Hot wednesday

Tadi pagi lepas solat subuh teros gigih gosok baju kjr husband 3 helai n seluar kjr sehelai.
Sejam gak la gosok. Gosok knr sampai licin mcm kat kedai nanti ada org complain kita buat kjr x ikhlas.
Hoih. Sampai ati. Nangis dlm hati sambil gosok baju dia kuat2 amik ko licin habis.
Berani kata tak ikhlas lagi siapla hahaha.
Lepas gosok baju, rasa melekit2 plak badan skg kan musim panas. So teros je la mandi pepagi. Mcm nk g kjr plak. Pastu da tak le tdo. Kemas ruang tamu. Lipat baju etc2. Umar pon bgun.

Tapi puas ati la. Settle benda2 yg sepatotnye.
Paksa umar mkn bread pudding for breakfast. Berani plak dia nak keluarkan dari mulut dia.
Terpaksa jadi halilintar jap baru dia telan.
Muahaha budak ni makin besar makin dia filter makan. Gila. Susah la aku nak berjalan2 bwk dia.
Penat tau asik bawak home cooked food. Kadang2 sempat la nk bawak bekal segala.
Kadang2 x sempat. So a bit tough bila umar tgok benda yg dia x pernah nampak dia xnk.
Aku selalu bagi dia pancake for breakfast. Or roti prata.
Kalau makan kat kopitiam senang la. Tp kalau mkn kat kenduri dah payah.
Dia da start reject nasi beriani n nasi minyak plak. Adoiyai pening aku.
Ni wed adik aku bulan 3 kat temerloh ni apekebender la nak suap umar makan nti kat wed dorg.
Hotel yg kitorg nak tido situ xde peti sejuk. Cmne nak bawak homecooked. Sigh nanti la pk.
Td aku buat sup ayam nasib dia makan. Aku kirai ayam tu tipis2. Pastu umar cakap sedap. Hahaha kagum sbb dia tau nak guna perkataan 'sedap' dah.
Tapi sedap pon dia telan dlm 5 sudu je. Pastu minum bergelen2 air.
Must be the weather.

Malam semalam aku buat udang masak lemak cili padi.
Teringin nye pasal.
Simple je resepi aku.
Blend bawang merah besar, bawang putih 3 ulas n halia sikit n cili padi kg 5 biji.
Letak minyak sikit, tumis. Campak serai 2 batang.
Letak air sikit. Letak potato. Letak serbuk kunyit.
Balance kan garam n gula. Letak air asam jawa sikit.
Campak la apa2 sayur nk letak. Aku letak kacang panjang sikit.
If ada terung mesti sedap.
Pastu letak santan. Aku pakai santan packet. 
Last sekali baru letak udang. Kacau2 siap.

Pastu kuah dia balance simpan utk aku makan tengahari td. Aku panaskan n pecah kan 2 biji telur. 
Makan ngn nasi putih. Nyums!!
Nanti nak beli dagingla nak buat daging masak lemak cili padi plak next week.

Makan camni je pon tambah 2x nasi. 

Btw aritu g cotton on sbb dorg buat sale 38%. Takder la nk beli bender pon tp aku mmg da lama berkenan ngn kasut slip on utk boys tu. Tp harga mahal. Ni harga rm49 jd rm30. Ok la kan? So aku nak test kat kaki umar, budak tu teros happy gila sarung sendiri. Pastu xde size dia. Alahai byk size da abes. Terpaksa aku amik size 10. Umar pakai size 8. Aku rasa tahun depan baru dia muat. Tp dia da selamat merasmikan dlm rumah. Bgun tido nak pakai. Nak mandi pon nak pakai. Siap menangis2 bila aku nak tanggalkan. Eeee sabo jela. Nampak nye nti kena beli lagi 1 tp size dia la kan. Mana nak cari macam cotton on tp murah sikit eh? Tau2 la kasut budak mmg mahal. Wuwuu. Aku pon suka style cmni sng sarung je.

Okiela sekian bebelan hari ni.


Bz monday

Kan da ckp bukan korg je stress monday aku pon! 
Harini 3x g pos laju sbb last week xde kat rumah masa item customer sampai so knr pick up kat pos laju. Boleh call suh anta balik tp sbb aku ingt nk settle kan cpt2 sng hati bila da settle.
Tp da nape sampai 3x?

Aku da few time g pos laju few areas.
Tak pernah ada problem. Pos office kelana jaya best besar. Laju je sbb byk counter.
Post office Ttdi the best. Parking berbumbung. Cuma ikot luck ko la dpt parking ke x.
Memang sentiasa ramai. Tp dorg efficient ok. Laju je tetiba da smpai turn ko.
Post office ikano not bad. Sesambil tunggu giliran boleh la window shopping.

The worst post office that i ever go and i hope i dun have to go again is post office damansara jaya.
Kena pergi situ sbb rumah aku kinda dekat la jugak dgn that post office so dorg letak item aku kat situ.
Tp aku selalu g ttdi nye if nak settle kan apa2 hal.
Mula2 last week a day b4 raya cina ingt nak amik time tu tiba2 giliran aku lagi 30org la.
Dah la nk rushing g wedding, cuba la gak aku tunggu, tp baru 15 minit baru 3 org je lepas.
So fedup aku tunggu lelama aku balik.

So td cuba nasib g kol 9 pagi. Penoh pos opis. Dgn double parking nye.
Angkut umar. Cuba amik no. Lebih kurg 30 org gak knr tunggu. Bye2. Byk lagi urusan aku knr buat.
So aku balik rumah, kemas dapur, masak sup n goreng ikan utk umar, sidai kain, kemas rumah sikit. By 2 pm umar da tetido. Alamak rasa nak try g lagi.
Kali ni parking jauh. Masih ramai org. Kali ni lagi gila sbb knr tunggu lagi 50 org. Maybe system no rosak kot. Tp mmg penoh sgt org n mmg lembabs.
Bye2 aku balik la baik tido kan umar sbb waktu nap dia pon.

Pukul 5 umar bgun aku cuba lagi pergi sambil doa Allah permudahkan urusan.
5.30 pos opis nak tutup aku buat muka kesian tanye betul ke kena tunggu turn padahal nak amik parcel je ni. Agaknye dia tgok aku holding umar, last2 dia kasi aku potong queue.
Lama gila dia cari parcel aku baru jumpa.
Alhamdulillah sgt. Rasa panas n penat td bebaloi.
Aku tak abes2 say thx kat umar hahaha. Kalau aku x bawak umar, mesti dia kesah apa. 

