Short break at bukit gambang, Pahang

Lepas reception adik aku kat temerloh, kitorg teros menuju ke bukit gambang.
Kejap je. 1 jam je da sampai dari temerloh.
Kitorg dah book and beli voucher dari groupon a week before.
RM288 for family suit kat carribean apartment include breakfast. Ada 2 bilik with 2 toilets.
Aku ajak parents aku n adik bongsu aku. Sajerla dah penat ngn wedding, kita brehat la kejap kan.
Kat sini ada 2 jenis apartment. 1 carribean yg kitorg dok ni and satu lagi arabian. Yang arabian hebat sikit apartment nye. Cantik n katanye pool dia siap ada beach buatan lagi. Tp yg kitorg dok carribean ni pon not bad. Ada lift. So dont worry kalau nak bawak org tua mmg ok sgt. 

Selesa gila la 3 org tido katil cmni. Adik bongsu aku tido share ngn parents aku. Pon selesa je.


Ruang tamu je tak best sbb kerusi keras. Kasi la sebiji sofa. Baru la sedap sikit badan. Sian parents aku duduk kat kerusi keras.

Apartment aku blok s mengadap kawasan kuda. Boleh naik kuda tp kitorg tak sempat nak try.

Bagi aku ok sangat la dengan harga cmtu.
Kat sini diorg ada water theme park, safari night dengan safari park.
So korg plan la betul2 nak g yg mana.
Aku mmg nak g rilek2 je takmo penat2 so kitorg just pergi night safari.

Sbb sampai gambang tu pon dah pukul 4 petang.
Rehat jap kol 5pm kitorg kunun nak gak la g wild savannah kol 5pm tp termiss. Last trem kol 5pm.
So beli tiket night safari siap2, kitorg g dinner dulu kat luar bukit gambang ni.
Ada byk kedai2 makan kat taman perumahan luar kawasan bukit gambang tu.

Adik aku n husband aku makan char kuew teow. Aku makan sup ayam n nasi.
(Tp aku end up cirit birit sikit not sure sbb lauk kenduri or sbb dinner kat situ hehe).

Night safari boleh masuk pukul 6pm.
So kitorg sampai dlm kol 6.30 pm terus la masuk.
Ohs rupanye byk je binatang yg boleh tgok walaupon katanya night safari.

Umar mula2 ngn liom tipu ni pon dia takot hehe.

Btw dlm night safari ni ada tempat nak solat n toilet semua. So takya risau. Tp kitorg leh buat jamak solat so xde la rushing apa2. :)


Ini turkey ye bukan peacock haha aku confident terpanggil ni peacock. Buat malu ngn budak2 kat situ je.


Umar ni suka tgok binatang kat sini tp penakut haha


Tp nampak muka dia teruja sebut nama binatang2 yg dia tau.


Lion ni besar ok. Nampak je kecik dlm gambar. 



Btw kitorg tak bawak stroller sbb bonet tak muat yerla bawak baju for wedding n hatarans kan, so memang gilir2 la dukung si umar. Tp okie je. X penat sgt. Mungkin kalau g safari yg siang lain sikit n penat.



Pastu ada night show tau. Aku sebenarnye kunun malas nak g night show ni. Tp husband aku looking fw for the night show. So baikla. Dah bayo sorg RM28 masuk night safari ni marila kita layan.

Best ok! Dahla in english. Dahla bear tu comel. Dah la dorg semua berlakon pon best. Best sampai umar yg 1 tahun 10 bulan ni kusyuk tgok! Cuma 10 minit terakhir umar dah ngntuk, dia bfeed n nap jap. Haha sabo je la. Cmne la ko bley tetido dlm bising2 tu umar. Kalau umar ni baby takpe la paham. So umar mmg pass la bawak g tgok wayang. Soon. Nanti la lepas wedding adik aku abes. Kita try bawak umar masuk wayang plak haha.


Kusyuk tgok tarzan.

