Aku rasa minggu lepas hampir setiap hari aku keluar dari isnin smpai ahad esok ni. -.-
Penat nye tak recover2 haha sampai alip cop aku kaki tido eeee mana ada. Ig shop aku stop jap few days masa raya cina ni sbb sumpah aku tired sgt nk update apa2. Tp takperla kan raya cina pos laju pon tutup n supplier aku pon tgh cuti ye smpai isnin lusa ni. So aku akan promote ready stock items dulu this few days. Nanti aku nak bawak masuk ready stock baggy tops sikit. Sbb cuaca lately ni sgtttttt panas. I dunno bout u but wearing loose top/baggy top mmg selesa. Ni aku tak bawak loose top balik umah mil aku, berpeloh2 dlm rumah wey. Sbb skg da berjinak2 menutup aurat dengan lebih baik. Belum sempurna. Belum. Tapi lebih baik dari dulu insyaallah.
So follow la ig shop ku. Aku tgh cari lagi supplier yg jual loose top yg lebih murah kie. So that kita sesama boleh tutup aurat dengan lebih baik ok? Nak pergi pasar, kedai ke, jogging kat taman ke, mmg perlu berpakaian simple tp masih cover aurat. Aku dulu manjang bawak umar g main playground pakai cardigan. Dulu ok lagi takla terok sgt berpeluh skg tidak lg. asik knr basuh sbb cuaca panas yg amat. Aku pon cpt busuk. Wuwuuu.
Btw sad esok parents aku da balik bp. Best tol seminggu ni spend time ngn dorg. Umar pon heppi sgt kol 10 mlm je da tido sbb main nye non stop. Bagus. Sng kjr aku kan.
Ni ari rabu lepas teman parents aku g wed kat shah alam. Akad nikah cousin aku kat surau situ. Umar ok la puas dia berlari. Menangis. Sambung berlari. Makan cupcake sambil comotkan diri lalu tertido dlm keter. -.-
Naseb adik aku cuti dia la yg drive. So takla penat sgt sbb mengejar umar je kan. Haha adik aku tensi sbb semua org ckp dia gemok pakai style tudung cmtu. Aku pakai cmtu takpe la sbb aku mak orang. Plus terbukti bila aku pakai style cmtu, dukung umar berkali2 plus dia tetarik tudung aku pon masih static tudung aku terletak. Yey good by that i dun need to buy naelofar tudung la or any instant shawl. Jimat duit. But would love to buy and try 1 jugak la nti. Nowadays da byk instant shawls shud try soon.
Ohs before g shah alam ni sempat la aku g pos laju ingt nak amik brg customer kat damansara damai tu. Sbb a day before aku takder kat rumah so knr pick up brg kat situ la. Punya la lembab servis. Stgh jam x sampai lagi turn aku masih ada 20 numbers knr tunggu. Mmg aku balik la karang tak sempat nak g wed ni kan. Aku suka g ttdi nye pos laju. Walaupon kdg2 ramai gila orang tp laju ok servis dia. Customer je yg lembab2. Staff dorg bagus. Efficient sgt. Senin dpn mmg aku g seawal 8.15. Yg arituh sku g 8.30 da smpai tp knr tunggu 30 numbers alahai cmne tu. Or mebi aku call je pos laju suh re hantar item tu kan. Will see how.
Khamis g wed member alip plak kat putrajaya.
Mmg salah aku time ni x susu kan umar puas2 before kjar keter. Aku da susukan actually n da bagi mkn siap2 dlm keter. So aku ingt lepas makan dia ok. I was wrong. Cranky abes dari awal smpai abes aku makan. Aku ckp ngn husband xpela awak lepak la dulu ngn kawan2 awak aku g susukan umar dlm keter.
Selfie je la sempat. Takder gambar di majlis kawen kawan alip sobs.
Jumaat takla g mana sgt beli kain kat jakel je tu pon by tghhari da smpai rumah. Ptg keluar jap g tesco. Tp mlm pon masih penat tak sudah.
Sabtu td g wedding my cousin kat dewan uniten. Dewan tu boleh plak knr bukak kasut. I pakai heels yg jenis tali susah nak bukak tu. Sigh kalau la tau style gitu dewan nye mmg aku pakai shoes ke apa je tau. It was hot. Dukung cranky umar. N susah nak bukak kasut.
Selfie dulu kie karang umar ni moody mati la penat karang nak layan dia. Nak dukung dia.
Tp alhamdulillah lepas umar meet up cousins dia yg dia jarang jumpa teros dia ok. Amazing sgtttt. First time i makan lauk kenduri dengan tenang macam zaman anak dara. Siap tambah plak makan kuih n minum kopi dengan tenang.
Sblom ni asik la knr makan laju2 gilir2 ngn husband. Lepas umar main ngn cousin2 dia teros dia lupa kan aku. Takmo makan nasi n makan keropok je. Ee geram tol. Ptg aku sumbat kek sikit. Malam mkn donut sbb dia taknak makan nasi beriani. Tu pon da syukur dia nak makan donut wey selalu mana nyer nak. Selalu dia nak makan nasi putih n sup n ikan goreng n telur. Sbb tu la aku rajin bawak bekal dia kemana2. Tp tghari td dia sebok main sbb tu dia xnk mkn kot. Tp kuat minum air n tak mintak susu pon bagus.
Dengan adik beradik perempuan aku, hehe. Adik bongsu aku je single. Korg ada adik laki yg single da kjr nak gf x? Hahaha adik aku belum jumpa jodoh. Adik aku kjr bagus. Ada ktr. Independent n suka cter korea. Muahahaha boleh promote dia cmni. Mampos kalo dia baca ni.
...heppi main ngn cousin2 dia.
Malam td lepak jap umah akak aku sempena besday anak dia aritu. Heppi la dorg ni main non stop. Umar last2 tu nangis sbb.... Tak terer masuk gelung bulat tu mcm kak nasya. Adoiyai si umar ni awak tu baru 1 tahun 9 bulan. Skill melompat tu pon belum sepenuhnya. Huhu mcm2 peel si umar ni lately mmg knr bersabar. So bila 2nd baby? Obviously im not ready yet.
Pancit gila handle umar sorg. Tunggu umar besar sikit dlm 3 or 4 tahun baru la ada adik ok. Sila diaper free n minum fm kie. Penat la asik mengempeng je. Grrrr. Apapon im blessed with this kind of happiness. :)
0 comments:
Post a Comment