Aku rasa dorg kekurangan staff.
Lack of motivation.
Tak organize. 
Before this aku pernah mintak pos laju nye form tu punya lambat dia jln g amik kat tmpt lain. Patot nye setiap desk ada form pos laju tu sendiri.

Tu belom cter aku call dari pagi smpai ptg no one pick up the phone.
Nvm yg penting brg customer da selamat kat tgn aku. Lega tol.

Balik rest jap pastu buat nasi goreng cina for dinner.
Now dlm sejarah nak tido awal kol 11 ni hehe. Okie la nanti update cter lagi. 
How's ur monday?


Gambar xde kena mengena but thats the kind of expression i feel for monday. Hehe



Cuti chinese new year korang buat apa?

Hello apa korg buat tu? G mana2 ke?
Aku rasa minggu lepas hampir setiap hari aku keluar dari isnin smpai ahad esok ni. -.-
Penat nye tak recover2 haha sampai alip cop aku kaki tido eeee mana ada. Ig shop aku stop jap few days masa raya cina ni sbb sumpah aku tired sgt nk update apa2. Tp takperla kan raya cina pos laju pon tutup n supplier aku pon tgh cuti ye smpai isnin lusa ni. So aku akan promote ready stock items dulu this few days. Nanti aku nak bawak masuk ready stock baggy tops sikit. Sbb cuaca lately ni sgtttttt panas. I dunno bout u but wearing loose top/baggy top mmg selesa. Ni aku tak bawak loose top balik umah mil aku, berpeloh2 dlm rumah wey. Sbb skg da berjinak2 menutup aurat dengan lebih baik. Belum sempurna. Belum. Tapi lebih baik dari dulu insyaallah. 

So follow la ig shop ku. Aku tgh cari lagi supplier yg jual loose top yg lebih murah kie. So that kita sesama boleh tutup aurat dengan lebih baik ok? Nak pergi pasar, kedai ke, jogging kat taman ke, mmg perlu berpakaian simple tp masih cover aurat. Aku dulu manjang bawak umar g main playground pakai cardigan. Dulu ok lagi takla terok sgt berpeluh skg tidak lg. asik knr basuh sbb cuaca panas yg amat. Aku pon cpt busuk. Wuwuuu.

Btw sad esok parents aku da balik bp. Best tol seminggu ni spend time ngn dorg. Umar pon heppi sgt kol 10 mlm je da tido sbb main nye non stop. Bagus. Sng kjr aku kan. 

Ni ari rabu lepas teman parents aku g wed kat shah alam. Akad nikah cousin aku kat surau situ. Umar ok la puas dia berlari. Menangis. Sambung berlari. Makan cupcake sambil comotkan diri lalu tertido dlm keter. -.-

Naseb adik aku cuti dia la yg drive. So takla penat sgt sbb mengejar umar je kan. Haha adik aku tensi sbb semua org ckp dia gemok pakai style tudung cmtu. Aku pakai cmtu takpe la sbb aku mak orang. Plus terbukti bila aku pakai style cmtu, dukung umar berkali2 plus dia tetarik tudung aku pon masih static tudung aku terletak. Yey good by that i dun need to buy naelofar tudung la or any instant shawl. Jimat duit. But would love to buy and try 1 jugak la nti. Nowadays da byk instant shawls shud try soon.

Ohs before g shah alam ni sempat la aku g pos laju ingt nak amik brg customer kat damansara damai tu. Sbb a day before aku takder kat rumah so knr pick up brg kat situ la. Punya la lembab servis. Stgh jam x sampai lagi turn aku masih ada 20 numbers knr tunggu. Mmg aku balik la karang tak sempat nak g wed ni kan. Aku suka g ttdi nye pos laju. Walaupon kdg2 ramai gila orang tp laju ok servis dia. Customer je yg lembab2. Staff dorg bagus. Efficient sgt.  Senin dpn mmg aku g seawal 8.15. Yg arituh sku g 8.30 da smpai tp knr tunggu 30 numbers alahai cmne tu. Or mebi aku call je pos laju suh re hantar item tu kan. Will see how.

Khamis g wed member alip plak kat putrajaya.
Mmg salah aku time ni x susu kan umar puas2 before kjar keter. Aku da susukan actually n da bagi mkn siap2 dlm keter. So aku ingt lepas makan dia ok. I was wrong. Cranky abes dari awal smpai abes aku makan. Aku ckp ngn husband xpela awak lepak la dulu ngn kawan2 awak aku g susukan umar dlm keter.

Selfie je la sempat. Takder gambar di majlis kawen kawan alip sobs.

Time ni tgh pujuk umar kat luar dewan tanye nape nangis blabla. Da senyap kat luar masuk dlm nangis balik omg sgt!!! -.- i dunno how our parents handle us masa kecik. Mmg mencabar minda uolls.

Jumaat takla g mana sgt beli kain kat jakel je tu pon by tghhari da smpai rumah. Ptg keluar jap g tesco. Tp mlm pon masih penat tak sudah. 

Sabtu td g wedding my cousin kat dewan uniten. Dewan tu boleh plak knr bukak kasut. I pakai heels yg jenis tali susah nak bukak tu. Sigh kalau la tau style gitu dewan nye mmg aku pakai shoes ke apa je tau. It was hot. Dukung cranky umar. N susah nak bukak kasut.

Selfie dulu kie karang umar ni moody mati la penat karang nak layan dia. Nak dukung dia.

Mula2 mood melekat cmni. -.-

Tp alhamdulillah lepas umar meet up cousins dia yg dia jarang jumpa teros dia ok. Amazing sgtttt. First time i makan lauk kenduri dengan tenang macam zaman anak dara. Siap tambah plak makan kuih n minum kopi dengan tenang. 


Sblom ni asik la knr makan laju2 gilir2 ngn husband. Lepas umar main ngn cousin2 dia teros dia lupa kan aku. Takmo makan nasi n makan keropok je. Ee geram tol. Ptg aku sumbat kek sikit. Malam mkn donut sbb dia taknak makan nasi beriani. Tu pon da syukur dia nak makan donut wey selalu mana nyer nak. Selalu dia nak makan nasi putih n sup n ikan goreng n telur. Sbb tu la aku rajin bawak bekal dia kemana2. Tp tghari td dia sebok main sbb tu dia xnk mkn kot. Tp kuat minum air n tak mintak susu pon bagus.

