Bercuti di cameron highland - day 1

Mula nya plan nak gerak kol 8.30 pagi.
Lepas solat subuh, aku teros buat breakfast roti prata n sardines je smbil buat burger for our bekalan.
Aku baca blog rata2 kata jam kan nk naik cameron.
So lepas siap bekal semua, aku bersiap dulu last skali baru bgunkan n mandikan umar.
At the end kitorg gerak kol 10 pagi dari rumah. Cet.

Dekat highway okla jam sikit2. Aku pon smpai tetido2 hehe. Umar pon tido je sbb mmg waktu tido dia. Sng kjr aku. Tp by 11.30am umar da bgun. Okla aku terus suap dia nasi with sup ayam. Aku mmg da bawak bekal umar untuk lunch n dinner. Sng. So if stuck dlm jam xdela sape2 kelaparan.
If perot kenyang xde sesapa yang emo or cranky kan.

Mulut comot sbb suap muffin as bfast dia. Tu meggi tu bekalan kat sana manala tau memalam lapar. Untuk kitorg bukan umar. Umar suka pegang buat main je sambil goncang2 bila dia sebut "shake shake shake". 

Perot da kenyang keter gegar2 teros tetido. Bagus bolehla mummy nap gak.

B4 that amik gambar luh la jap g tido confirm shawl snget2

Umar tido sejam je. Dlm 11.30 dia da bgun. Kita dalam jamm lagila umar. So aku suapkan dia nasi with sup ayam + sayur. Bau sup umar menyebabkan kitorg pon da lapar so kan sng mkn je burger yg aku buat. Takyah buang masa stop kat r&r. Save budget n masa. Jd mak camnila. Knr plan byk benda. Laki ada pk semua benda ni? Ada pk pasal bekanan anak. Susu anak. Extra diapers knr bawak baper. Allah jadikan perempuan ni mmg cukup sempurna. Sbb apa? Sbb kita mampu multitasking n fikir byk benda at the same time. Bila penat, take a break and take a deep breath. Kdg2 husband x positif x faham xpe, yang penting ko tau apa yg ko buat tu betul. Kalau rasa penat nak argue lebih2, diam je n senyum. Allah tau...

Sorry bebel. Hehe x de sebarang gadoh pon spnjang perjalanan. Jgn salah faham tau :). Ok back to story. Itinerary mmg ikot plan aku. Kalau aku tak buat research nak g mana n dok mana, ntah le..... Alhamdulillah segala perancangan kali ni sempurna bagi kitorg. 

Hasil baca blog orang, aku rasa day 1 sempat buat benda2 ni:-

- Ladang teh boh bharat tanah rata
- Lavender garden - tringkap 
- Big red strawberry farm minum ptg
- Check in hotel
- Pasar malam brinchang


Lavender Garden (2-3ptg)
Sampai cameron dlm pukul 2. Aku ajak husband g Lavender Garden dulu sbb takot ramai orang. Plus ramai ckp tempai ni wajib pergi. Masuk adult sorg RM5. Bawah 3 tahun free. 

First impression aku bila masuk, eh nape lagu cina jinjang berkumandang. Nape byk tanglung cina? Rasa macam masuk kebun owner cina pon ye. Aku imagine tempat dia luas. Tp in reality berbukit n nampak cramped. Bila aku nak kuar baru aku terfikir ohs mebi sbb nk raya cina kot. Thats why decoration dia cmni. Tapiiiii garden ngn tanglung cina wey x masuk. Ni bukan shopping complex. Haha ada owner dia kisah? Janji korg bayo masuk tempat aku! Agaknye la cmtu dia pk... Bagi aku okiela. Tak meet imagination aku so a bit disappointed di situ. Tempat ni best la untuk bergambar. Aku malas nk crop2. So ada gambar yg ada tanglung cina tu korg tgok n feel x lavender yg cantik tu? 

Skirt aku tu terbalik x sempat aku nk betulkan sbb umar nk melekat awal2 mood dia belum panas.

