Disember baby

Alhamdulillah for another year older to be grateful.
To be happy.
To be loved and to love someone and things that i do this much.

 
2016 being so wonderful to me.
To see my businesses grow.

To see @ohweddingku grow from nothing to something.

 

 
Started when we build the photobooth for my bro's wedding.

 
N then have more than 30 clients.

N few time appear in magazines too.
 
InsyaAllah we have bigger plan for 2017.
Just wait for it.
Although we have plan that was suppose to be launch by August, we have to cancel it due to some reasons.
But it's ok.
Allah have better plan for us i always believe that.

For my shaklee business growth from me alone and now i have own team / business partners.
Thank you business partners - aimie and wani for believing in me.
We are so busy with our lifes yet we still able do our best just to make sure we achieve our targets.

 
From a person who never sell vivix and now i can close deal 3 vivix in 1 day is a huge achievements.
But of course it wont happen without guide and support from my mentor, dr cip as well as from the whole team.
I never thought i will be this serious with shaklee business until i have business card for it and soon pamphlets.

I never thought i will be this serious in my businesses that i went to few seminars :-
IMKK with Dr Azizan.
fbads with Najib Asaddok next weekend.

Also to move to our own house even tho we have to go tru lot of challenges!
 
Challenge that our tenant didnt pay the house rental for 3 months!
And leave the unpaid electricity. (5k u guys!)
But wuteva as long we success to chase them out.
Huge nightmare for us but perhaps there's a hikmah behind it.

I would like to thank my family: my parents, my kids and husband - because of them, i want to do better everyday.

 

It's crazy to manage time everyday but i just do my best.

Small steps will bring u big results soon if u CONSISTENT.

happy birthday to me.

I hope 2017 will be as great as 2016 😘.



Pengalaman Berpantang Anak ke 2

Hihi ni tentang pengalaman masa lepas beranak ammar haritu.
Kali ni aku memilih untuk berpantang di rumah sendiri.

 

 
Sebab senang takya travel balik kampung lepas beranak.
Senang sebab kat rumah sendiri so boleh prepare awal2.

Aku ajak mak abah datang masa minggu ke 2 aku berpantang.
Sebab minggu pertama, husband ku jaga.

So tak pe la. Biar la mak abah nak settle p kelas agama dulu kan kat kampung.
Dah settle, baru la mai rumah aku.
Pasal mak aku bukan nya sihat sangat.

So aku takmo la susah kan dia sangat.
Yang paling penting ada orang melayan umar main.

Tapi Allah tu memang maha berkuasa akan apa pon yang dia nak.
Aku tengok mak nye energy level time jaga aku bagus.

Last2 dia n alip la gilir2 masak utk aku.
Kadang2 tapau.

Dah la mak masak.
Sedap kot.
😂😂😂

Pantang celah mana aku makan berulang nasi.
Padahal lauk pantang je.

Thank you Allah bagi mak sihat.

Btw aku book tukang urut.
Dia datang hari ke 5 aku beranak.
Aku ok je. Pasal 3 hari dah kat hospital.
Hari ke 3 dan ke 4 kat rumah sendiri.
Hari ke 5 dah tak kalut sangat la.

Jangan korang tanye no phone dia pulak.
Pasal dia kata dia da tak nak urut 2017.
Nak balik indonesia dah uruskan business husband dia kat sana.
Gituuuu.

Nama dia kak eyla.
Memang best dia urut.
Harga pon mahal 😂😂.
Mahal la dari rate batu pahat.
Tapi takpe la badan nak pakai lama oit.
So aku amik 5 hari je.
Cukup la.

So
✔️ makanan pantang husband n mak uruskan
✔️ tukang urut
✔️ nona roguy set berpantang (aku tak minum yang teh dia)
✔️ SUPPLEMENTS BERPANTANG SHAKLEE

hehe harus la kan.
Kalau dah pregnant best gila amik supplement shaklee.
Berpantang mesti la dengan set berpantang shaklee.

Aku beli sikit2.
Supaya tak terasa nak beli semua sekali gus.
Pokai la mak! 😌😌

So sebulan sebelum beranak aku beli ESP, OSTEMATRIX dan BCOMPLEX.
VITA C ada lagi balance dari pregnant.
So jimat di situ.

4 ni je aku amik.

Kalau nak lagi complete dan badan rasa best, sila tambah OMEGA dan VITALEA.

Lepas habis 44 hari berpantang, baru aku tambah ALFALFA dan LECITHIN.

So set shaklee tak mahal pon.
Beli la sikit2 macam ioll.

Plus ikot la health issue korang time tu.

Plus boleh tahan sampai 3 bulan.
Jimat kan?

Alfalfa n lecithin je tahan sebulan.


 
Ni full set berpantang. Ada 6 items.

Ok jom kita baca sikit apa function set berpantang shaklee ni?

 

👉 ESP : minuman protein. Protein diperlukan oleh badan untuk penghasilan tisu2 baru.
✔️ Bagi tenaga pada ibu berpantang.
✔️ Memekatkan susu dengan nutrients
✔️ Memelihara rahim ibu agar kembali kuat selepas beranak
✔️ Menegangkan kulit ibu selepas beranak
✔️ Mencantikkan kulit ibu

Sebab tu la saya tak boleh miss amik ESP dari pregnant, berpantang dan sekarang sampai baby dah 8 bulan. Terlampau banyak benefit yang saya dapat melalui ESP ni.