Dengan adik beradik perempuan aku, hehe. Adik bongsu aku je single. Korg ada adik laki yg single da kjr nak gf x? Hahaha adik aku belum jumpa jodoh. Adik aku kjr bagus. Ada ktr. Independent n suka cter korea. Muahahaha boleh promote dia cmni. Mampos kalo dia baca ni.

With my mom n adik laki aku yg da nak kawin bulan 3 ni which bulan depan je! Omgggg. Dia nak kawen ngn ex housemate aku. Haha jodoh tu kan rahsia Allah... See sapa kata kenen2 kan tu x bagus? Boleh je janji knr cara nye. Kalau Allah kata tu jodoh ko, chemistry tu ada je insyaAllah.

Husband aku pon heppi takya struggle2 handle umar sbb umar tgh...

...heppi main ngn cousin2 dia.

Nak g mana tu umar? Nak tgok fish ngn abg yep n kak nasya. Si zara tgh sorok sorg2 haha bebudak dua ni selamba main nyorok2 tp tak cari si zara nye. Lantak kome la....

Malam td lepak jap umah akak aku sempena besday anak dia aritu. Heppi la dorg ni main non stop. Umar last2 tu nangis sbb.... Tak terer masuk gelung bulat tu mcm kak nasya. Adoiyai si umar ni awak tu baru 1 tahun 9 bulan. Skill melompat tu pon belum sepenuhnya. Huhu mcm2 peel si umar ni lately mmg knr bersabar. So bila 2nd baby? Obviously im not ready yet. 

Pancit gila handle umar sorg. Tunggu umar besar sikit dlm 3 or 4 tahun baru la ada adik ok. Sila diaper free n minum fm kie. Penat la asik mengempeng je. Grrrr. Apapon im blessed with this kind of happiness. :)





Bz me and umar's new haircut

This 2 days bz ke sana ke mari dgn atuks umar. Hehe.
Tp takper sbb best dpt spend time together n best tol umar buli atuk2 dia naik turun escalator 10x.
Husband orang paling heppi sbb breakfast sentiasa ada sepanjang mak abah here muahaha.
Kalau tak kejap ada kejap takder mcm biskut. Eeh i jaga anak u tau blablabla....
Hahaha begitu la penerangan aku setiap hari tebalkan je telinga alip perli2 ke apa.
Ala biasa nanti dia balik kjr aku masak dinner sedap2 amik hati dia skit.
So harini terlebih efficient bgun pagi pas buat breakfast (sandwich je pon) and vacuum, i tros nap.
Pastu bgun mandikan umar kasi budak tu mkn coco crunch sket kol 11 pagi g aeon ou sbb abah nak cari baju batik dia. Sbb tertinggal. Dia nak pakai g kenduri.

Tapi pencarian di aeon gagal. Pastu mak tanye nk mkn katne.
Ni mmg payah sbb kalau aku n alip kat ou pon clueless nk makan katne.
Nk makan yg sedap n cepat n tak mahal sgt.
At old wing. Ohs mencabar. Plus knr consider mak takleh jalan jauh2 sgt.
So aku ckp ngn mak kita tapau je la.
B4 that sempat la kitorg beli egg tarts n some roti kat aeon bawah tu.
Egg tart king situ sedapnyerrr. Terbaik. King nye brand je sedap tau. Aeon punya tak. 
Pastu beli la crossaints sikit nk buat breakfast sok.

Pastu kua dari situ dah kol 1.30pm. I suh mak abah makan egg tarts dulu alas perot sementara nak g mutiara damansara. Konon nak tapau nasi kukus ilham kat situ yg manjang org beratur.
Dah pesal korg ni semua beratur sedap sgt ke nak try gak.
Baru 5 minit beratur panas giler bye2 aku mmg kurang kesabaran rupanya.
Tak paham la konsep kedai cmni. Dah tau sedap do somethg about it mcm hayaki nasi kukus yg sedap itu. Sbb selalu makan hayaki nye saje la nk try yg ni.
Tp sbb lembabs nk mamps so aku teros masuk ktr gamble kita g tesco je la mak abah kie.
Rasanye dah lepas peak hours ni.

Alhamdulillah betol. Parking dekat ngn kedai jom bali yg aku nk bawak dorg mkn, sng sgt. 
Dah la byk choice. Aku tau parents aku tu as long dorg nampak nasi goreng n mee dorg dah heppi.
(Me too!) haha. Dah la servis cepat. Aku nye sampai dulu. Aku makan laju2 sementara abah layan umar. Umar plak buli atuk dia turun naik escalator.
Tp budak kecik ni susah nye nak makan alahai geram tol aku.

Takpe. Sok aku nak bawak bekal umar siap2 la. Tak pon bawak plate dia siap2. Sok kena g wedding plak.

Ohs btw lepas makan kat jom bali which end up kitorg tapau balance food sbb terlampau byk portion utk sorg, kat luar tesco tu ada barber gunting rambut. Mamak nye barber. Dah la murah rm6 je.
Takder org. Apa lagi tros suh gunting rambut umar. Hahaha terkejut mak abah tgok umar yg nanges2 gunting rambut. Leganyerrrr sbb 1 task aku settle. Hehe dah ayah nye suka lambat2 bab potong rambut umar. Kelakar tau si barber tu ckp ngn umar "da makan belom? Lepas gunting rambut u pergi makan ayam kfc ok" si umar boleh jawab "ok ok ok" hahaha. N the best part is aku rasa ni la barber paling berani handle umar. Aku dah try few places. Byk yg teragak2 n takot masa potong. Yg ni mmg confident. Lepas kuar dari kedai tu, aku suh abah drive sbb si umar mesti nak ngadu nasib kat aku (mengempeng susu). Aku guide la abah drive balik rumah. 

