Hahahaha tak pernah rasa mana2 pumpkin pie tp teringin buat satu hari tu.
So i tried and sedap sgt. Pastu kasi my parents rasa. My husband rasa. Jiran rasa. Family in law rasa.
My dad suka. My neighbour suka. Umar suka. Husband makan. Haha takle ckp suka. Sbb husbandku itu sgt la fussy. So kalau dia makan tu kira dah hebat sgt la tu.
Tahap kesukaran takla susah sgt takla senang sgt.
Tp sbb satisfaction makan dia melebihi segalanya, maka selalu gak la aku buat.
Plus barang2 nk buat pon murah. Cuma guna buttercup, pumpkin yg RM1 lebey tu, susu pekat sikit and gula. Kan ke best tu. Murah dan sedap. Kalau korg boleh buat pavlova buat ni aper la sgt. Makan Pumpkin pon byk kelebihannye kan. Salah satu khasiat labu adalah kulit akan bertambah halus.
Tanpa membebel lagi, kat bawah ni resepinya:-
(Resepi di bawah ni untuk 2 bekas pastry. So kalau nak buat untuk 1 bekas pastry je, boleh cut half of the measurement k.)
Untuk buat pastrynya:
2 1/4 cawan tepung
250g butter
1/4 sudu teh garam
3 sudu besar air sejuk (dari fridge)
isi (bergantung pada size labu. Di bawah untuk size labu sederhana besar)
3 sudu pekat manis
2 sudu besar gula
2 biji telur
2 sudu teh serbuk kayu manis
Cara2:-
1. Untuk pastry, campur tepung, sedikit garam dan butter. Setelah gaul sebati, campurkan sedikit demi sedikit air sejuk. Gaul sampai adunan tidak melekit pada jari.
2. Letak adunan dlm plastic dan letak dlm fridge.
3. Adunan harusla sejuk sedikit sebelum digunakan.
4. Untuk isi, steam kan pumpkin sehingga lembut.
5. Ambil isi dan gaulkan dalam bekas bersama telur, gula dan susu. Letak gula dan susu sedikit demi sedikit sehingga mencapai manis yang anda suka. Taburkan sedikit serbuk kayu manis. Adunan untuk isi labu harus la tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Ala2 adunan untuk buat cekodok tu.
6. Keluarkan adunan pastry dari fridge dan buat kan pastry anda dalam bekas pastry. Sila google or youtube cara membuat pastry jika tidak pasti. Cucuk2 dengan lidi sebelum bakar.
7. Bakar kulit pastry dlm 15 minit pada api 180 deg. Make sure color dia kuning keemasan.
8. Tunggu sejuk seketika dalam stgh jam, kemudian baru la tuangkan adunan isi pumpkin anda di atas pastry tadi.
9. Bakar pada api 180deg selama 20minit.
10. Keluarkan dan cuba cucuk dengan lidi. Jika tidak melekit, texture nye dah perfect. If macam melekit cuba tambah lagi 5 minit.
Tunggu sejuk dahulu baru simpan dlm fridge.
Lepas sejam baru la boleh makan! Pumpkin pie sedap dimakan ketika sejuk.
0 comments:
Post a Comment