 

👉 OSTEMATRIX
✔️ pil calcium. Calcium diperlukan oleh ibu untuk menguatkan tulang selepas beranak.
✔️ mudah lawas. Jadi ibu yang lepas beranak takde masalah sembelit ye.
Dulu anak pertama, ya Allah sengal gila. Memang tak amik shaklee. Makan betik banyak sbb takot susah nak berak time berpantang. Kali kedua lepas beranak, betik amik jugak. Tapi sebab amik ostematrix sebelum tidur, memang takde masalah nak berak langsung! 

Also kalau korang pregnant, sakit2 tulang, sakit belakang dan sakit punggung, ohs and cramps tetengah malam, amik la ostematrix ni. Sangat berkesan! 


 
👉 BCOMPLEX
✔️ menghilang kan migrain dan pening ketika dalam pantang
✔️ buat kepala anda lebih ringan
Serius memang takde pening pon masa dalam pantang sebab amik bcomplex ni tiap2 hari.


👉 VITALEA
✔️ Multivitamin untuk topup all the nutrients needed
✔️ bagus untuk tambah energy pada si ibu
✔️ buat badan lebih ringan dan cergas
✔️ jaga HB ibu supaya sentiasa normal


 
👉 VITA - C
✔️ Luka di tempat beranak cepat sembuh
✔️ Cantikkan kulit ibu
✔️ Bagi immune system ibu lebih baik jadi tak mudah sakit
Kalau amik ESP da banyak benefit, Tambah vita c memang lagi best kesan nya.
Vita c pon memang aku tak miss amik dari pregnant, pantang sampai la baby ku dah 8 bulan sekarang.

 
👉 OMEGA
✔️ bagus untuk bakar lemak ibu selepas beranak
✔️ kawal kolestrol
✔️ kuatkan tulang kalau diambil dengan ostematrix
✔️ menguatkan memori ibu dan anak yang disusui
Yang ni aku rasa optional. Lebih penting diambil masa pregnant trimester ke2.


Lepas 40 hari, aku dah p jakel dan FARM IN THE CITY.
haha kena jeling maut gak la dengan makcik2 kat situ.

Obviously bawak newborn kan. 😆😆

Pasal kesian kat umar duduk umah lama.

Lepas habis pantang, aku nak turun kan berat badan pulak.
Sebab time tu berat aku 58kg.

My ideal weight should be 49kg.

So aku tambah lecithin dan alfalfa.
Dua ni bagus untuk susu badan jugak.

 

Di mana Lecithin boleh hilangkan bengkak susu.
Alfalfa boleh banyakkan susu.


Ok harap post ni dapat membantu mummies yang tercari2 set berpantang terbaik.

Kalau nak, boleh order dengan saya ok? 😄😄


 
Ammar, 8 bulan setengah, 9.5kg 😄
Fully breastfeed




Pengalaman pergi IMKK

Sakit betul hati bila time kita nak buat kerja, tapi internet pulak takde.
Internet kat computerku.
Husband pulak dah tidur.

Means esok kena bangun awal la ni.
Huwaa huwaa...
Sebab tak boleh buat kerja i membebel kat blog ni la.

Asik citer pasal shaklee boring eh?
Kita cerita pasal IMKK la.
Imkk stand for intensif magnet kekayaan dan kejayaan.

Mula2 nak pergi ni kena drag dengan husband.
Aku busy sangat tatau pon program ni utk apa awal2.
Aku tau la untuk startup business.
N by dr azizan.

Dah la penat pindah rumah pon tak abes pastu terus g seminar pulak.
3 hari pulak tu.
Tapi husband kata kengkawan dia kata best, so p je la.

 
Rasa seronok pulak bila banyak business owners pergi sini.
Contoh: dato vida, diana ishak. Yang lain tu biasa2 je zain saidin n ipar dia si adik rozita che wan ala aku lupa nama. Dia pelakon gak.
Ok dah ingat.
Ayu raudhah.

Tapi menyampah tak tersentuh bahu ngn dorg pon.
Nampak dorg kat screen je.

First time aku dengar seminar tak ngantuk.
Ohs day 2 je sebab dia buat sampai malam, so almost tetido gak la dalam kol 10 malam tu.

 

Day 1, aku n alip cabut awal pasal kesian kat kat mak abah nak handle kids sorang2.
Umar tu aku tak risau sangat sebab dia dah besar, pandai bawak diri, dah terer kencing berak kat toilet.
Dia nye cranky cuma bab bangun tido nangis nak susu je.
Kalau ada aku, biasa nye memang macam2.
Kalau dgn atuk dia, ok lagi la.

Adik sebab still bfeed itu la cabaran nya.
Aku hanya mampu bertawakal je n berdoa adik ok. Hihi

Btw seminar tu best cuma memang too basic for us.
Bagus nya, sbb kitorg belajar macam mana nak handle duit business better.
Pastu berkat parents n husband tu penting uolls.