Pastu ptg sket dah sebok masak dinner. Arini masak simple. Masa ahad, kuew teow kungfu, isnin nasi tomato, today aku buat paprik ayam n kailan ikan masin n telur dadar. Umar nye food aku goreng ikan n kasi dia telur dadar sikit. Baru makan bersungguh2. Lega kalau tak makan memain je this 2-3 days.
Alhamdulillah mlm ni sng tido kan umar. 10.30 dia da tdo. So aku pon iron baju aku utk g wed sok n gosok seluar kjr husband. Sidai baju sikit n settle la tugasan hari ni. Phewww.

Sok pepagi kol 8.30am dah knr g pos laju sbb ada parcel customer smpai tp aku xde kat rumah. Sok aku teros pos siap2 la nampak nye brg customer ku itu. Kol 11 pagi sok dah knr g wedding. Cousin ku nikah. Aku teman mak abah je. Okie la nanti update lg. meh tgok rambut baru umar.

Si botak kesayangan semua orang :)



Quick update

This few weeks has been very hot day rite? I cant imagine if i worked in the office like before, ill be the first who sweat easily and had a bad body odour. It's worst when i pregnant with umar before, i have to quickly apply deodorant after came back to office. Im very particular of this kind of thg as im afraid ppl will talk bad about my body odor behind my back. Haha who knows rite? Alhamdulillah nowadays i dun have to face this kind of thg anymore as most of the time i just stay at home. But in the evening after let umar play at the playground, i started to feel uncomfortable and quickly had shower after that. If badan rasa tak best i will mandi again before sleep.

Last saturday we attended a neighbour's wedding. It was held at a hall near PJ. It was hot day lucky i didnt get any bad body odour maybe i put alot of deodorant and perfume kot? Haha but i dun feel sticky at all. Made me wants to buy more zalia dress at zalora. It's super comfy and nursing friendly too! I love the material too. I think it's crepe material. Btw i got migrain right after the wedding. Worst that i didnt take panadol as my husband said i still bf umar and all. End up i got migrain until the next day. Imagine i sleep with migrain and still had it after wake up? Immediately i took panadol and recover an hour later. So please, just take panadol if thgs gettg worst furthermore it's ur body. If u didnt take care of it, who else will rite? 

Btw my parents are here at my house for few days. Im so happy to meet them again and most important umar so so happy to see them. Semoga Allah beri kesihatan yg baik pada dorg and dapat luangkan masa selalu ngn dorg. Jauh tapi sentiasa dekat kat hati. 

Ok la gotta sleep now. So many thgs to do everyday, i better have a good sleep now before umar nye bfeed session. I think im gonna buy another botol susu end of this month. Umar still minum fm dengan sippy cup. But umar still wake up at nite for susu. N i know i cant just tepuk2 him like that and ask him to go back to sleep rite. Sigh susah betul la nak wean off. Budak ni peminum susu ibu tegar ok. Tp if kuar jln2 2 jam cmni baik plak tak mintak pon susu. Minum je air masak dia. Ntah la nanti la ku update lg pasal wean off umar ni. Ni nape ntah atuks dia kat sini taknak makan plak. Main2 sgt today makan. Ada la dlm 2 suap je dinner td dia makan. Ptg td mkn la jugak roti canai dia. Umar la umar. Sok aku umpan ngn ikan goreng dia balik harap dia makan.



Extra patience

Was eating maggi when i write this entry.
Writing blog is really therapeutic for me.
I always bfeed umar when i wrote previous entries but not for tnite haha.
He finally sleep just now after membebel-mengempeng-membebel-mengempeng.

About umar, last 2 weeks i keep on marah2 him for being notty sometimes.
Tau2 la umur si umar ni sangat curious for everythg. But then i end up hate myself for treat umar like that.
So since last week, i change. I hug him everytime he cried wants somethg so bad.
Most of the times he wanted all the weird thgs - sambal kicap dlm tupperware biru, serbuk pisang goreng, detergents. Seriously all the weird thg -_-.
So i talked to him nicely and distract him by doing other activities with him tho sometime during that time i was bz preparing meal.
I realized he listen to me better when i being soft to him instead marah2.
He kissed me more in returns haha.
It's tiring to entertain him all the time since i have lot in my to do lists.
But i want to raise him in positive surrounding and aura, so i tried to be more patient and sacrifice whatevs in my long to do lists. Also, before this i have this habit let him watch youtube when feeding him food. Now i change. It's been a week and half i feed him and read books with him at the same time. 
Umar memang jenis ok je takder hal plus mmg dia suka la ada org mengadap dia je kan huahua.
Cuma time kasik fm milk dia sometimes tgok mood dia. If dia minum dgn rela hoih lega gila i mmg puji dia berbakul2 hehe. Sometime kalau dia start reject fm i terpaksa la bukak youtube. Sambil berpesan mummy bukak ni kejap je tau sampai umar habis minum milk. Lepas minum, mummy tutup. He's fine with it too! Yang penting dia minum habis. Lega. Dulu byk la part knr marah2 kan. Skg xya. Ckp baik2 sambil geletek2 dia sikit mmg dgr ckp. 

Last 3 days i managed to lipat kain 3 bakul haha. Padan muka suka drag2 kan.
Pastu rasa tak nak basuh baju dah sbb nti knr lipat.
Pastu sbb menyampah sgt gosok baju kjr husband setiap mlm trus gosok baju dia seminggu campur ada extra 1 utk minggu dpn. Husband kagum. Sbb thgs like dat mmg takkan selalu berlaku haha. Tu maksudnye i cannot tahan anymore.

Esok husband amik cuti byk hal knr settle kan.
I pon kena teman dia pepagi sok. Takperla boleh la i beli nasi lemak. Lama nye x makan.
Cuma part umar merisaukan i. Harap dia boleh tido balik lepas keluar.
If nap dia lari, mmg i pon bad mood ok. Haha
Lately ni i rajin bawak dia g playground ptg2 main ngn cucu neighbour i and sometime ngn budak2 lain gak. Suka tgok diorg berlari2. Gelak2. Holding hands. Hehe comel. Cuma kawan umar semua girls.
Cousin umar sorg je boy. Now dah pandai sebut nama cousin dia tu.
Dulu umar ngn cousin laki dia tu selalu la gado ntah paper je bila jumpa.
Skg dah best friend habis kejar kucing sama2. Main kejar2. Lega aku umar dah phase boleh berkawan ni. Hehe kalau x dia nangis mmg melekat je kat aku dulu.