Btw cuaca panas ok tak sejuk langsung. Okla dia berangin je cmtu. Maybe sbb aku g bulan 1. Kalau bulan 10-12 kan musim hujan mungkin sejuk. Musim hujan xya la korg turun cameron. Bahaya tau sbb ada area tanah runtuh tu kan... Bagi aku just nice la cuaca cmni. Sng nak berjalan. Biar panas la bagus kan. Kalo ujan, agak nye dok dlm hotel je.

Bila mood umar da panas, nak berjalan je. Ko tgok tanglung merah tu... Eee sakit ati tol rosak fefeeling nature cantik.

Suh ada budak amikkan gambar bertiga.

Camni baru la cantik shot aku amik hijau semata! Hehe

Umar, action! Hehe


Rate tempat ni: 3/5. Kawasan dah cantik. Just tanglung cina n lagu cina tu je buat slack feeling.

-----------------------------------------------------------------------

Bharat tea plantation - (3-4 ptg)
Masa kitorg sampai sini pelik eh nape mcm takder org. Rupanya bharat tea ni ada 3 cawangan dlm cameron. So yang kitorg g ni mungkin x ramai sgt org. Bagusla. Best lepak tak ramai org. Sbb da lunch dlm keter, barula leh feel minum ptg ngadap ladang teh. 


Kopi coklat yang sedap makan dgn kek choc indulgence. Alip nye coffee biasa2 kot. Total adalah dlm RM21 kot.



See tak ramai org. Best la mmg fefeeling minum sambil tgok ladang teh.

Jemput buat macam rumah sendiri umar... 


Tak naik smpai atas pon. Just amik gambar sikit2 sbg kenangan.




Rate 4.5/5 sbb tenang n tak crowded. Kalau menu tu buat proper lagi bagus sbb org mcm aku mana la nak tau teh apa yg patot rasa kat situ kan. Kitorg lepak sini adalah dlm 45 minit gak.

-----------------------------------------------------------------------

Big Red Strawberry Farm (4.30pm-5.30pm)
Lepas g bharat tea aku suggest husband g terus big red strawberry farm sbb dia kat brinchang. Tp husband kata nk check in dulu sbb takot dpt bilik tak best walaupon da bayar bilik tru on9 kan. Hurms ok la aku ckp if setakat register ok la. If dah bawak naik brg nak turun balik mesti malas. Aku assume jalan nak naik ke hotel copthorn which from tanah rata to brinchang akan jam sbb aku baca ramai kata jam tp rupanye ok je. Malah x jam langsung. Amazing. Umar pon tgh nap dlm keter. So husband je kuar g check in. Dlm 15 minit settle. So kitorg terus g Big Red Strawberry Farm. Terletak 5-10 minit je dari hotel if tak jamm. Again kitorg lucky sbb tak jamm. 

Kat sini a bit tough nak dapat parking 2x pusing baru dpt spot parking. Jln a bit curam and all but nama pon kat tanah tinggi kan hehe redha je la. Bgun kan umar n tros menuju ke cafe. Sbb nk makan scone or waffle or whatever la. Tapi umar taknak duduk makan. Dia nak berjalan so sementara husband order, aku pon bawak la umar berjalan. Semputnyeeee sbb dia berbukit sikit jln nye.



Suka la tu tgok fish. Kejap je pastu g kat husband balik nk mkn waffle nyum2.

Ice cream da cair sbb aku berjln lama sgt ngn umar. Try suapkan umar sikit tiba2 dia muntah. Rasanye perot dia da start masuk angin plus jln kat sini kan memeningkan. Tp dia muntah kat husband haha emo gila laki aku. Grrr naseb aku tak paksa dia beli tshirt gambar strawberry hihi. Sape suh bawak baju cukup2. G holiday kena la bawak baju extra kan. No?

Tp budak tu mood dia ok je. Aku mkn cpt2 n kitorg amik gambar sikit kat dlm ni.


Umar, mana duck??

Aku lupa amik gambar ngn pokok strawberry la. Laki aku tu jenis nak cepat je kjr nye. Tengok2 da turun bukit ngn umar. Taknak la aku selfie ngn pokok strawberry sorg2 hahaha. 2nd day laki aku knr sound ngn aku "kata g bercuti tp nak cepat je macam mana nak enjoy scenery". Hehe yerla xde benda nak rushing sgt pon sbb just nice dah plan g all the places ni.

Kat sini kan....aku kan....

...terlanggar laki baju oren kat belakang tu dia hampir jatuh tangga okieee. Hahaha tp aku dah say sorry dah. Kan da ckp kawasan kat sini curam byk tol tangga so knr berhati2. Hehe laki tu mula2 bagi pandangan tajam kat aku tp dia senyum pas aku say sorry naseb baik. 

Overall 4/5 gak rate aku kasi kat Big Red Strawberry Farm ni sbb dessert dia sedap plus umar pon happy dapat tgok fish n berjln dlm ni. Walaupon ramai org tp takderla sesak sgt nk amik gambar ke apa. Tu pon x g bahagian cactus sgt sbb malas. Hehe

-----------------------------------------------------------------------
Dinner at Fendi Steamboat, brinchang 

5.45pm - bawak barang naik bilik hotel. Sambil rehat, mandi n solat. Umar looks so happy running around, jumping on the bed and mandi buih dlm bath tub. Pukul 6.45pm kitorg da gerak nk g dinner sbb makanan umar yg aku bawak da basi. Sup nye ok. Nasi nye da basi plak. Sabar je la. Berdoa tak jamm sbb nanti sian umar lapar. Kitorg mkn steamboat kat Fendi steamboat. 

Baju sejuk umar ni beli masa aku pregnant kan umar. Time tu beli kat hnm tgh sale murah gila adalah dlm RM15? So aku ckp ngn husband time tu by the time umar muat baju ni kita kena g London. London ko..... Hahaha cita2 mak ko ni mmg tinggi. Takper berangan tu free.

So food kat sini, 1 pax RM20. Order sup ayam untuk umar. Naseb umar behave makan.

Alip bandingkan makan kat sini ngn johnnys! Alahai mestila jauh beza kan. Standard la business kat tempat peranginan dia x pk quality janji untung! Sbb ada tauhu tu kicik2 dia potong 4. Muahaha tp sup ayam umar sedap. Nyums. Aku ok je makan kat sini sbb umar behave kan. Tp alip x suka sbb dia kata mahal x berbaloi ngn harga. Bila pk balik, yer betul mmg pricey. Hehe so korg pepandai la google tempat makan steamboat murah dan sedap dan banyak di cameron. Mungkin jumpa info yang lebih baik. Kitorg malas nak cari2 sgt. First restaurant yg kitorg jumpa tuh la yg kitorg g hehe.

-----------------------------------------------------------------------
Pasar Malam Brinchang
Lepas dinner tros g Pasar Malam Brinchang. Sbnrnye aku malas g tempat2 cmni sbb ada la malas untuk dukung umar secara bergilir2. Sini x sesuai bawak stroller sbb jalan berbatu2 n tak rata. Redha je la. Beli ball strawberry umar, cendawan goreng n some potatoes untuk family members alip. Tak beli sayur ke hapa sbb plan nk beli kat kea market the next morning.

Ok la pasar ni. Tp next time aku malas g sini kot haha. Jgn ikot aku. Aku mmg malas sbb dukung budak kicik. Penat. Yerla g bercuti kan nak rehat2 je xnk penat2. Tu belom cter pasal kea market esoknye. Hehe pas g pasar ni kitorg balik n tido kat hotel.

Kunun bijak la letak umar dlm ssc snugbaby ku. Tp umar tu da 1 tahun 8 bulan ye. Reti plak dia dok diam. Adala dlm 15minit je dia dok dlm tu pastu sebok nak kua. So aku pass to daddy dia. Pastu alip pass balik kat aku. Haha sabo jela.

Day 2 sambung nanti kie.

Umar dan bola strawberry nye. Suka sgt dia main dlm bilik. Umar kan mmg gila ball! Hehe

0 comments:

Post a Comment