Kesimpulannyer night safari kat bukit gambang ni seronok sangat. Bagi 5 star. Dalam ni pon ada cafe tau. Jual fries n mcm2 for dinner. Takderla mahal sgt. Yang restaurant mengadap lion tu mahal sikit. Yang dekat ngn kawasan elephant tu ok tak mahal. Kitorg tatau so kitorg makan kat luar bukit gambang. Up to korg la kie. Tapi night safari ni tak sesuai ok bawak orang tua. Sbb naik turun bukit. Seriously JANGAN bawak orang tua. Kesian dorg. Ada ke receptionist kat hotel tu ckp jalan sikit je. Naseb la penjaga kaunter kat entrance safari tu ckp tak digalakkan bawak org tua sbb berbukit bukau. Naseb la juga parents ku kata nak berehat kat bilik je last minute dorg takmo ikot g safari. Kalau tak mesti kesian dorg. Tp kesian jugak la parents ku duduk je kat apartment. Dorg siap makan je lauk kenduri. Sbb dorg malas nak turun ikot g dinner. Tp kitorg tapaukan sate siap2 utk dorg. Ohs apartment carribean tu takder microwave tau. Another slack la. Kalau ada microwave dah perfect dah. Tp ada fridge.

Pukul 9mlm kitorg da smpai apartment balik. Borak2 jap pastu tido sbb masing2 kepenatan. Yerla. G wedding, pastu g safari.

Esoknya pukul 7.40am cmtu kitorg turun breakfast kat carribean cafe. Sbb package groupon ni cover 4 org. So tambah rm20 je untuk additional person. Which aku rasa okie la affordable. N menu breakfast dia byk choice and sedap! Roti jala dia sedap sangat. Ada waffle, nasi lemak, omellete, cereals, bread pudding, breads n mee goreng. So memang sesuai la untuk perot masing2. Umar yg selalu nya cranky pagi2 pon makan ok. Lagila amazing. Dia behave well. Lega aku at least breakfast sedap n my parents pon enjoy makan.

Lepas breakfast kitorg g swimming jap kat swimming pool carribean apartment tu. Dia dekat dengan tempat makan. So korg bawak la pakaian renang siap2 masa turun breakfast. Tp hujan. So kitorg balik bilik jap. Umar da start cranky sbb tak dapat main air. Naseb la hujan berenti cepat. So kol 8.45 am kitorg turun balik. Siap2 bawak ball umar. 

Sbnrnye malas nak masuk water theme park sbb umar takot air. Tp kalini alhamdulillah dia da start berani and really enjoy play in the water. Rasa bersyukur sgt berbaloi g bukit gambang coz he enjoy do all the activities without cranky. Taktik dia kasi dia main ball pastu dia tak perasan tetiba dah kat tetengah air. Hehe.


Orang pon tak ramai sgt. Eh suka lah!

Dalam sejam je kitorg main air pastu balik apartment. Rehat, mandi jap pastu checkout kol 12pm.
Kitorg dtg sini naik 2 keter. Parents aku lalu exit apa ntah n dorg makan kat rnr temerloh which ramai giler org. Aku exit lalu gambang. N on the road side tu ada jual keropok lekor tau. Jalan tu dedekat ngn pekan gambang. Hoih sedap ok keropok lekornye. Pastu makan kat rnr gambang pon tak ramai org. Sng nak order. Tp kitorg makan laju2 sbb umar mcm da nak cranky2 sbb dia ngntuk.

Sampai kl dlm kol 3ptg kot. Percutian yang sekejap tp seronok. Highly recommended g sini. Umur umar 1 tahun 10 bulan ni otak dia mmg tgh berkembang n da mcm2 binatang dia tau. So time ni la seronok bawak dia tgok binatang2 ni kan.



Cerita hari jumaat

Dulu kan masa aku kjr, mmg jaranglah masak kat rumah manjang lepas husband amik tros dinner kat luar siap2 pastu smpai rumah solat maghrib tros rilek2 dpn tv.
Lepas lahirkan umar and auto jd suri rumah, jarang sgt2 kitorg mkn luar n most of the time mmg aku masak.
Sbb kawasan rumah aku ni mmg jam oit setakat nak g tapau food mmg tak berbaloi duit minyak keter. Fact tau.
Kalau dok bandar seri putra heaven wey boleh tapau memacam dlm kawasan rumah.
Takper benda yg dah di let go jangan dikenang.

Move on...
Arini aku ngidam sangat2 nk makan tomyam kat food court tesco mutiara damansara tu.
Aritu kitorg makan situ sbb aku malas nak masak dinner haha sbb brg dapur mmg dah abes.
Eh sebenarnye aku nak masak kuew teow dah tp husband kata takyah jom beli brg dapur so alang2 meh la mkn situ.
Sbb time aku nak masak tu dah kol 7pm. Balik dari pahang mmg penat wey.
Amik 3 hari gak la untuk recover.
Mula2 aku skeptical nak makan food court situ mcm orang kaya sgt kan demand. Haha
Pastu lepas makan tomyam ayam dia yg sedap buat aku teringin lagi harini. Dah la murah rm6.90 je pastu sedap.
Aku mmg fail buat tomyam.
Cair la aperla. Nyampah.
Pastu takleh buat selalu sbb husband x suka sgt tomyam n tak suka benda pedas.
Tak berbaloi la kan effort di dapur buat sesuatu yg aku je suka makan.
So arini tekad lepas umar bgun nap ajak dia kuar g tesco sbb nak beli tomyam ayam. Hahaha
Aperla mamak tu letak dlm tomyam tu buat aku teringat2 tomyam dia.

So kol 5pm gerak smpai dlm 5.15pm kot.
Lepas tu aku masuk la dlm tesco jap buy somethg pastu nak gerak balik.
Dalam kol 6pm gak la on the road.
Aku terkejut ok.
Hahahaha nampak sgt stock dok rumah jarang keluar g memana waktu petang jamm nyerrrrrr.
Omg. Kunun nak lalu short cut here n there end up stuck dalam jamm yg lagi dasyat.
Umar kat belakang dah jd cacing kepanasan.

Mummy y u r not moving...im bored...

I think it's been 20mins we still not moving...

Let me go...let me go....

Haha adegan lepas tu tett aku takleh cter dalam blog sbb husband ku baca blog ni. -_-

Yg penting aku sampai rumah kol 7pm and kelam kabut masak.
Tp aku da tau nak masak apa n dah kekuarkan ikan siap2 before g tesco td.
By 8pm da siap masak dapur pon dah bersih.


Simple je. Ikan goreng, telur dadar, sayur kacang goreng, pedal goreng, and tomyam ayam yang aku tapau sbb teringin sangat tu. Tempe goreng tu umar punya. Umar as long ada tempe goreng ke telur dadar ke ikan goreng ke mmg dia berselera.

Kesimpulannyer, ini kerja gila. Kalau aku nak keluar mmg tak mungkin selepas pukul 5pm lagi. Hehe penat merempuh jamm. Apapon korg yg bekerja n merempuh jamm setiap hari mmg gagah. I almost forgot bout all dat. So semenjak td aku nak masak lebih sedap untuk alip lepas ni. Dia lagi kesian naik lrt. Ntah apa jenis bau dia kena harung kan. Aku nak dia balik kjr dapat makan sedap n dapat rehat jap b4 tdo. Bukan nak kata 2 tahun ni aku tak buat yg terbaik, tp kdg2 aku ada la jugak terasa bila alip tegur ada masakan aku yg so-so. Contoh mcm tomyam aku cair ke. Cmtu la. 

So bila tadi dalam jamm td, betapa aku rasa stress tu cmne, aku terigt balik moment2 balik kjr dulu yang penat dengan kerja office and penat on the road and to look forward balik rumah nak makan n nak baring atas katil je. Buat aku tersedar n to be more ikhlas hopefully to make a better effort in the kitchen insyaAllah. Sebab setiap moment setiap hari tu penting kan.

Aku teringt haritu tatau la alip tu cakap jujur ke tak haha. Dia kata dia prefer masakan aku dari makan kat luar. Sejuk hati aku dgr. Rasa penat aku berbaloi baloi. Lepas ni aku nak buat soto ayam la. Lama tak buat.