Pastu minggu ni i mmg x larat nak masak sgt. Maybe minggu period ke hape tatau.
I mcm whatever. Sbb if lama sgt kat dapur nti umar terabai. So mmg i masak simple giler minggu ni.
Ayam goreng, nasi goreng, meggi goreng, and burger. Yg pasti mmg sempoi2 je minggu ni. Selalu mmg rajin la i buat susah2.
Esok i buat nasi ayam la insyaallah if rajin. Nasi ayam pon category sng utk i.
Esok husband cuti boleh la ptg dia melayan distract umar jap sementara i guna blender. *sbb umar takot blender haha*

My parents will come to my house this sunday yey! They will be at my place about 4-5 days like dat.
Mesti umar happy. Dia asikla tgok gambar atuk sebut atuk so many times. Mummy miss atuks too umar.
And at the same time my mil will be discharge from hospital tomorrow.
Hope her condition is ok. Maybe i will make some porridge for her before balik bangi this weekend.

Tau x tu apa? Tu frame ok. Lantakla umar. Janji bahagia.

Ohs aritu cter yang umar ni g pos laju mesti ceria je kan. Skg aku da ok bawak dia tghari sikit lepas bagi dia lunch. Sbb mood dia sgt ok. Mmg knr menuggu sikitla kat dlm pos laju tp yg best semua org pon nk kasi tempat duduk. Bukan 1 seat je se-bench terus muahaha sbb umar turun naik turun naik kerusi buat mcm playground dia. Pastu sebut kuat2 color kasut org *fasa kenal color*. Tp dia x kacau org. Dorg pon sengih je kat umar. Good boy sgt. Sbb behave well, balik singgah drive tru mcd beli ice cream choco top. Reward umar. *alasan* padahal sendiri yang nak makan hehe. Panas tol cuaca skg kan.

My 'me time' bila dia nap ptg cmni bahagia tol 2 jam je pon hehe. 

Biasa kalau dia bgun nap ptg mesti nangis nak susu. Kalau wean off completely ntah la cmne awak ni umar. Mesti sepelaung taman dgr umar nangis...




Dugaan semalam

Yesterday train yg husband selalu naik dari tempat kjr dia to kj rosak.
Pukul 8.20pm dia msg rosak. Stranded kat kl central.
So aku tanya dia nak amik dia kat kl central x.
Dia tanya tau jln x. Mesti la tak hahaha. Tp aku ckp la aku boleh g ngn adik aku amik.
Call adik aku kol 8.45 masih di opis. Tp dia kata boleh je amik dia g amik husband aku.
So kol 9pm pas settle bagi umar makan so aku amik la adik aku dulu kat pusat bandar damansara.
Terpusing2 gak la sbb jalan tu penoh dengan construction so byk road ditutup. 
Sigh tp akhirnye berjaya amik adik aku.
Naseb adik aku yg drive pastu sbb dia terer btol cari jln to kl central.
Aku ni nama je dok damansara. Tp aku jarang kua sangat.
Setakat g pos opis, ou, ikea, tesco. Tu jela. Weekend balik bangi.
Mana la rajin masuk kl sgt if takder apa2 urusan.

Around 10 baru amik husband aku. Drop adik aku kat keter dia kat opis dia balik n pastu knr drop husband kat lrt taman bahagia nk amik keter dia plak.
Mencabar sbb masa lepas drop adik aku jalan ke kj plak tutup. Hoiii geramnye.
Stuck dlm jamm la gitu. Tp berjaya la lalu jln dlm semua.
Smpai rumah kol 11pm baru nak dinner. Sigh how i not miss working life especially after work stuck in a bad traffic like that.
Aku pon x dinner b4 kua rumah sbb da terbiasa tunggu husband balik baru dinner sama.

Smlm buat lauk simple giler. Ayam goreng rempah and sosej masak sos. Smlm mmg malas nk masak sikit sbb a bit down to some issue. Work related. Tp down cmne pon aku sentiasa make sure ada makanan terhidang atas meja. 

Harini aku ok sket bersemangat balik buat kjr. Hello mana ada kjr xde cabaran kan. Chill la sikit!


...sleep on my own bed

Dari umar baby ckp kat alip bukak pintu cot umar sebelah supaya sng pas breastfeed leh letak umar kat cot.
Umar da nak masuk 1 tahun 9 bulan baru la daddy ada masa nak cabut pintu cot.
Sbb weekend ni x balik bangi. Daddy ada byk tenaga la tu.

Info tambahan pada new parents. Cabut pintu cot sebelah mudah untuk breastfeed mummy lepas susukan anak, anak boleh tido sendiri kat katil sendiri tanpa terbgun. ^_^


Heppi sgt umar.


Mmg sng pon lepas bfeed angkat umar sikit je letak atas bantal dia. X terbgun pon.

So aku pon dah happy la tido besar nye space.
Tiba2 daddy umar kata;

"Cuba u check ada nyamuk x gigit umar tu"
"U tido la ngadap umar sian dia nanti if u nampak nyamuk gigit dia u bunuhla nyamuk tu"
"I rindu bau umar kat sebelah i. I rindu umar ckp butterfly. Jln2. Nyanyi lagu shape"
"Ok ke dia tido situ. Kot2 dia panas or sejuk"

-_-

Sigh no wonder he keep on delay cabut pintu cot tu.

Untungla awak umar. Daddy sayang betul kat umar diam2.


It's weekend again yey!

Alhamdulillah reach another weekend.
This weekend a bit relax as no need to go back to bangi as we just went back there last tuesday - during the public holiday.
Today is my first day period - as usual period pain. I just want lying on my bed n take a nap while umar slept too. Naseb baik lunch hubby volunteer to cook. He made butter/ jagung rice eat with roasted chicken bought from aeon ou this morning. Sedap okie dia masak. Dia ni mmg mewarisi bakat mak dia kat dapur la. Haha semua benda dia masak sedap. Patotla suka kritik i masak. Nyampah. 

Earlier this morning we went for breakfast outside and i kinda love the effort of chinese new year decoration at the curve. With fish pond and all. Amazingly creative. The creative director behind it must be creative. Besides fish related to cny which i dunno what the meaning behind it, kids love it too. That's definitely will attract lots of kids to go there. Well at least umar love it.




Now i kinda sleepy. Shall we mummy?

Btw alhamdulillah alot of customers bought stuffs from my ig shop @shortalesbunny. Some of them preorder stuff some of them bought the ready stock stuff. Some of my customers came from my blog readers. Everyday i keep on follow up with my supplier to make sure all the orders has been in shipment process to Malaysia. Tunggu la nanti i bukak kedai i letak semua ready stock stuff there. Hahaha insyaallah berangan tu free.

That day when i post customer's stuff at pos laju, umar mmg buat macam rumah sendiri. Dah la ramai org time tu. Tp bagusla dari dia nangis kan. Haha dia turun naik kerusi sesukati ala2 slide pastu membebel sorg2. Tp dia tak kacau org la. I think he kinda used go to that place by now. 

Phone case ni paling mendapat sambutan.

Studded bag ni pon ramai order. Masih tinggal sikit for ready stock.

Owl ni pon ramai yang order. Sampai size 2xl ada. So plus size pon boleh bergaya ok. Tp owl ni ready stock sikit je size ada. Yg lain2 size knr preorder la.

For item lain korg boleh tgok n just tekan link kat sidebar kanan blog aku ni kie? Happy shopping. Eh happy weekend! Hehe




Bercuti di Cameron Highland - day 2

Day 2, Susah tol nak bgun pagi tu dah la cuaca sedap.
Tapi akhirnye berjaya turun breakfast pukul 7.30 pagi. Umar nangis je kat ruang makan hahaha lantak ko la umar janji mummy kenyang. Dia kan mmg bukan morning person. 
Dah tapau sikit makanan umar untuk kasi dlm keter/ hotel. Bungkus pakai tisu je hehe.

So tros bersiap untuk checkout after that. Sempat la jugak mandikan umar kasi dia mandi buih buat kali terakhir.
Ok je mandi pepagi sbb ada air panas kan. 
Check out pukul 9pagi. 

Amik gambar kat ruang lobby before gerak. Dah semua org xnk masuk gambar, amik gambar aku sorg je la kie. Hehe gambar gelap aku x reti nk edit pakai apps dlm ipad ni so redha je la outcome color cmni hehe.


Kea Market - 9 pagi
Time ni umar dah tetido sebenanye. So ingatkan letak dlm ssc dia akan teros tetido la mcm dia baby dulu.
Tak pon. Dia bgun da sebok nak kua. Jalan kat situ sempit mana boleh jln keter mmg sukati lalu je tepi jln tu. So bergilir la aku n alip dukung umar. Si alip plak aku suh kuarkan bag ikea biru tu dia kata takya tak byk sgt nk beli pastu dah nyesal huwaaa.

Okla kea market ni mmg berbaloi spend duit kat sini. Sayur fresh murah RM10 untuk 12 bungkus. Pack kecik2 la sesuai nak kasi2 family members.
Xde gambar diambil sepanjang di sini sbb tangan kitorg penoh.
Wish we have more hands hahaha. Sila bawak trolley or bag biru ikea tu okie? Jangan degil ye.
Kitorg tak beli byk sgt la walaupon tgn full. Beli strawberry 3 pack - RM10, jagung mutiara kot beli cukupla nak kasi sikit2 kat family members alip n akak aku. Parents aku kat johor cmne nak kasi. Tp aku belikan dorg tea. Cameron valley nye tea. Tu beli kat bharat tea nye plantation. Ada shop dorg kan beli kat situla. Satu kotak dlm RM8 lebih. Ok la.
Ohs btw masa nak kua dari kea market nampak plak orang jual strawberry cucuk tu sebatang RM2 cecah coklat. Slurp. Sedap better dari pasar malam brinchang nye. Coklat nye pekat. Sigh sgt sedap. Try kasi umar 1 strawberry, dia kua kan dari mulut abes tudung satin aku! geramnye. Sabo je la.

Will i go to kea market again? Maybe! Next time husband dok dlm keter je la ngn umar or bawak umar g kea farm. X sempat g kea farm haritu. Tatau dlm tu ada apa. Btw next time i will bring trolley. Wajib! Hehe sbb i prefer this place than pasar mlm brinchang. Kea market kecik je x penat sgt jalan. 

Bharat tea plantation (11am)
Kitorg gerak dlm kol 10 pagi dari kea market menuju ke tanah rata. Ingat jam la nak ke tanah rata. So supposely plan nye lunch. Tp awal sgt ni sampai umar pon tgh nap. So kitorg g bharat tea jap untuk beli tea untuk parents aku n akak2 aku. Pastu another branch of bharat tea to see scenery. We still have time to kill before lunch time. We arrive the bharat tea plantation around 11am. Before that buang masa dlm keter pusing2 tanah rata. Haha

Cantik sangat2 tempat ni berbanding bharat tea nye cawangan yg kitorg g a day before tu.

Bawah tu ada air terjun. Tak kuasa la kitorg ada anak kicik nak pergi sampai bawah kan. Mungkin if aku muda rajin la g ngn kengkawan. Kot! Haha

Yg kipas flower umar tu mmg dlm keter. So aku bawak kua kasi dia main. Mmg happy sgt si umar sbb angin kuat kan so kipas dia pon pusing laju.

Sini kitorg lepak dlm stgh jam gak la saje tgok scenery n amik gambar sikit2. 



Husband pakai seluar pendek je 2nd day sbb tak sejuk pon cameron masa kitorg g ni. Berangin je la. Tp umar pakai je la apa yg ada ek sbb tu je mummy bawak haha. Fefeeling sejuk la.


Bye2 beautiful place. See u again!

Dalam pukul 12pm kitorg makan kat kedai mamak je kat tanah rata sbb malas nak cari tempat mkn. Makan lauk campur. Total dlm RM20. Okla biasa je. Since kedai tu tak ramai org n umar pon behave makan keropok kat situ. Dlm keter baru aku suap dia nasi yg aku tapau sikit. Banyak kedai makan kat tanah rata ni pepandai la korg cari tempat makan kie? Nak murah ada. Nak mahal pon ada. Sukati ikot budget memasing. Aku prefer buang duit kat minum petang ngadap scenery. Baru rasa berbaloi. So lunch n dinner mmg x kisah sgt. 

So dlm kol 1 lebih kitorg dah gerak balik. Kitorg balik lalu tapah sbb if nak lalu simpan pulai jalan nak turun tu jamm la plak. Redha je. Aku n umar da pening. Umar naseb sng, dia pening nak bfeed pastu aku hug dia jap dia tetido. Dia bgun pon masa kat rnr. Kitorg singgah rnr tapah eh tak ingt untuk solat.

Tu je percutian simple kitorg hehe. Ada few places x pergi sbb rasa mcm lebih kurang je. Lagipon kitorg dah puas ati dah cover banyak tempat2 yang penting ni kan. 

btw nah gif  husband amik. aku ingt dia amik gambar biasa. hehe sbb umar comel aku upload gak untuk tatapan mak aku yg selalu rindu umar. hehe tatau la tab n ipad boleh nampak tak gif ni.





Bercuti di cameron highland - day 1

Mula nya plan nak gerak kol 8.30 pagi.
Lepas solat subuh, aku teros buat breakfast roti prata n sardines je smbil buat burger for our bekalan.
Aku baca blog rata2 kata jam kan nk naik cameron.
So lepas siap bekal semua, aku bersiap dulu last skali baru bgunkan n mandikan umar.
At the end kitorg gerak kol 10 pagi dari rumah. Cet.

Dekat highway okla jam sikit2. Aku pon smpai tetido2 hehe. Umar pon tido je sbb mmg waktu tido dia. Sng kjr aku. Tp by 11.30am umar da bgun. Okla aku terus suap dia nasi with sup ayam. Aku mmg da bawak bekal umar untuk lunch n dinner. Sng. So if stuck dlm jam xdela sape2 kelaparan.
If perot kenyang xde sesapa yang emo or cranky kan.

Mulut comot sbb suap muffin as bfast dia. Tu meggi tu bekalan kat sana manala tau memalam lapar. Untuk kitorg bukan umar. Umar suka pegang buat main je sambil goncang2 bila dia sebut "shake shake shake". 

Perot da kenyang keter gegar2 teros tetido. Bagus bolehla mummy nap gak.

B4 that amik gambar luh la jap g tido confirm shawl snget2

Umar tido sejam je. Dlm 11.30 dia da bgun. Kita dalam jamm lagila umar. So aku suapkan dia nasi with sup ayam + sayur. Bau sup umar menyebabkan kitorg pon da lapar so kan sng mkn je burger yg aku buat. Takyah buang masa stop kat r&r. Save budget n masa. Jd mak camnila. Knr plan byk benda. Laki ada pk semua benda ni? Ada pk pasal bekanan anak. Susu anak. Extra diapers knr bawak baper. Allah jadikan perempuan ni mmg cukup sempurna. Sbb apa? Sbb kita mampu multitasking n fikir byk benda at the same time. Bila penat, take a break and take a deep breath. Kdg2 husband x positif x faham xpe, yang penting ko tau apa yg ko buat tu betul. Kalau rasa penat nak argue lebih2, diam je n senyum. Allah tau...

Sorry bebel. Hehe x de sebarang gadoh pon spnjang perjalanan. Jgn salah faham tau :). Ok back to story. Itinerary mmg ikot plan aku. Kalau aku tak buat research nak g mana n dok mana, ntah le..... Alhamdulillah segala perancangan kali ni sempurna bagi kitorg. 

Hasil baca blog orang, aku rasa day 1 sempat buat benda2 ni:-

- Ladang teh boh bharat tanah rata
- Lavender garden - tringkap 
- Big red strawberry farm minum ptg
- Check in hotel
- Pasar malam brinchang


Lavender Garden (2-3ptg)
Sampai cameron dlm pukul 2. Aku ajak husband g Lavender Garden dulu sbb takot ramai orang. Plus ramai ckp tempai ni wajib pergi. Masuk adult sorg RM5. Bawah 3 tahun free. 

First impression aku bila masuk, eh nape lagu cina jinjang berkumandang. Nape byk tanglung cina? Rasa macam masuk kebun owner cina pon ye. Aku imagine tempat dia luas. Tp in reality berbukit n nampak cramped. Bila aku nak kuar baru aku terfikir ohs mebi sbb nk raya cina kot. Thats why decoration dia cmni. Tapiiiii garden ngn tanglung cina wey x masuk. Ni bukan shopping complex. Haha ada owner dia kisah? Janji korg bayo masuk tempat aku! Agaknye la cmtu dia pk... Bagi aku okiela. Tak meet imagination aku so a bit disappointed di situ. Tempat ni best la untuk bergambar. Aku malas nk crop2. So ada gambar yg ada tanglung cina tu korg tgok n feel x lavender yg cantik tu? 

Skirt aku tu terbalik x sempat aku nk betulkan sbb umar nk melekat awal2 mood dia belum panas.

Btw cuaca panas ok tak sejuk langsung. Okla dia berangin je cmtu. Maybe sbb aku g bulan 1. Kalau bulan 10-12 kan musim hujan mungkin sejuk. Musim hujan xya la korg turun cameron. Bahaya tau sbb ada area tanah runtuh tu kan... Bagi aku just nice la cuaca cmni. Sng nak berjalan. Biar panas la bagus kan. Kalo ujan, agak nye dok dlm hotel je.

Bila mood umar da panas, nak berjalan je. Ko tgok tanglung merah tu... Eee sakit ati tol rosak fefeeling nature cantik.

Suh ada budak amikkan gambar bertiga.

Camni baru la cantik shot aku amik hijau semata! Hehe

Umar, action! Hehe


Rate tempat ni: 3/5. Kawasan dah cantik. Just tanglung cina n lagu cina tu je buat slack feeling.

-----------------------------------------------------------------------

Bharat tea plantation - (3-4 ptg)
Masa kitorg sampai sini pelik eh nape mcm takder org. Rupanya bharat tea ni ada 3 cawangan dlm cameron. So yang kitorg g ni mungkin x ramai sgt org. Bagusla. Best lepak tak ramai org. Sbb da lunch dlm keter, barula leh feel minum ptg ngadap ladang teh. 


Kopi coklat yang sedap makan dgn kek choc indulgence. Alip nye coffee biasa2 kot. Total adalah dlm RM21 kot.



See tak ramai org. Best la mmg fefeeling minum sambil tgok ladang teh.

Jemput buat macam rumah sendiri umar... 


Tak naik smpai atas pon. Just amik gambar sikit2 sbg kenangan.




Rate 4.5/5 sbb tenang n tak crowded. Kalau menu tu buat proper lagi bagus sbb org mcm aku mana la nak tau teh apa yg patot rasa kat situ kan. Kitorg lepak sini adalah dlm 45 minit gak.

-----------------------------------------------------------------------

Big Red Strawberry Farm (4.30pm-5.30pm)
Lepas g bharat tea aku suggest husband g terus big red strawberry farm sbb dia kat brinchang. Tp husband kata nk check in dulu sbb takot dpt bilik tak best walaupon da bayar bilik tru on9 kan. Hurms ok la aku ckp if setakat register ok la. If dah bawak naik brg nak turun balik mesti malas. Aku assume jalan nak naik ke hotel copthorn which from tanah rata to brinchang akan jam sbb aku baca ramai kata jam tp rupanye ok je. Malah x jam langsung. Amazing. Umar pon tgh nap dlm keter. So husband je kuar g check in. Dlm 15 minit settle. So kitorg terus g Big Red Strawberry Farm. Terletak 5-10 minit je dari hotel if tak jamm. Again kitorg lucky sbb tak jamm. 

Kat sini a bit tough nak dapat parking 2x pusing baru dpt spot parking. Jln a bit curam and all but nama pon kat tanah tinggi kan hehe redha je la. Bgun kan umar n tros menuju ke cafe. Sbb nk makan scone or waffle or whatever la. Tapi umar taknak duduk makan. Dia nak berjalan so sementara husband order, aku pon bawak la umar berjalan. Semputnyeeee sbb dia berbukit sikit jln nye.



Suka la tu tgok fish. Kejap je pastu g kat husband balik nk mkn waffle nyum2.

Ice cream da cair sbb aku berjln lama sgt ngn umar. Try suapkan umar sikit tiba2 dia muntah. Rasanye perot dia da start masuk angin plus jln kat sini kan memeningkan. Tp dia muntah kat husband haha emo gila laki aku. Grrr naseb aku tak paksa dia beli tshirt gambar strawberry hihi. Sape suh bawak baju cukup2. G holiday kena la bawak baju extra kan. No?

Tp budak tu mood dia ok je. Aku mkn cpt2 n kitorg amik gambar sikit kat dlm ni.


Umar, mana duck??

Aku lupa amik gambar ngn pokok strawberry la. Laki aku tu jenis nak cepat je kjr nye. Tengok2 da turun bukit ngn umar. Taknak la aku selfie ngn pokok strawberry sorg2 hahaha. 2nd day laki aku knr sound ngn aku "kata g bercuti tp nak cepat je macam mana nak enjoy scenery". Hehe yerla xde benda nak rushing sgt pon sbb just nice dah plan g all the places ni.

Kat sini kan....aku kan....

...terlanggar laki baju oren kat belakang tu dia hampir jatuh tangga okieee. Hahaha tp aku dah say sorry dah. Kan da ckp kawasan kat sini curam byk tol tangga so knr berhati2. Hehe laki tu mula2 bagi pandangan tajam kat aku tp dia senyum pas aku say sorry naseb baik. 

Overall 4/5 gak rate aku kasi kat Big Red Strawberry Farm ni sbb dessert dia sedap plus umar pon happy dapat tgok fish n berjln dlm ni. Walaupon ramai org tp takderla sesak sgt nk amik gambar ke apa. Tu pon x g bahagian cactus sgt sbb malas. Hehe

-----------------------------------------------------------------------
Dinner at Fendi Steamboat, brinchang 

5.45pm - bawak barang naik bilik hotel. Sambil rehat, mandi n solat. Umar looks so happy running around, jumping on the bed and mandi buih dlm bath tub. Pukul 6.45pm kitorg da gerak nk g dinner sbb makanan umar yg aku bawak da basi. Sup nye ok. Nasi nye da basi plak. Sabar je la. Berdoa tak jamm sbb nanti sian umar lapar. Kitorg mkn steamboat kat Fendi steamboat. 

Baju sejuk umar ni beli masa aku pregnant kan umar. Time tu beli kat hnm tgh sale murah gila adalah dlm RM15? So aku ckp ngn husband time tu by the time umar muat baju ni kita kena g London. London ko..... Hahaha cita2 mak ko ni mmg tinggi. Takper berangan tu free.

So food kat sini, 1 pax RM20. Order sup ayam untuk umar. Naseb umar behave makan.

Alip bandingkan makan kat sini ngn johnnys! Alahai mestila jauh beza kan. Standard la business kat tempat peranginan dia x pk quality janji untung! Sbb ada tauhu tu kicik2 dia potong 4. Muahaha tp sup ayam umar sedap. Nyums. Aku ok je makan kat sini sbb umar behave kan. Tp alip x suka sbb dia kata mahal x berbaloi ngn harga. Bila pk balik, yer betul mmg pricey. Hehe so korg pepandai la google tempat makan steamboat murah dan sedap dan banyak di cameron. Mungkin jumpa info yang lebih baik. Kitorg malas nak cari2 sgt. First restaurant yg kitorg jumpa tuh la yg kitorg g hehe.

-----------------------------------------------------------------------
Pasar Malam Brinchang
Lepas dinner tros g Pasar Malam Brinchang. Sbnrnye aku malas g tempat2 cmni sbb ada la malas untuk dukung umar secara bergilir2. Sini x sesuai bawak stroller sbb jalan berbatu2 n tak rata. Redha je la. Beli ball strawberry umar, cendawan goreng n some potatoes untuk family members alip. Tak beli sayur ke hapa sbb plan nk beli kat kea market the next morning.

Ok la pasar ni. Tp next time aku malas g sini kot haha. Jgn ikot aku. Aku mmg malas sbb dukung budak kicik. Penat. Yerla g bercuti kan nak rehat2 je xnk penat2. Tu belom cter pasal kea market esoknye. Hehe pas g pasar ni kitorg balik n tido kat hotel.

Kunun bijak la letak umar dlm ssc snugbaby ku. Tp umar tu da 1 tahun 8 bulan ye. Reti plak dia dok diam. Adala dlm 15minit je dia dok dlm tu pastu sebok nak kua. So aku pass to daddy dia. Pastu alip pass balik kat aku. Haha sabo jela.

Day 2 sambung nanti kie.

Umar dan bola strawberry nye. Suka sgt dia main dlm bilik. Umar kan mmg gila ball! Hehe