Mintak suami redha dgn apa kita lakukan.
Mintak dorg doakan sekali.
Insyaallah rezeki tu senang masuk.

Pastu jaga hubungan dengan Allah.
Paling terkesan bab solat tahajud.
Dhuha alhamdulillah jarang aku miss.

Tapi tahajjud tak pernah buat pon sebelum imkk ni.
Cuma ayat dia 1 best aku akan ingat sampai bila2.

Dia kata nak mintak macam2 kat Allah.
Pastu tengah2 malam Allah kejutkan dengan perasaan nak terkencing atau anak nak p toilet.
Lepas kencing or teman anak g kencing, korang buat apa?
Korang sambung tidur.
😴💤💤💤

So korang dapat apa?
Korang dapat kencing je laa 😂😂.

Hahaha semenjak balik dari imkk, bila umar nak g kencing tetengah malam yg dia kejut aku tu,  pas settle, aku berjaya buat tahajjud terus.
So bila kita jaga hubungan dengan Allah, dengan parents n dengan spouse, baru la senang rezeki nak mengalir.

Aku suka je pergi kelas dia ni.
I wish i can afford the next class khusus untuk marketing.
Tapi too pricey.

Insyaallah ada rezeki tahun depan aku nak p.
Ni aku nak g 26 dec najib asaddok punya.
Pasal copywriting.
Najib asaddok ni pon anak didik dr azizan.
Yg ni murah je rm50.

Since mentor aku pernah p dia kata best, ok la lets give it a try.
Kali ni, alip will take care the kids.
Aku p ngan kawan aku je.

Korang, yang baru nak start business, instead start tanpa arah, cari la mentor.
Atau berkawan dengan kelompok rakan business yg sama.
Sebab support group ni penting tau untuk business anda pergi ke level seterus nya.

Taknak la buat business sekadar lepas duit jajan anak kan? 😏😏
Sampai bila nak camtu.

Buat business kena betul2.
Bagi 100 peratus.

Focus dengan apa yg anda mahukan.

Ohs aku juga berjaya ubah jadual hidup aku.
Tidur awal. Bangun awal.
Lepas subuh takleh tidur oit.
Rezeki liat nanti.

Since he's a millionaire n husband aku pon da bebel byk pasal ni before, aku sahut cabaran ini.
N i success for 2 weeks half so far hehe.

Mungkin ini la wake up call aku.
Allah nak kasi aku peluang berubah.

Ubah yang basic dulu, pastu business.

Gituuuu

Ok la uolls, kalau korang nak g, next class imkk tu next year.
Check their richworks website kie.
Kalau business korang dah advance p yg marketing nye class.

WORTH EVERY PENNY!

Btw bulan ni ada promo collagen.
Ramai betul yang dah borong.

 
Ada yang nak order? Whatsapp saya. 0123318084




Pindah rumah and latest update

i miss u blog.
Biasa la.
Bila ada anak kicik, memang susah nak update blog.

So...whats new about me?
👉 dah ada 2 kids. Umar dah 3 tahun 5 bulan. Ammar 8 bulan. They made me bz whole day long.
👉 busy ngn businesses. Kat blog ni im just gonna focus on my shaklee business.
👉 finally pindah rumah sendiri. Duduk yang dibeli masa baru kahwin. Area bangi. Luv this area so much. Walaupon jauh dari ikea or ou dah. Of course a bit sedey tapi im ok. Jimat lagi duit hehe sbb sini sng sgt tapau food. N surprisingly murah! Makanan umar tapau tengahari RM3.50 je. Woww sangat.


 

Nak tengok my kids?


 

This is how they look like when they are active.
Ammar tu mmg chubby.

Penangan amik set pregnant shaklee.

 
Pastu teroskan amik ESP shaklee sampai sekarang.
Berat ammar pon dah 9.5kg skg.

 
Hehe n this is how they look like when both nap at the same time pheww 💆.
Thats why i have time to blog a bit rite now.

By the way, insyaAllah i will always update here everyday.
Sekarang saya busy buat business shaklee.
Bawah group saya ada 2 orang business partners yang sama2 bersemangat buat business ni.

Seronok bila momentum kitorg sama.
Yerla siapa nak kasi cash RMxxx or RMXXXX saja2 kan.

Sebab tu kitorg sungguh2 buat business shaklee ni sebab hanya perlu spend masa sikit buat ads.
Atau untuk study pasal products.
Sebab...takya susah2 nak g post barang mahupon g branch.
Semua shaklee uruskan.

Senang kan?

Btw im updating this blog pon sbb nak cari lagi 5 business partners untuk team saya.
Team besar saya terdiri dari doctors and pharmacists.
So u got good backup in case masalah kesihatan customer mencabar untuk anda consult.

Ada tak housewifes atau bekerja pon boleh if nak cari extra income buat business ni?

❤️ Tak perlu post barang. Shaklee post kan
❤️ Registration RM80 je or free depends on terms and conditions
❤️ Tiap2 malam ada kelas free to guide you on how to make ads etc
❤️ Bonus shaklee kasi depends on your sales

Senang kan?

 
Jom join group saya.
InsyaAllah saya akan guide anda sama2 cari extra income dalam business ni.