My bro's wedding at temerloh - Part 2

So the next day wake up early at 8.30am (lepas solat subuh tido balik of course), had breakfast downstairs at mamak because this is budget hotel so takdak cafeteria. So mamak je.
My parents belanja breakfast pagi tu kat semua sedara mara n family.
Masa kitorg turun ada lah dlm 2 more family je yg lain da abes mkn.
Umar time ni mood ok. Weird tol selalu pagi dia mmg tak memberi kerjasama.
Siap makan roti canai dia. Lagi la amazing.

Pas breakfast, kitorg pergi pekan temerloh jap sebab nak cari tempat print voucher groupon hotel hye receipt sbb nak ke bukit gambang after wedding nanti.
Lupa nak print dari rumah. Lagipon saja la nak jalan2 tgok apa yg ada kan kat temerloh ni.
Pusing punya pusing nampak kedai jual ball bukan main byk ball.
Suh husband singgah jap beli ball utk umar n anak sedara aku lg sorg spy dorg tak cranky kat reception nanti.
(Anak aku je cranky anak akak aku ok je).
Rm2 je ok ball tu. Murah oit.
Rasa nak beli 10 tp buat semak keter plak xperla.

Pastu jumpa kedai printer. Akak tu siap tido. Rilek betul sampai aku knr gerakkan badan dia.
Yerla hari sabtu knr kjr. Stress kot akak tu kan.
Lepas print balik hotel aku teros siapkan umar n kasi dia main ngn sepupu2 dia kat bilik sebelah while aku bersiap.

Kali ni cukup masa untuk berootd dulu dlm bilik hehe.
Tanye hubs nak masukkan baju ke lepaskan. Nak lepaskan nampak kosong sgt sbb kalo tak nak letak beads kan tp malam smlm nye tu no mood. So end up aku masukkan baju dlm skirt. Hehe. Both top n bottom beli kat butik vendors dekat ngn rumah aku @nananovendors sbb baju aku tailor da siapkan tp skirt je tak siap. So malas nak amik dari tailor. Mcm tak berbaloi knr g shah alam amik baju yg tak siap. So ko g la siapkan dulu baju aku, aku beli je baju lain. 

Kol 12pm checkout and berkumpul kat bawah. Sesambil tu bergambar dulu la ngn adik beradik aku.

Ngan husband. Nampak nye ni la tema baju raya kitorg tahun ni hehe.

Ngn my mom on left pic. Gambar kanan ngn akak aku yg pertama and adik aku yg bongsu. Akak aku yg 2nd x dpt ikot sbb anak dia demam panas n kena warded masa hari reception ni.

Umar sbb ada BALL dia, mood dia baik sangat. Pfft now i know why parents angkut segala jenis toy anak kemana2. 


Biasa la gambar dalam hotel nampak fresh kulit ala2 flawless gitu.... Tunggu jap lagi...

Lepas tu kol 12.45pm kitorg gerak dari hotel menuju ke rumah pengantin perempuan which dekat je dengan hotel udesign ni.

Haha amik ko berkilat muka memasing. No close up pics. Sbb takot. Hahaha

Nantila majlis belah lelaki kat batu pahat baru amik banyak2 gambar hehe.
Kol 2pm kitorg da gerak balik. Cuaca pon sangat2 terik.
Tp alhamdulillah umar tak cranky sepanjang majlis lelagi da dapat bunga manggar tu.
Naseb aku da suap dia nasi before gerak g wedding.
Umar ni bukan reti makan nasi kat wed orang. Dia minum air oren je.
Kitorg g bukit gambang lepas wedding. Yg tu lain entry.
Akak aku balik kl jap singgah hospital lawat akak aku yg 2nd kat hospital ampang puteri sebelum dorg gerak balik ke batu pahat.
Hari ahad esok nye husband dia kjr ok. Kat johor kan ahad kjr.

