Bercuti di Cameron Highland - day 2

Day 2, Susah tol nak bgun pagi tu dah la cuaca sedap.
Tapi akhirnye berjaya turun breakfast pukul 7.30 pagi. Umar nangis je kat ruang makan hahaha lantak ko la umar janji mummy kenyang. Dia kan mmg bukan morning person. 
Dah tapau sikit makanan umar untuk kasi dlm keter/ hotel. Bungkus pakai tisu je hehe.

So tros bersiap untuk checkout after that. Sempat la jugak mandikan umar kasi dia mandi buih buat kali terakhir.
Ok je mandi pepagi sbb ada air panas kan. 
Check out pukul 9pagi. 

Amik gambar kat ruang lobby before gerak. Dah semua org xnk masuk gambar, amik gambar aku sorg je la kie. Hehe gambar gelap aku x reti nk edit pakai apps dlm ipad ni so redha je la outcome color cmni hehe.


Kea Market - 9 pagi
Time ni umar dah tetido sebenanye. So ingatkan letak dlm ssc dia akan teros tetido la mcm dia baby dulu.
Tak pon. Dia bgun da sebok nak kua. Jalan kat situ sempit mana boleh jln keter mmg sukati lalu je tepi jln tu. So bergilir la aku n alip dukung umar. Si alip plak aku suh kuarkan bag ikea biru tu dia kata takya tak byk sgt nk beli pastu dah nyesal huwaaa.

Okla kea market ni mmg berbaloi spend duit kat sini. Sayur fresh murah RM10 untuk 12 bungkus. Pack kecik2 la sesuai nak kasi2 family members.
Xde gambar diambil sepanjang di sini sbb tangan kitorg penoh.
Wish we have more hands hahaha. Sila bawak trolley or bag biru ikea tu okie? Jangan degil ye.
Kitorg tak beli byk sgt la walaupon tgn full. Beli strawberry 3 pack - RM10, jagung mutiara kot beli cukupla nak kasi sikit2 kat family members alip n akak aku. Parents aku kat johor cmne nak kasi. Tp aku belikan dorg tea. Cameron valley nye tea. Tu beli kat bharat tea nye plantation. Ada shop dorg kan beli kat situla. Satu kotak dlm RM8 lebih. Ok la.
Ohs btw masa nak kua dari kea market nampak plak orang jual strawberry cucuk tu sebatang RM2 cecah coklat. Slurp. Sedap better dari pasar malam brinchang nye. Coklat nye pekat. Sigh sgt sedap. Try kasi umar 1 strawberry, dia kua kan dari mulut abes tudung satin aku! geramnye. Sabo je la.

Will i go to kea market again? Maybe! Next time husband dok dlm keter je la ngn umar or bawak umar g kea farm. X sempat g kea farm haritu. Tatau dlm tu ada apa. Btw next time i will bring trolley. Wajib! Hehe sbb i prefer this place than pasar mlm brinchang. Kea market kecik je x penat sgt jalan. 

Bharat tea plantation (11am)
Kitorg gerak dlm kol 10 pagi dari kea market menuju ke tanah rata. Ingat jam la nak ke tanah rata. So supposely plan nye lunch. Tp awal sgt ni sampai umar pon tgh nap. So kitorg g bharat tea jap untuk beli tea untuk parents aku n akak2 aku. Pastu another branch of bharat tea to see scenery. We still have time to kill before lunch time. We arrive the bharat tea plantation around 11am. Before that buang masa dlm keter pusing2 tanah rata. Haha

Cantik sangat2 tempat ni berbanding bharat tea nye cawangan yg kitorg g a day before tu.

Bawah tu ada air terjun. Tak kuasa la kitorg ada anak kicik nak pergi sampai bawah kan. Mungkin if aku muda rajin la g ngn kengkawan. Kot! Haha

Yg kipas flower umar tu mmg dlm keter. So aku bawak kua kasi dia main. Mmg happy sgt si umar sbb angin kuat kan so kipas dia pon pusing laju.

Sini kitorg lepak dlm stgh jam gak la saje tgok scenery n amik gambar sikit2. 



Husband pakai seluar pendek je 2nd day sbb tak sejuk pon cameron masa kitorg g ni. Berangin je la. Tp umar pakai je la apa yg ada ek sbb tu je mummy bawak haha. Fefeeling sejuk la.


Bye2 beautiful place. See u again!

Dalam pukul 12pm kitorg makan kat kedai mamak je kat tanah rata sbb malas nak cari tempat mkn. Makan lauk campur. Total dlm RM20. Okla biasa je. Since kedai tu tak ramai org n umar pon behave makan keropok kat situ. Dlm keter baru aku suap dia nasi yg aku tapau sikit. Banyak kedai makan kat tanah rata ni pepandai la korg cari tempat makan kie? Nak murah ada. Nak mahal pon ada. Sukati ikot budget memasing. Aku prefer buang duit kat minum petang ngadap scenery. Baru rasa berbaloi. So lunch n dinner mmg x kisah sgt. 

So dlm kol 1 lebih kitorg dah gerak balik. Kitorg balik lalu tapah sbb if nak lalu simpan pulai jalan nak turun tu jamm la plak. Redha je. Aku n umar da pening. Umar naseb sng, dia pening nak bfeed pastu aku hug dia jap dia tetido. Dia bgun pon masa kat rnr. Kitorg singgah rnr tapah eh tak ingt untuk solat.

Tu je percutian simple kitorg hehe. Ada few places x pergi sbb rasa mcm lebih kurang je. Lagipon kitorg dah puas ati dah cover banyak tempat2 yang penting ni kan. 

btw nah gif  husband amik. aku ingt dia amik gambar biasa. hehe sbb umar comel aku upload gak untuk tatapan mak aku yg selalu rindu umar. hehe tatau la tab n ipad boleh nampak tak gif ni.



0 comments:

Post a Comment