My beautiful pregnancy journey

Time week 30 tu aku dah start checkup ngn doc bheena dari columbia asia Pj. She's a female doctor. punjabi. Very friendly and nice lady. Husband selesa ngn dia lagi la aku.

 

Aku suka betul ngn columbia asia pj ni sbb senang betul parking betul2 depan pintu masuk.
Pastu klinik checkup dah la first floor takya jalan jauh.

The fees super duper cheap. Setiap kali checkup RM100 je tak pernah sampai RM130.
Sebab aku amalkan set lengkap pregnant Shaklee and doctor tengok semua result tekanan darah, berat and everythg ok, doc pon tak kasi obimin dia suh troskan je la ngn supplements aku.
Dulu masa trimester 1 aku ada pening la aperla tekanan darah asik rendah, lepas amik Shaklee tak pernah aku pening pala dah.

Aku start amik Shaklee trimester 2.
Okla tipu la kalau tak rasa penat langsung. Bila penat, aku tido je join umar nap ptg.
Haha nikmati saat2 nap ni sbb tatau bila adik umar keluar nti aku sempat nap ke tak kan.

Alhamdulillah berbaloi sangat amik supplements shaklee ni.
Dapat kekalkan tenaga, insyaallah baby dlm perot pon membesar dengan baik, berat badan pon tak naik melampau, and takde stretch mark at all. Takde. Perot tak gatal pon! 
Lain sangat masa mengandung umar dulu, sapu cream stretch mark dari bio oil to ntah apa lagi brand tak ingt, tak jalan pon! Ni sbb minum ESP shaklee la ni kulit pon ok je.

Kenapa perlu ambil SET LENGKAP HAMIL SHAKLEE?? 

 

1. Vitalea 👉 Multivitamin yang tebaik dengan zat besi.  Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah


2. B-complex 👉 Mengandungi asid folic. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural


3. Vitamin C 👉 Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat


4.Ostematrix 👉Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Pengambilan OSTEMATRIX juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp.


5. ESP 👉 Di samping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.


6. Omega Guard 👉Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.

Saya panggil baby kedua ni baby SHAKLEE sbb amik full set pregnant shaklee :)

Nak baca pengalaman bersalin anak kedua saya?

 
Part 1:

Part 2:


Ni gambar saya dengan gynae saya masa checkup hari ke 6 lepas beranak.
 
Maaf saya gemok lepas beranak tapi dah kurus skg hehe.

 
 
Harap boleh bantu ibu2 yang sedang mencari supplements yang sesuai untuk pregnancy anda.

Jika berminat boleh terus whatsapp saya.
Saya kasi consultation dan harga special untuk anda.



Pantang experience and Ammar

Hello blog.
I miss u much!
The last entry i blog, i promise to blog about my pantang experience but ammar already 5mo and will start his solid food soon :p.

Didnt know beranak 2 will be this bz!

But nvm. I will just blog as fast as can ok?

Pantang experience (2nd child)
I didnt plan to take confinement lady this time around.
Just cari tukang urut.
After compare the price and all, i agree to take kak ila (she's indonesian).
Dia dah urut lama kat malaysia.
Kata kak ila, selalu urut2 datin2 n artis2.
She is so pretty for her age.
And love her massage service.
So good!
RM120 per day.
But too bad she already go back to indonesia sbb nak uruskan business2 husband kat sana gituu.

I amik 5 hari je urut. 
By day 5, badan rasa best.

I took Shaklee (set berpantang) supplements + nona roguy set as well, so pantang was awesome.
Rasa sihat gila by day 14.
Nak order set pantang shaklee boleh whatsapp saya ok? 0123318084.




I was lucky my parents was fit during my confinement, so they stay at my house and my mom cook for me. Thank you Allah.

Umar so happy his best friend, Tok tip was there to entertain him.
So my pantang experience was awesome.
Week 1, husband on leave so he took care of us, making meals and all.
Tho dapur scary haha. 
Pakkal tgh pantang rasa nak tolong basuh pinggan mangkuk.
Well i did actually at day 4.
Tak boleh la tgok sepah2. Sbb husband style penat, dia kata nti sok pagi dia basuh.
Mmg tak la. Sbb tu day 4, i selamba basuh pinggan pastu knr mara i buat bodoe je haha.
Biasalah kita pompuan kita nye piawaian kan tinggi.
Lagi plak sejenis degil raihana ni :p

2nd weeks onwards my parents came over and mak yg masak.

About Ammar
Ammar is consider lucky baby.
Or perhaps i already know how to handle baby, so everythg was consider smooth.
I bath him since day 2!
Actually i think how kids behave is totally how we handle him.
Ammar is calm baby because i already know how to breastfeed, to tackle his mood, to tackle his different kind of cry and all.
Kulit pon takde eczema macam umar.
Mungkin sbb dok consume Shaklee set pregnant so kulit ammar mmg cantik putih gebu gabas.
Dah 4x orang ingat Ammar girl akakaka.

Looking fw for his solid food soon!



Cuma kasihan asik knr buli ngn abang tapi tetap gembira and terhibur dengan abang.
Abang buat apa pon gelak2.
I love to see their bonding alhamdulillah thank you Allah for this greatest gifts.