Dah selamat dah kawin adik laki aku.
Tinggal majlis belah batu pahat akhir bulan 4 nanti.
Aku dipertanggungjawab buat dia nye wedding photobooth kat batu pahat nanti.
Harap cantik. In progress dah ni. Nanti aku update kie.



My bro's wedding at temerloh, pahang - part 1

Akad nikah adik i suppose hari jumaat mlm, 20 mac.
Ptg tu baru nak gerak dari damansara since husband i kjr pagi tu.
Tp i dah siap2 pack brg n gosok semua baju n tudung.
Letak dlm keter semua siap2 so that husband balik tinggal makan n gerak je.
My parents n adik2 i dah gerak by thursday petang.
Akak i gerak pagi jumaat.
Akak i lagi sorg last minute x dpt pergi sbb anak dia demam panas knr warded plak tu kat ampang puteri.
So husband balik kjr boleh plak knr rushing siapkan kjr client kitorg.
Takper i sabar lagi. I bagi dia masa smpai kol 4 ptg je.
Kol 3.30ptg i siap2 amik cupcakes kat womdermilk untuk letak atas hantaran.
Umar plak jenis yg masuk keter tros nak tido dlm car seat dia.
I terpaksa ckp ngn dia belum lg umar kita nk g kedai cupcakes.
Sampai rumah je i ckp ngn husband, bia je x siap kita kena gerak skg jugerrr.
Naseb husband mendengar kata. Yerla if jamm ke on the road mmg naya la kan.

Baru masuk highway dah tetido. Mmg tido sampai ke temerloh. So sila la train anak korg dok dlm car seat dari kecik. Insyaallah sng travel. Yg tak senang bawak budak ni g wedding org je. -_-

Sampai temerloh just nice kol 6ptg. Kitorg stay kat hotel u design temerloh.
Hotel budget semalam RM120. Luas gak bilik aku. Cukup untuk umar berlari2.
Mmg dekat je dengan rumah pengantin.
Sempat la nak rest jap n teros bersiap untuk akad nikah.
Pompuan ni bukannye jap bersiap.
Kena settle kan anak dulu, kasi umar makan and susu, baru la aku leh siap.
By the time turun, semua pon da siap nak gerak dah.
Sempat la amik2 gambar jap.

With my makciks2.

This is the only nicest photo of me. Haha sbb umar x berapa memberi kerjasama mlm tu. Tantrum sgt kat rumah org kawin. Lapar kot. Aku da kasi sikit food before gerak. Well. Too long kot tunggu. Kol 9.30pm baru selesai akad nikah. Bila umar dah tantrum maksudnye nak susu. Tp lepas susu dia tantrum balik. Eee geram je.

The only adik lelaki in 5 siblings. Tak sangka da kawin...

Dengan ex-roommate aku... Hahaha

Jodoh ok. Last year when my parents sebok nak kenen2 kan adik lelaki i dengan anak2 kawan dia, aku pon suggest la ex roommate aku ni. Dulu b4 kawen aku sewa bilik kat kelana jaya. Duduk ngn aisyah ni. Aku bukannye senang nak masuk dengan stranger. Tp ngn aisyah ni aku boleh masuk. Pandai respect org tua, pandai masak (compare to skill aku pandai masak maggi mee je time tu) haha, pembersih and bijak ok. Dia engineer kot. Paling penting pandai saving and seorang penjimat. Tp masa aku intro dia kat adik laki aku pon, aku x expect apa2 pon. Kalau ada jodoh ada la kan.. Pandai2 la korg. Tup2 dorg kata nak bertunang pastu 6 months after dat kahwin dah. Alhamdulillah.

Sebenarnye aku relieve sgt2 it's Aisyah jodoh adik aku. Sbb insyaallah dia yg terbaik utk adik aku. Setahun aku kenal aisyah tak pernah aku rasa x senang dengan dia. Aku harap dorg boleh bersabar sama2 dalam mengharungi rumah tangga. Seriously bagus xya bercinta lama2 sgt. Sbb bercinta lama2 pon nanti kawin baru la character masing2 keluar kan. Hahaha. So aku doa yg baik2 utk dorg.

Btw back to cter akad nikah mlm tu.


Lepas umar tantrum tahap nangis meraung tertinggi, lepas amik gambar laju2, aku la balik plg awal.
Sampai hotel umar ok je.
Aku suap muffin smbil kasi dia tgok youtube.
Smbil mogok taknak layan umar jap haha. Mcm la umar kisah.
Pastu aku pelok dia ckp ngn dia jgn buat lagi cmtu.
Pukul 12 mlm umar tetido pengsan.
Plan nye mlm tu aku nak jahit beads kat baju aku utk baju aku nak pakai reception esoknye.
Tp aku batalkan niat ku sbb pk if umar tantrum mcm td tak bermakna baju cantik lip lap lip lap cmne pon. Sobs.
So mlm tu aku just iron baju ku n tido...

U design hotel kat temerloh ni convenient sgt2 sbb ruang iron ada setiap level n dekat dengan bilik.
Wifi pon laju ok. 
Kalau ada fridge setiap bilik dah perfect. 
Yerla aku bawak makanan umar siap2. Sup ayam n nasi. Terpaksa tumpang fridge kat kitchen dorg.
Umar tu mmg jenis suka makan makanan yg aku buat je. 

Okla cter pasal reception esok aku sambung insyaallah.




Relief

Relief bila benda yg aku muntahkan semalam berjalan lancar. I mean byk dah settle.
Now im sleepy which is good coz i have trouble to sleep past few days.
Paling penting barang2 customers yg patot sampai semua dah smpai pada customer. 
Tinggal next week batch je.
Boleh la g pahang jumaat ni dengan hati tenang. Eh tenang ke. Ada la few more tasks tak settle lg. But later.
Goodnite all.


When you least expected it - part 2

Sebenarnya aku rasa belum masanya untuk aku update pasal benda ni...
Tp since lately ni mmg macam2 sgt dlm kepala hotak ku....
Aku rasa knr muntah kan gak....
Bunyi nye mcm menakutkan kan?

Ok citer nye camni...
If korg baca entry aku last week, aku baru je update pasal ada sesiapa nak sewa rumah kat bandar seri putra?
Tetiba pap da ada org nak sewa n dah bayar full semua ok.
Amazing tol sbb kitorg baru gak la advertise kan kat few platform dlm masa sebulan setengah.
Mmg tak pakai agent tp ada plak agent 'ulat' ni approach kitorg.
So nak taknak knr la bayo agent tu sbb dia yg cari kan org.
Cter pasal agent ni nanti la cter sbb nanti boleh mendatangkan kemarahan. Muahaha.

Alhamdulillah rezeki la kot?
Sbnrnye aku nak sgt dok umah tu.
Yerla bertapa ingat susah nye nak beli rumah time tu baru kahwin.
Baru tukar opis baru, lari jap time lunch nak settle kan urusan membeli semua. 
Time flies, lepas setahun kitorg still x mampu nk duduk situ.
So we decided to rent it out for good.

Tempat strategic, dekat dengan alot of facilities tak jamm mcm damansara utama ni.
Tapi xpe belum rezeki kan. Redha.
Kalau kita redha lepas kan sesuatu yang kita sayang mungkin Allah gantikan dengan yang lebih baik.
Percaya tu ok.

So now byk lagi x settle.
Nak beli lampu, kipas n pasang grill.
Semua tu aku la yg knr buat research.
Pasang grill tu la pening.
Dah contact few people. Tp tuh la budget rendah kan.
Nak simple tp secured tp in budget kitorg. Cmno tu.
Anyone nak recommend trusted people around area kajang, bangi, semenyih, bandar seri putra or bukit mahkota?
Macam aku cakap td aku dah contact few ppl and dorg tinggal nak dtg ukur n kasi quotation je.
Cuma will be nice if aku baca or korg sendiri share own experience kan?
Tenant ku masuk 1 april.
See 15 hari je lagi untuk aku settle kan grill, pasang lampu n kipas.

Tu 1.
Other thg, tgh tunggu preorder items customer ku sampai.
Aku check sok baru sampai all the customer nye order yg bulan 2.
Sbb dorg cuti raya cina aritu. Dorg cuti SEBULAN ok. Pfft aku baru tau. Aku patot close order bulan 2.
Tp aku tak tau dorg cuti. Lesson learned. Walaupon da terangkan kat customer tp x sedap la hati kan dorg dpt item lambat. Buruk la nama ig shop ku.
So insyaallah next plan mmg ready stock items je.
Tp tunggu la. Modal nye pon knr byk.
Nak kumpul modal tu hoih berpeluh.
Tp puas ati tau. Bila ready stock item ni, customer bayo, terus je pos.
Tunggu ok. Tunggu saat itu.

Pastu wedding adik aku weekend ni.
Baju aku tailor baru siapkan. Esok baru nak amik.
Nape la aku pakai tailor lagi kan nape x pakai ready made je.
Ahah tu pon nanti la explain. 

Rabu ni memacam aku nak settle kan.
Nak amik baju melayu laki aku, nak sign agreement rumah, nak singgah here n there.
Aku mintak tolong parents aku teman. Saje la nak kasi dorg tgok rumah tu dulu b4 org lain duduk.
Sedih sbb mak abah tak sempat pon dtg lagi, rumah dah knr sewakan.
Takpe knr redha kan kan kan.

Ok now dah update entry baru perasaan mengantuk datang.
Susah nak tido sekarang memikirkan byk benda.
Tp still bersyukur sbb Allah bagi byk peluang dan permudahkan perancangan kitorg.

Cerita weekend lepas. Umar jumpa cousin - mikhail. Skg da pandai main sama2 dua2 ni. Suka tengok. Umar mmg da pandai berkawan skg. Lagi beso budak tu lagi dia suka. Ohs lagi satu dah kena start buat research playschool umar tahun depan. Dah jumpa 1. Dekat n harga ok la. Not bad. Cuma nak parking tu bercinta. Well what u expect living in damansara area rite. Everywhere like sardines. -_-



Jangan tanye apa2.

Never knew i can love someone this strong.
Rasa nye umar sayang mummy mcm mummy sayang umar tak?

Perasaan kat dalam ni sgt fragile. Hoi cepat la period abes. Aku tak sabar nak merintih dalam solat. 
Biar rasa lega dalam hati Allah dengar.
Sebab Allah je jadi saksi setiap hariku.





When u least expected it...

Was in pain this morning, so duduk kat lantai sambil kepala kat katil, then umar came to me usap2 kepala. Haha teros kurang sikit rasa sakitku.
I guest this is human instinct rite? Sigh dah besar dah umar...
Kalau nak cerita pasal development dia mmg panjang.
Malas. Not tnite. Coz im a bit tired as umar down with flu jap g dia bgun nti merengek2.
Tp td siang macam tak sakit langsung cuma kesian la hingus meleleh gitu. Mood makan pon ok.
Tp aku saje la buatkan dia porridge mana la tau dia xde selera makan. Ok gak dia makan. Habis.
Aku mmg penggeli sikit bab2 selsema ni.
Ada 1 ubat selsema umar jenis syrup so pharmacist tu suh campur ngn air jus sikit.
Sng tol idop. Hehe umar minum ngn rakus jus oren dia.
Dia tatau dlm tu ada ubat.
Pastu nak bersihkan idung dia pakai jenis ubat spray tu punya la payah. Eeee.
Ni mlm aku suh dia main smpai penat. Jap je da tetido ni. Sng kjr. Tp ok kot. Tak dengar bunyi nafas masa dia tido. Tak macam smlm. Semalam dengar dia bernafas tru mulut. I guess tgh recovering la kan?

Ohs bout tday.
Im a bit down petang td.
Rasa mmg malas nak masak sgt tp kena masak. Paham?
Nak masak tatau plak apabender aku nak makan.
Ok la last2 decide for maggi goreng je. Sbb sng n kenyang.
Maggi goreng ayam letak cili padi ngn telur mata.
So paksa diri keluar jap ngn umar g hiro ptg td nak beli telur n maggi je kebetulan stok habis.
Si umar bab jalan kan dia on je. Langsung tak macam sakit. Sabo je.
Siap emo nape kejap sgt jln paksa aku masuk hiro balik.
Aku sampai kena berselawat letak umar dlm carseat dia.
Macam aku culik budak plak. Padahal anak sendiri taknak balik.
Haha naseb aku pakai tudung instant yg wutevs.
So umar tarik2 pon xde hal la.

Tp dlm keter aku suapkan dia pastry aku beli kat hiro.
Teros ok budak tu. Macam2 tol.
Aku sampai rumah je moksu dia da sampai.
Moksu dia offer bawak umar g playground.
Haha rasa bersalah la tu sebarkan virus selsema kat umar.
Okla sementara moksu g playground bolehla aku nak masak kunun nye.
Tiba2 husband plak balik. At 6.30pm. Wau. Amazing.
Husband ku tak pernah balik awal cmtu.
Pastu dia ajak g beli groceries. Tatau la cmne dia baca fikiran aku.
So mohla kita ke ou aeon jap sbb diapers umar pon da nak abes.
Esok n lusa husband akan bz ngn mcm2 kjr.

Sampai rumah 7.30. Takya masak sbb da beli bbq roasted chicken kat aeon td. 
Husband buat potato salad n french bread dip with mushroom sauce. Cukup dah for dinner.
Tp aku makan pon cmtu je takder perasaan.
Of course bersyukur sbb di kala aku down Allah permudahkan hari aku.
Aku kalau down aku cuma nak makan dessert yg sedap. Will be nice.
1 slice pon da cukup. For now teringin red velvet. Sgt2.
Mungkin if rajin sok aku buat. Tp aku menyampah sikt bab buat muffin or red velvet ni sure byk pakai telur. Tgok la esok kalau craving ni masih ada. Bahan2 macam ada kat dapur tu. Kot.

Will be nice if u r in my stomach rite now....




30 and aging.

10.30 pm - umar fall asleep
11pm - thinking to browse a bit
12pm - tried to sleep and recite all surahs but still cant sleep. Umar woke up for bf session.
1am - still cant sleep. Ok lets stalk ppl or ig shop
2am - still cant sleep. Umar woke up for bf session
3.30am - finally can sleep. But umar woke up for bf session. It's ok finally i able to sleep

It happened 2 nites in row. So today i change my schedule. Tho i felt so restless, i didnt sleep back after husband went to work, do some housechores and do all the routines and hope tonite i can sleep tight. I even bring umar to playground at the evening. Pity him it's been raining this few weeks so tday sempat la bawak main before it rains again. He able to say hi and bye to his friend before we all heading home. I think it's aging factor. So this is how 30s life like. Restless and hard to sleep. Tired all the time. Addicted to caffein. No exercise at all. Pfft. Ok i want to exercise starting by next week not this week because i want to enjoy this week first muahaha. Btw tday was my first day period. No wonder la explain the hormones.

That day umar saw this book and said "mummy". Wth? Do i look like a pregnant lady??! They said kids dun lie.

But that day while breastfeed i open si cantik rnadiasabrina's ig.

Suddenly he said "mummy". Muahaha

So muka mummy ala2 si cantik rnadiasabrina n badan mcm pompuan pregnant eh umar? Lol.
Need to exercise ASAP. :p

Btw on umar...

He luvvv to sleep at his baby cot nowadays.

Such a relief rasa berbaloi beli baby cot ni. 

Skg da sng bawak umar makan luar. Xya nak bukak ipad sgt. Sbb da pandai bawak diri. Main perkakas atas meja. Menyepahkan meja.

Potong lalang kat rumah bsp. Hahaha. Dun ask. Naseb la x pindah sini lagi. Playground dia buai pon takder. Ada slide je. Rumah ni kitorg nak sewakan. Anyone interested nak sewa kat bandar seri putra?

Belum ada rezeki nak duduk lagi. 1 fine day kie.

Drink milk with style. Hahaha aku tgh lipat baju dia pon sebok nak pakai baju. So that explain nape berlapis2 cmtu.