. Adoiyai anak.
Tapi dia tak cranky at all yesterday.
I just love umar more after wean off. Sbb dia pandai main sendiri, aktif, lebih ceria and independent.
Takde adegan terjah tiba2.
He eats alot too.
Cuma tuh la tak pasti dia serasi tak dengan fm ni he poops 3x nowadays!!
Banyak kot. Before this 2 hari sekali je ok.
Takpon sehari sekali. Now 3x sehari Of course im worried!
Then i tried google alot of moms face the same probs when their kids drink fm.
Oohss...
Before this mix breastfeed no prob at all maybe sbb breastfeed beri antibodi terbaik.
So it might neutral all the bad bacteria in the body. Kot kan.
I tried to monitor his poops this 2 days if prob gak knr change to laktosa free nye milk eh?
Will consult with the doctor next few days.
Umar patot ada jab ni. Im so bz this few days i will go on friday i guess.
Husband so so bz at work, i have to do alot of stuffs by myself.
I also plan to buy some groceries tday coz we didnt do groceries shopping over last weekend so i need to topup some stuffs- ikan, roti, and all.
Yesterday he came home at 9pm!! Dah la dia phone-less 4 days sbb phone rosak. Lega smlm phone baru dia da smpai. Tp aku da agak dia byk kjr la.
Selalu tgok drama kat tv, if bad thgs happened, sure the wife ada instinct sama kan.
Smlm aku xde perasaan camtu so aku assume kjr dia byk la haha. Umar dah 10x check ayah dia dah balik lom. Comel tol.
Tday mmg knr kua ngn umar no matter wut. Sian dia bosan. 
So gotta finish some stuffs this morning!

Anak korang suka dibo tak macam anak aku? Haha

Apps ni boleh selfie ngn character2 dalam cter dibo. Layan je la.


Fav dia tekan2 ipad aku. Aritu aku tgok dia terdelete byk apps. Geram je. Terpksa la install balik mcm2.

Pandai sangat tido sndiri skg. Suka tgok umar tido. Nak cium 10x je mulut ternganga tu.

Btw.....
Korang dah shopping raya belum?
I mean shopping untuk anak?
Hehe if belum...meh la tgok kat ig shop aku @shortalesbunny and @shortalesbunny_kids mana tau ada yang berkenan..

Tak comel ke kasut budak ni? Visit @shortalesbunny_kids

Tangan aku dah itchy dah ni nak order untuk umar. Visit @shortalesbunny_kids

Any daughter yang suka hello kitty here? Visit @shortalesbunny_kids kie

Or suka tgok mickey mouse club house? Hehe Visit @shortalesbunny_kids kie

Serius tak cair ke tgok kasut budak perempuan yang sangat2 cute camni? 
Visit @shortalesbunny_kids kie

Naseb aku takde daughter lagi....

Ramai order yang design ni color biru untuk anak dorg. I wonder why...


Btw...
Percayala if korg masuk shopping complex skg, it sales everywhere.
Puasa nanti lagi dasyat sale dia.
If nak jimat, cepat dan takot duit habis byk, shooping la online kie.
Yang ni plak antara koleksi baju budak lelaki dari @shortalesbunny...





Comel takk? Umar skg dah pandai. Cakap "nak pakai baju motorcycle!!!!"
Dah la baju motorcycle ada 1 je. -_-

Baju gigirl nanti aku upload kie.
Byk sgt. So knr bersabar.

Visit @shortalesbunny and @shortalesbunny_kids kie










Milk bottles and sippy cups

Entry ni untuk rakyat marhein macam aku kie.
Kalau jenis kaya takya baca entry ni kie buat malu i je hehe.

Membesarkan anak bukannya murah.
Setiap duit keluar rasa macam air.
So maybe aku boleh share experience aku guna milk bottles and sippy cups kegemaran umar.
Hope it helps other mums yang nak wean off.
Maksud aku hope it helps other moms yang gaya hidup sederhana macam aku kie.
If kaya, korg beli la brand yg mcm2 kat luar. Botol kaca, teat mcm puting ibu la dan sebagainya.


Yang takde dalam gambar botol susu and sippy cup brand FIFFY.
Tolong takya beli. Aku tau awal2 aku ada recommend beli. Now no more hehe.

Lepas fiffy bottle umar tak suka, aku pon start cari bottle apa nak beli untuk umar.
Aku beli NUK bottle with latex teat size L.
Alhamdulillah umar suka. Tp ntah nape lepas few time guna, mcm bocor2 kena baju dia stress aku.
Pastu hilang missplace ntah mana aku letak kat rumah MIL aku.

At the same time before that aku beli sippy cup MAM yang warna hijau tu. Mahal ok RM35 if tak silap. Memang jenis tak tumpah air ko tonggengkan camne pon. Sebab umar suka sangat sippy cup hijau tu aku buat sippy cup tu as tempat air masak dia. Means fm tak letak dalam sippy cup ijau tu supaya tak berbau.
So umar kalau kepedasan ke haus ke dia jerit je "nak air green". Gitu.

Alang2 hilang bottle NUK, aku beli sippy cup Avents plak yang kecik tu.
Umar tak suka sbb ada pemegang merah tu dia taknampak youtube dia masa dia tgh minum LOL.
So aku beli avent purple yang besar takde pemegang. Baru la umar suka.
Cuma still aku rasa terlampau gemuk untuk umar minum fm. Aku rasa dia minum lambat tol abes.

So aku try beli Baby Kiko 3 botol RM15 je.
Alhamdulillah dia suka. Dia minum pon cepat je abes.
Aku rasa sbb botol tu kurus n panjang so senang untuk dia pegang and tak kacau penglihatan dia sambil tengok youtube muahaha.

Now NUK bottle tu aku da jumpa so aku pon sukati la nak guna bottle yang mana n sippy cup purple ke. Camtu la. Umar takde masalah sgt nak minum fm dari sippy cup purple or bottles. If terbangun tengah2 malam umar minum air masak je setakat ni.
Tak pasti in future camne. Hehe

So kesimpulannye, beli la sippy cups yang berkualiti kie yang jenis tak tumpah tuh. Avent and MAM tu memang recommended. Make sure teat sippy cup tu jenis lembut. Bottle susu plak ikot kemampuan korg la nak beli memana hehe.

Sippy cups avents aku beli kat ig shop. Yang kecik RM30. Yang besar RM35.
MAM sippy cup and NUK bottle aku beli kat kedai baby kat curve. Aku rasa kedai kedai baby tu murah gak. Depan indoor playground tu. Pekerja dia malays pakai tudung. Kecik je kedai dia.
Botol susu baby kiko beli kat jusco.



Im officially....

WEAN OFF!!!

Omg happy giler.
Started by 6th june 2015, im officially wean off 97%.
Eh 3% per cter?
3% aku menyerah kalah kat umar sebab aku bengkak susu.
Tak sempat nak g klinik nak mintak ubat kat doc keringkan susu. 
Umar bila aku offer, punya tak stop ye hisap susu tros tetido happy. Sabo je la.
Sok aku g klinik insyaallah. Aku try letak daun kobis totally tak work pon. Still bengkak.

Entry ni untuk anak yg tegar susu badan (breastfeed) macam umar.
Tegar gila ko tgok dia minum susu ko takot sbb pelbagai position sampai mak aku n akak aku pon terkejut. Mak aku kata maybe anak laki cmtu kot. Huhu.
Sbb tu takde istilah nursing in public utk umar ye. Muahahaha kalau kat shopping mall mmg g babies room kalau dia nak susu. 

Do i miss the moments? 
Of course i am tp aku da simpan semua dalam memory.
Now it's about time to wean off sebab umar dah 2 tahun.

Thank you Allah sebab murahkan susu aku untuk umar sampai umar 2 tahun 7 hari dpt breastfeed.
Thank you Allah sebab bagi aku kesabaran yang tinggi untuk tempoh ni.

Okla, tho umar baru 2 hari completely wean off, saje la bagi tips untuk rujukan ibu2 yang nak wean off anak masing2:-

1) instead of sos tomato, sila guna asam jawa. I use sos tomato for 2 weeks n umar never give up selak n rasa dulu. But asam jawa only took him 2 days je untuk tolak taknak susu. Letak dlm bekas kecik sebelah katil, bawah bantal, dlm handbag, kat ruang tamu. Sng nak capai kalau kena terjah. Haha

2) i started to mix with fm when he was 1y7m. He rejected it as predicted. The first susu i tried was dugro madu or kurma kot. Alamak tak ingt. Then i switch to dugro choc. He's ok with it. So i continue with it. Tp sikit2 la kasi. Then i change to dutch lady choc sbb murah sikit. After that i change to anmum step 3 coz he like it but it didnt work well with his body. Berak umar cair for 3 days. So i change back to dutch lady choc baru la berak dia ok. So for now guna dutch lady choc je. He drink fm 3x sehari. Pagi lepas makan, ptg lepas bangun tido and malam lepas makan. Make sure korg kasi makan pagi, tghari, ptg n malam kie. Biar makan lebih takpe. In between, mestila kasi air masak. Umar mmg suka minum air masak. So takde masalah. Each susu session dia minum 4oz je.

3) The main prob was the last time he use milk bottles when he was newborns. So it's kinda tough for me to let him use milk bottle. So i tried sippy cup. Ok lets start with milk bottle first. At first i bought fiffy milk bottle but he seems dun like it. So i change to sippy cup fiffy. At first i like it until botol tu bocor berkali2 so i stop using it. I bought nuk bottle with latex teat. It works! Umar seems ok to drink with it. At the same time i bought those expensive sippy cups - avents, and alamak lagi satu tak ingat brand apa. Jenis yang ko terbalikkan sippy cup tu pon air tak tumpah. Haha totally worth every penny. Make sure soft teat nye kie. Umar ok drink from it too. I bought few so 1 bottle for air masak and another 1 for susu fm only. So xde la berbau sgt bottle nye.

4) so bila umar da ok minum those fm, serasi dengan body, barula cuba kurangkan bfeed session. Mula2 try nap ptg dia. Pastu malam. Jangan buat sekaligus haru biru. Knr bgtau husband sabar dengan proses cranky2 ni. Kalau dia selak baju, cepat2 apply asam jawa. 

5) umar da kurang bangun malam. If terbangun aku offer dia air masak je. Pastu dia tido balik. Tepuk2 bontot dia. Now da tak payah tepuk bontot da. Da pandai tidur sendiri. Da takde cubaan selak baju.

6) kalau dia cranky masa bgun pagi, greet dia dengan gembira. Or tanye dia. Nak breakfast apa. Hug dulu. Bukak kartun dulu. So normally aku kasi air masak dulu. Kasi breakfast kesukaan dia, baru kasi fm (formula milk). Dulu aku kasi gak air yogurt seminggu 2-3 kali skg aku da kurangkan sbb manis kan. Skg tgok la weekend je baru dia minum air yogurt. Aku tak la strict sangat. Aku nak umar flexible kenal banyak jenis air, perisa. So aku tak kasi selalu. Umar suka minum jus oren gak.

Ok nak tdo. Aku dah nausea. Aku rasa sbb mkn rib ptg td. Rib tu mil aku buat. Sedap ok! Tp tekak jawa macam aku ni memang problem! Campur tgok taik umar ptg td aku da rasa nausea. Aritu aku nausea lepas minum nescafe. Tp aku tak pregnant tau. Aku tgh period ni haha. Aku memang boleh nausea benda pepelik. Aritu aku nausea sampai muntah sebab bau ubat nyamuk. If nak pregnant lagi, aku kalau boleh nak skip trimester 1. Sbb aku tau sure aku nausea tahap kronik. Takleh bau fast food. Xle bau minyak. Nak makan sup je. Tak le g shopping complex sbb senang nausea bau food there. 