Ohs yesterday i plan to make soto ayam before go back to bp with my sister.
I thought it will be nice if i can let husband taste it a bit as he had to setup for pelamin berendoi client that nite.

Haha until 5pm, ntg was done.
Preparation for soto ayam still have lot more to do.
Kids skip their nap because they need their mom to dodoi2kan them at the dark room. Impossible since im rushing to do alot of stuffs as well.
I need to prepare @ohweddingku stuffs for the setup that nite.
In between breastfeed adik and calm him down.
In between suruh umar makan.
In between sidai kain, angkat kain.
Need to pack baju balik kg.

At the end i realized i almost became the worst mom ever as i had to ignore their needs.
So i stop making soto ayam and plan to just continue making it at kg.
Luckily preparation for @ohweddingku settled.
So i took the kids for bath.
Pack clothes.
Able to make burger ayam n fries for dinner.

By 9pm off to kg.

Phew. 

Kita hanya merancang. Allah tentukan.

I have lots more to blog.
Will try to continue by tomorrow ok?



Pengalaman bersalin anak kedua - part 2

Lepas aku pilih untuk doc pecahkan air ketuban, aku minta izin dari doc untuk solat asar dulu.
At the same time husband uruskan registration siap2.
Settle registration, husband hantar bag aku n ready to leave me untuk cabut pelamin berendoi client.
Aku pon salam n mintak maap siap2 in case tak sempat jumpa tho confident sgt husband sempat sampai by 9pm sbb fefeeling beranak kol 11mlm cmtu.

So lepas solat asar, 5.30ptg tepat doc pecahkan air ketuban aku.
Time tu la bermula la perjuangan beranak.
Sbb sakit contraction makin lama makin kerap n sakit tak terkata.
Aku kan sentiasa bz sebelum beranak so tak sempat research balik cmne nak breathing tu semua.
All the nurses dlm labour room tuh la yang guide n bagi semangat tak sudah2.
Semua nya baik n sudi menghulurkan tangan masing2 untuk aku genggam kuat2 semasa menahan sakit.
Aku rasa baru kol 6pm aku dah give up tros ckp nak epidural hahaha.
Doc aku dtg ckp nak check bukaan dulu.
Dia kata kalau bukaan dah byk syg if nak epidural.
Pastu aku tanye apa option lagi drugs yg ada.
Dia kata gas sedut tu.
Aku sempat ckp nanti aku ngntuk je lebih tp tak hilangkan sakit.
Pastu dorg kata cuba dulu if sama je then if aku still nak epidural aku boleh amik.
At the same time doc mintak izin nak check bukaan lagi.
Aku mcm nak nangis sbb tengah tahan sakit sambil nak kena tahan kena seluk huwaa huwaa tp aku relakan.
Aku kuatkan semangat fikir "it's ok rai u can do it. Allah wont test somethg that u cant handle"
Lepas doc check bukaan doc kata dah 6cm.
"Raihana i dun think u need to take epidural. Bukaan u dah 6cm. Sgt cepat"

Aku akur n cuba sedut gas yg dorg kasi tu everytime contraction nak dtg.
"Breath innnnnn breath out"
"Slowly"
"Tarik panjang2"
Ya Allah aku bersyukur sgt sbb aku mmg ikot je instruction dorg and IT REALLY HELPS to endure the pain.
Nampak sgt masa beranak umar dulu aku tak diguide guna sedut gas tu dgn betul sbb bila tau nak guna dgn betul, mmg work!

Pastu midwive cina mcm tua2 cmtu dtg.
Aku dah risau dah takot kalau ramai2 nti aku takle focus ke hape haha.
Tp midwive ni baik sgt dia tolong urut2 butt aku n peha aku masa all the time tu especially time nak beranak so sangat2 menenangkan aku masa proses nak beranak.
Masa tgh suasana tegang tu aku dgr nurses suh call husband aku tp doc kata jgn. Sbb dia tau husband tgh cabut pelamin. Hehe dia kata dah settle nti baru call.
Dia taknak anythg happen on the road. Bagus kan doc aku?

Masa dah nak dekat 10cm tu aku rasa panas je bwh aku.
Time ni mmg susah nak differenciate perasaan nak beranak n contraction sbb dua2 sama sakit.
MasyaAllah sakit betul.
Dulu amik epidural so mmg rasa nak terberak je.
Ni rasa betul2 sakit contraction n sakit nak berak n at the same time rasa panas2 sumpah aku tatau nape rasa panas2 tu.
Pastu dlm rushing2 gitu dorg lambat angkat palang besi tu mmg knr marah ngn aku.
Haha aku dah la tgh lalok tgh meneran pastu kaki aku plak takle letak kat besi.
Naseb doc n the rest cpt handle situation tu.
Alhamdulillah dengan percubaan beberapa kali meneran berjaya la aku melahirkan adik umar pada pukul 7mlm.
Ya Allah syukur sgt2.
Adik sgt melekit2 berdarah dorg letas atas aku.hehe tp aku sgt lalok ngn drugs sedut tu tak mampu peluk ke apa. Naseb nurse tolong angkat kan tangan aku smer.

Perjuangan belum selesai hoi.
Proses kuar uri pon sama je sakit tu belum lagi time jahit pon sakit.
Dulu time umar boleh tersenyum2 pas beranak ni tak ye.
Aku continue sedut gas smpai dah settle jahit. Hahaha.
Kiranya cepat jugak la. 5.30pm pecah ketuban, kol 7pm beranak.
Dulu time umar, kol 7pagi masuk ward, kol 9 mlm baru beranak.
Doc dulu taknak pecahkan ketuban dia nak suh bukaan bukak sendiri.
Sbb tu kali ni aku pilih doc pecahkan ketuban cuma tak sangka cepat tol.

Pas dah settle smua baru la sempat aku update husband n family n friends.
Sempat bfeed adik jap.
Pastu dorg pindahkan aku ke ward 2 katil 1 bilik.
Husband smpai dlm kol 9mlm. Alhamdulillah kjr pon dah settle baru la lega kan.
Baru la sempat azankan adik.

Katil sebelah kosong so husband pon tido ngn sgt selesa hehe.
Tak la selesa sgt sbb kitorg pilih baby tido ngn kitorg mlm tu so kol 2-4 pagi tu lama tol adik breasfeed plus adik tak pandai latch lagi so mmg menguji kesabaran aku guide dia. Sampai tersengguk2.
Husband pon tak tido time tu dia takot aku tetido masa breastfeed adik.

Kol 4 pagi mengalah suh nurse amik adik.
Dapatla kitorg tido smpai kol 6 lebey.
Nikmat tol. By the time adik smpai aku pon da mandi n fresh.

Lepas doc check aku n baby semua ok, kitorg pon dibenarkan balik.
So dlm kol 1 kitorg pon balik.

Alhamdulillah tak salah pilih hospital columbia asia petaling jaya untuk melahirkan adik.
Thank you again to my gynae Doc Bheena n the team for being very supportive and helpful during the labour process.

Untuk memudahkan yang masih tercari2 hospital yang sesuai, di bawah kos bersalinkan adik untuk tahun 2016.
Total kos bersalin untuk 2 hari 1 malam tanpa epidural hanya gas sedut secara normal adalah RM3k.
Deposit 4k.
Balance akan dipulangkan selepas beranak masa checkout.

My monthly pregnancy checkup with doc Bheena tanpa ambil ubat adalah selalu nya bawah RM120.
Tapi ikotla naseb masing2 k hehe.

Bilik color biru ijau cantik n sejuk je tengok.

Memang selesa ward dia. Makanan pon alhamdulillah sedap. So much better dari tropicana hospital. Hehe

Hi nama saya Ammar Hakeem. Hari ke 9 saya lahir baru daddy n mummy sepakat bagi saya nama. :p

Rezeki awak la dik alhamdulillah mampu beranak sini. Kalau tak nak beranak kat ppum je. Tp daddy taknak sbb dia nak doktor pompuan sambut adik. Kalau ppum takot random doctor sambut baby. 

Alhamdulillah berjaya fully breastfeed sampai ke hari ini. Nama pon anak kedua. Rezeki Allah kasi kali ni susu sangat melimpah ruah sampai minum half sachet horlicks 3 in 1 sekali je sehari. Terpaksa 3-4 kali pam 1 hari kalau tak bengkak susu.

Ni la doc Bheena, gynae ku yang baik sgt2. Tq doc sbb tak kasi aku amik epidural hahaha leh save duit buat akikah adik alhamdulillah. Ni hari ke 5 lepas beranak masa checkup aku n adik so excuse my gemoks. Now dah kurus ye hahaha.

Nanti next kita cerita pengalaman berpantang plak insyaAllah.



Pengalaman bersalin anak kedua

Rasanya aku nak masuk minggu ke 37.
Ari sabtu 26 march pagi around 10 pagi memang hari checkup baby.
Kitorg memilih hospital columbia asia petaling jaya sebab dekat ngn rumah, checkup ngn doc yang murah, hospital yang cantik, n sbb my gynae yang baikkkk sgt.
Nama dia doc Bheena. Highly recommended!

Doc memang awal-awal dah bagitau nak check bukaan aku.
At the same time aku bagitau doc dah ada contraction tp tak kerap la.
Aku ingt braxton hicks je la.
Sekali doctor check dah 3cm! Hehe
Pastu doc kata buat la ctg check kekerapan contraction.
Bila check ctg, makin kerap tp takla selang 10 minit.
Doc tanye betul ke nak balik dulu.
Aku iyerkan sbb nak settle kan umar dulu, nak makan ayam penyet n nak kemas rumah sikit2.
Doc kata maybe esok or lusa aku beranak.

So balik tu aku terus ke the curve.
Masa kat the curve contraction makin kerap.
Maybe sbb doc seluk tadi kan.
So merangsang bukaan lagi cepat.
So aku ckp kat husband ptg ni gak knr serah diri.
Sbb husband knr bukak pelamin berendoi ptg tu.
So aku taknak take risk tunggu husband settle.
Biar aku serah diri kat hospital, at least kat sana ada doc n nurse leh tgok aku.
Kalau aku tunggu alip kat rumah, if tetiba aku sakit nak beranak, adik aku plak yg cuak sorg2 kan.

So by 4.30pm cmtu husband hantar aku ke hospital.
Otw pergi, aku sempat call doc tanye aku rasa aku knr serah diri sbb contraction makin kerap tadi tp ilang pulak skg haha aku pon tatau betul ke aku akan beranak arini.
Doc kata takpe dia check bukaan dulu and check ctg.
Bila check bukaan dah 4cm.
Doc tanya nak dia pecah kan ketuban or aku nak wait n jalan2 dulu tunggu pecah sendiri.
Mestila aku pilih doc pecahkan ketuban sbb aku tak suka lambat2 walaupon aku tau bukaan akan makin cpt n sakit dia makin kuat.
Husband terpaksa tinggalkan aku before doc pecahkan ketuban. Time tu 5.30 ptg.
Aku estimate kol 11 mlm baru aku beranak n husband sempat smpai hospital dalam kol 9malam utk sama2 dok dlm labour room.

TAPI....

To be continue ok? Sbb aku ngntuk hahaha

Pagi tu time check ctg pas checkup ngn doc

Kat bilik ni la aku beranak

Harap bersabar nti aku cter lebih lanjut.







32 weeks pregnancy update

Bila dah masuk minggu ke 32 ni serius badan rasa berat sgt oit nak jalan.
Aku plak jenis tak reti jalan slow, jalan nak laju jeee tau la amik SHAKLEE.
Tapi lately asik melecet je bahagian peha sebab peha dah gemuk n start berlaga haha, maka baru la aku reti jalan mcm penguin slow2 pfft.
Baby dah 2kg rupanye bila check smlm. Patotla rasa penat jln.

Dah 2 minggu aku tak buat breakfast utk husband sbb...
Sbb aku takle tido malam. Dlm kol 3 pagi baru leh tido.
Naseb la husband paham.
Padahal mmg ngntuk n pnt.
Salah satu faktor sbb baby non stop gerak.

Tapi smlm checkup with doc.
Doc kata mmg semua ni normal. 
Memalam tu mmg braxton hicks la manjang.
Tp tak sakit. Cuma tak selesa.
Kepanasan 1 hal padahal aircond dah maksimum.
Takleh sejuk sgt sbb nti umar n husband selsema.
So aku pon suka tido di bucu katil.
Rasa hippo betul huhu.
Naseb la umar seawal 2 tahun dah seperate bed.
Takle imagine panas2 knr berhimpit kat katil.
Aku rasa umar pon nyampah share tempat sempit ngn aku.
Baik dia tido katil sendiri. Selesa n nak nyanyi guling2 pon aku tak kesah.
Dulu masa dia share katil ngn kitorg mmg asik knr marah sbb tak reti duduk diam bila da nak tido.
Skg dok katil sendiri pandai pon tido sendiri.
Tapi tangan masih nak raba siku aku.
Ntah la habit dia ni dari kecik.

Sbb dah jd hippo ni, aku pon da start prepare brg adik.
More to brg umar, just seperate kan yg elok, n nak basuh later.
Ada la aku topup sikit2 je especially baju berlubang. 
Tau la baby kan suka muntah susu kan.
Plus to be fair kat adik. Sian dia takkan semua baju recycle kan.
Baju umar pon sbnrnye byk sgt yg elok. So alhamdulillah la x membazir.
Tinggal nak beli barut baby, toiletries baby, n peralatan menyusu. Pump pon masih elok cuma tak test je lagi.
Mcm botol susu baby semua tu la.
Aku baru beli almari baby untuk adik. Baru la semangat membasuh baju baby tu dtg hahahaha.
Lgpon serius minggu ke 32 aku da penat nak jln nak suh aku buat preparation minggu ke 36 ke.
No thx haha.
Kali ni berpantang kat rumah sendiri best la. Aku suka. Sbb sng nak arrange awal2.
I want to make sure everythg comfy as best as can.
Maksud aku bilik aku la.
Sbb da berpengalaman time umar 6 hari suffer sakit, this time, aku rasa biarla 6 hari aku dok bilik je takya turun tangga. So aku knr make sure semua nye lengkap.
Nti bila sakit bawah jahit tu da ok, boleh la turun naik tangga.
Hah nti if berjaya decor2 bilik aku share la.
If tak berjaya n tak sempat settle sblom adik kuar, aku dendiam je la haha.
Ni pon umar tiap2 pagi ckp ngn perot aku, "adik bila nak keluar ni? Pastu borak2 ngn adik cerita dia g sana sini"
Sape yg ajar ntah haha. Pandai betul.

Ok till next update!



Our NEW BABIES!!

This 4 days holidays didnt seem enough for us haha.
But im so thankful we didnt fight at all this time kalau tak bazir cuti haha.
Tak balik bangi sbb FIL outstation so we end up doing more mockup for @ohweddingku.
It's so much fun sbb PENAT GILER tp bila tengok HASIL dia CANTIK GILA u cant stop admiring the efforts we made so far.
It's started from end of last year i propose ideas to husband lets all out for @ohweddingku this year.
Who knows @ohweddingku can become our full periuk nasi in future we never know.
Husband had the talents for the technical stuffs and i kinda know what's pretty and what people want (i think bahaha) so @ohweddingku kinda good thg combination talent for us. However we can plan lets Allah lead the path. Hopefully our plan will works with ALLAH permission. amin.

