Pengalaman bersalin anak kedua - part 2

Lepas aku pilih untuk doc pecahkan air ketuban, aku minta izin dari doc untuk solat asar dulu.
At the same time husband uruskan registration siap2.
Settle registration, husband hantar bag aku n ready to leave me untuk cabut pelamin berendoi client.
Aku pon salam n mintak maap siap2 in case tak sempat jumpa tho confident sgt husband sempat sampai by 9pm sbb fefeeling beranak kol 11mlm cmtu.

So lepas solat asar, 5.30ptg tepat doc pecahkan air ketuban aku.
Time tu la bermula la perjuangan beranak.
Sbb sakit contraction makin lama makin kerap n sakit tak terkata.
Aku kan sentiasa bz sebelum beranak so tak sempat research balik cmne nak breathing tu semua.
All the nurses dlm labour room tuh la yang guide n bagi semangat tak sudah2.
Semua nya baik n sudi menghulurkan tangan masing2 untuk aku genggam kuat2 semasa menahan sakit.
Aku rasa baru kol 6pm aku dah give up tros ckp nak epidural hahaha.
Doc aku dtg ckp nak check bukaan dulu.
Dia kata kalau bukaan dah byk syg if nak epidural.
Pastu aku tanye apa option lagi drugs yg ada.
Dia kata gas sedut tu.
Aku sempat ckp nanti aku ngntuk je lebih tp tak hilangkan sakit.
Pastu dorg kata cuba dulu if sama je then if aku still nak epidural aku boleh amik.
At the same time doc mintak izin nak check bukaan lagi.
Aku mcm nak nangis sbb tengah tahan sakit sambil nak kena tahan kena seluk huwaa huwaa tp aku relakan.
Aku kuatkan semangat fikir "it's ok rai u can do it. Allah wont test somethg that u cant handle"
Lepas doc check bukaan doc kata dah 6cm.
"Raihana i dun think u need to take epidural. Bukaan u dah 6cm. Sgt cepat"

Aku akur n cuba sedut gas yg dorg kasi tu everytime contraction nak dtg.
"Breath innnnnn breath out"
"Slowly"
"Tarik panjang2"
Ya Allah aku bersyukur sgt sbb aku mmg ikot je instruction dorg and IT REALLY HELPS to endure the pain.
Nampak sgt masa beranak umar dulu aku tak diguide guna sedut gas tu dgn betul sbb bila tau nak guna dgn betul, mmg work!

Pastu midwive cina mcm tua2 cmtu dtg.
Aku dah risau dah takot kalau ramai2 nti aku takle focus ke hape haha.
Tp midwive ni baik sgt dia tolong urut2 butt aku n peha aku masa all the time tu especially time nak beranak so sangat2 menenangkan aku masa proses nak beranak.
Masa tgh suasana tegang tu aku dgr nurses suh call husband aku tp doc kata jgn. Sbb dia tau husband tgh cabut pelamin. Hehe dia kata dah settle nti baru call.
Dia taknak anythg happen on the road. Bagus kan doc aku?

Masa dah nak dekat 10cm tu aku rasa panas je bwh aku.
Time ni mmg susah nak differenciate perasaan nak beranak n contraction sbb dua2 sama sakit.
MasyaAllah sakit betul.
Dulu amik epidural so mmg rasa nak terberak je.
Ni rasa betul2 sakit contraction n sakit nak berak n at the same time rasa panas2 sumpah aku tatau nape rasa panas2 tu.
Pastu dlm rushing2 gitu dorg lambat angkat palang besi tu mmg knr marah ngn aku.
Haha aku dah la tgh lalok tgh meneran pastu kaki aku plak takle letak kat besi.
Naseb doc n the rest cpt handle situation tu.
Alhamdulillah dengan percubaan beberapa kali meneran berjaya la aku melahirkan adik umar pada pukul 7mlm.
Ya Allah syukur sgt2.
Adik sgt melekit2 berdarah dorg letas atas aku.hehe tp aku sgt lalok ngn drugs sedut tu tak mampu peluk ke apa. Naseb nurse tolong angkat kan tangan aku smer.