Hehe k la harap tips aku membantu. I feel like a bird today. So so happy i got my body back and oh my 7 hours sleep without interruption that i miss for 2 years. 

I love you son! Thank you akhirnye being independent.




Tuesday blues - kisah wean off umar lagi

Biasalah kalau balik travel mesti tepu. Kalau kog monday blues, aku tuesday blues.
Pastu kali ni tekad nak wean off umar sepenuhnye tanpa main2.
Berkali2 letak sos tomato setiap kali umar sebut susu. Haha
Pagi tadi dia bgun seawal 8 pagi time husband bersiap2 tu.
Pastu dia kata nak makan. Eh bagus jugak wean off ni gak kan. 
Aku perasan apetite umar lebih baik. (Berdasarkan pada hari ini hehe)
Siap tak cukup. So aku kena tambah portion dia makan lepas ni.
Kalau bf baby adalah sng untuk tidurkan balik, kali ni omg umar nye pusing ke kiri ke kanan. Panjat aku, pastu bising suh aku hug dia. Comel je jerit "hug" "hug".
Last2 aku yg ngntuk teros aku bukak ipad nah umar layan jap kartun 15 minit mummy nak nap. Umar tak nap aku yang nap pagi tu jap haha. Huwaaa awalnye ko bgun nak oi.
Yerla lepas da bgun mmg aku da takder full stop ngemas rumah, uruskan umar, masak, n g pos opis.
So umar berjaga dari 8pagi sampai kol 1.30 ptg. Lama gak la tu.
Pagi tu lepas bagi dia breakfast n mandikan umar, aku try bagi free sample anmum essential step 3 utk budak more than 1 year. Saja gatal nak try. Selama ni pakai dutch lady chocolate.
Umar suka ok susu anmum tu. Dia minum habis n tanpa dipaksa sangat. Kagum tol.
Aperlagi tros switch to anmum la nampak gayanye.

(Gambar dari google. Malas nak amik gambar hehe)

Dari awal aku mmg nak kasi umar plain formula milk means bukan perisa choc tp sblom ni dia reject dutch lady plain. Tau2 la kalau perisa coklat ni means ada pewarna/ gula tambahan kan. N now dia accept anmum. Walaupon situ tulis tanpa gula tambahan, manis jugak anmum ni. Aku rasa susu badan aku ala2 anmum ni kot sbb tu umar tros minum sungguh2 compare to dutch lady chocolate. Harga mahal sikit dari dutch lady. Td aku beli kat hiro RM29 aku rasa if kat tesco or mydin or kedai baby mungkin lebih murah. Aku grab je la mana tau tak smpat g tempat2 tu. Lets see if umar serasi and tidur lebih lama. So far aku kasi 3x je sehari. Pagi, ptg and malam lepas makan. Kalau tido mlm dia terbangun aku akan kasi air masak je. Hopefully bertahan. Sbb aku taknak dia minum fm pastu tak gosok gigi nanti rosak gigi la kan. Ni pon 1 gigi da rosak. Geram je aku. 

Btw harini proses wean off lebih baik dari sebelum nya sbb umar cuma breastfeed 2x je.
Seblom nap ptg and dalam keter masa balik dari beli groceries.
Tak sempat nak elak dlm keter tu haha aku lper la bawak sos tomato.
Dia da pandai tido sendiri tanpa mengamuk. Pusing kiri and kanan pastu tetido.

Cuma aku knr bertabah jadual umar da bertukar.
Tp tido malam lebih awal. I like.

8pagi - 1.30pagi = berjaga
1.30 pagi - 3.30 ptg = nap
3.30ptg - 9.30 mlm = berjaga
9.30 mlm = tido

Jadi aku pon knr tido awal. Hihi k nite korg. Sok lusa update lagi.
Aku tgh bz ngn macam2. 
At the same time siapkan website client.