For you my readers, if you plan to make akikah/ majlis berendoi for your babies, kindly whatsapp me ok? Dun worry our price is affordable. No tepon kat gambar tu hah. Hehe ada banyak lagiiiii pics rerajin masuk instagram @ohweddingku. Bukan majlis berendoi je, kitorg pon buat mini pelamin for akad nikah/ tunang, photobooth utk kahwin/ tunang and even untuk majlis korporat.





Hah nampak tak ada 3 gambar berbeza untuk majlis akikah/ pelamin berendoi ni? Pilih la mana korg suka ok.


Ni pulak photobooth untuk any event 

Another photobooth idea untuk majlis kahwin. Kalau buang mr and mrs block tu dah sesuai untuk apa2 event pon. Practical kan?

Go green sebab tak lapuk dek zaman. N trust me korg pakai baju kahwin apa pon sure masuk je cantik je kat gambar. Dulu i kawen pon pakai tema garden mmg cntik je gambar. Puas ati sangat.

Okla masuk instagram @ohweddingku for more details ok? More pics there. Yang nak tgok contoh pelamin mini boleh tgok kat situ or just whatsapp me ok?





Beautiful pregnancy journey

Pejam mata pejam celik tiba2 aku dah week 30.
Gila cepat. Maybe sebab kali ni pregnant aku sangat active and busy sampai tak sempat check week baper.
Just rely on appointment date with doc hehe.


Kalini aku dah start checkup ngn doc bheena dari columbia asia Pj. She's a female doctor. punjabi. Very friendly and nice lady. Alip selesa ngn dia lagi la aku.
InsyaAllah kalau cukup funding kami, maka bersalin la aku kat situ.
Aku suka betul ngn columbia asia pj ni sbb senang betul parking betul2 depan pintu masuk.
Pastu klinik checkup dah la first floor takya jalan jauh.
So far we really love columbia asia pj.
The fees super duper cheap. Setiap kali checkup RM100 je tak pernah sampai RM130.
Sebab aku amalkan set lengkap pregnant Shaklee and doctor tengok semua result tekanan darah, berat and everythg ok, doc pon tak kasi obimin dia suh troskan je la ngn supplements aku.
Dulu masa trimester 1 aku ada pening la aperla tekanan darah asik rendah, lepas amik Shaklee tak pernah aku pening pala dah.

Aku start amik Shaklee trimester 2.
Okla tipu la kalau tak rasa penat langsung. Bila penat, aku tido je join umar nap ptg.
Haha nikmati saat2 nap ni sbb tatau bila adik umar keluar nti aku sempat nap ke tak kan.
Macam harini mmg penat sbb weekend buat mcm2, so harini plak umar bagi bonus berak berkali2 sbb semalam dia tak berak fuhh mmg aku letihla.
Dengan kemas rumah, sidai kain n all, serius aku pernah terlupa makan shaklee supplements especially weekend selalu termiss amik ko sakit 1 badan bila nak tido.

Alhamdulillah berbaloi sangat amik supplements shaklee ni.
Dapat kekalkan tenaga, insyaallah baby dlm perot pon membesar dengan baik, berat badan pon tak naik melampau, and takde stretch mark at all. Takde. Perot tak gatal pon! 
Lain sangat masa mengandung umar dulu, sapu cream stretch mark dari bio oil to ntah apa lagi brand tak ingt, tak jalan pon! Ni sbb minum ESP shaklee la ni kulit pon ok je.

Setiap hari aku masak kecuali weekend je tak masak.
Area umah aku ni weekdays jamm dia gila gabeng jangan harap la nak lalala tapau lauk or makan di luar. Jadi makan di luar hanya weekend.
Husband pon smpai rumah dah lambat. Sian dia. Sure penat kan. Baikla kita spend masa yang limited di rumah saja. Borak2 sambil discuss mcm2.
Tapi kdg2 kuarla jugak if barang dapur ada yang habis.

Last week my parents dtg. Happy tol.
Lama tak jumpa dorg and spend masa ngn dorg borak macam2.
Umar la paling happy habis dibuli nya atuk2 dia.
I xle la marah sgt umar depan atuk nya sure dorg backup umar.
Geram je i tgok umar. Harap masa berpantang nanti my parents dapat bersabar ngn umar.
Dia terlampau happy jumpa atuks sampai nak melekat je ngn dorg.
Sian la kan org2 tua nak nap, rest and solat2 sunat. Yang si umar plak buat peel 'ada aku kisah'.
Huhu.

Btw aku harap dapat bersalin dengan normal lagi, dipermudahkan dan kurang sakit kalini insyaallah.
Soon da kena beli minyak kelapa dara la nampak nya ni.
8-10 more weeks semoga dipermudahkan.
Btw sesiapa nak set shaklee pregnant or pantang boleh contact i kie whatsapp 0123318084.
Insyaallah i bagi special price utk pembaca blog ni. :)