Perjuangan belum selesai hoi.
Proses kuar uri pon sama je sakit tu belum lagi time jahit pon sakit.
Dulu time umar boleh tersenyum2 pas beranak ni tak ye.
Aku continue sedut gas smpai dah settle jahit. Hahaha.
Kiranya cepat jugak la. 5.30pm pecah ketuban, kol 7pm beranak.
Dulu time umar, kol 7pagi masuk ward, kol 9 mlm baru beranak.
Doc dulu taknak pecahkan ketuban dia nak suh bukaan bukak sendiri.
Sbb tu kali ni aku pilih doc pecahkan ketuban cuma tak sangka cepat tol.

Pas dah settle smua baru la sempat aku update husband n family n friends.
Sempat bfeed adik jap.
Pastu dorg pindahkan aku ke ward 2 katil 1 bilik.
Husband smpai dlm kol 9mlm. Alhamdulillah kjr pon dah settle baru la lega kan.
Baru la sempat azankan adik.

Katil sebelah kosong so husband pon tido ngn sgt selesa hehe.
Tak la selesa sgt sbb kitorg pilih baby tido ngn kitorg mlm tu so kol 2-4 pagi tu lama tol adik breasfeed plus adik tak pandai latch lagi so mmg menguji kesabaran aku guide dia. Sampai tersengguk2.
Husband pon tak tido time tu dia takot aku tetido masa breastfeed adik.

Kol 4 pagi mengalah suh nurse amik adik.
Dapatla kitorg tido smpai kol 6 lebey.
Nikmat tol. By the time adik smpai aku pon da mandi n fresh.

Lepas doc check aku n baby semua ok, kitorg pon dibenarkan balik.
So dlm kol 1 kitorg pon balik.

Alhamdulillah tak salah pilih hospital columbia asia petaling jaya untuk melahirkan adik.
Thank you again to my gynae Doc Bheena n the team for being very supportive and helpful during the labour process.

Untuk memudahkan yang masih tercari2 hospital yang sesuai, di bawah kos bersalinkan adik untuk tahun 2016.
Total kos bersalin untuk 2 hari 1 malam tanpa epidural hanya gas sedut secara normal adalah RM3k.
Deposit 4k.
Balance akan dipulangkan selepas beranak masa checkout.

My monthly pregnancy checkup with doc Bheena tanpa ambil ubat adalah selalu nya bawah RM120.
Tapi ikotla naseb masing2 k hehe.

Bilik color biru ijau cantik n sejuk je tengok.

Memang selesa ward dia. Makanan pon alhamdulillah sedap. So much better dari tropicana hospital. Hehe

Hi nama saya Ammar Hakeem. Hari ke 9 saya lahir baru daddy n mummy sepakat bagi saya nama. :p

Rezeki awak la dik alhamdulillah mampu beranak sini. Kalau tak nak beranak kat ppum je. Tp daddy taknak sbb dia nak doktor pompuan sambut adik. Kalau ppum takot random doctor sambut baby. 

Alhamdulillah berjaya fully breastfeed sampai ke hari ini. Nama pon anak kedua. Rezeki Allah kasi kali ni susu sangat melimpah ruah sampai minum half sachet horlicks 3 in 1 sekali je sehari. Terpaksa 3-4 kali pam 1 hari kalau tak bengkak susu.

Ni la doc Bheena, gynae ku yang baik sgt2. Tq doc sbb tak kasi aku amik epidural hahaha leh save duit buat akikah adik alhamdulillah. Ni hari ke 5 lepas beranak masa checkup aku n adik so excuse my gemoks. Now dah kurus ye hahaha.

Nanti next kita cerita pengalaman berpantang plak insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment