...of being a housewife

Dulu suka sangat tengok desperate housewife.
Rajin kitorg download.
Watak paling aku suka of course la Gabrielle.
Hakikat nyerh aku hampir pada Lynette.
muahaha mana tak nyerh pagi smpai mlm aku berbau muntah baby dan berpeluh. sobs.
Dulu mustahil nak kuar umah tanpa compact powder spf24 and black eyeliner. If tak pakai rasa naked je face. :p

haha ok apapon tuh bukan ceritanyer.
Ini memang apa yang aku impikan sejak pregnant.
Aku selalu doa aku dapat jaga baby aku sendiri dan murahkan rezeki kitorg walau dalam apa cara sekalipon.
Sebab aku rasa aku mampu bekerja dari rumah.
Aku rasa dengan skill yang aku da polish selama ni insyaallah boleh.
Cuma kena berusaha lebih sikitla. Yang lain tawakal pada Allah.

My routine when Umar below 4 months
Masa umar below 4 months, dia byk tidur siang.
Malam memang mencabar utk aku tidurkan dia.
Dia akan terjaga takmo tido sgt nk main je byk.

So normally aku bgun solat subuh, pump susu dulu pastuh bawak umar jenjalan luar rumah tengok burung. hehe. Pastu breakfast (kadang2 time tuh ada upin ipin yey naseb skg dia da reti tgok upin ipin) n pastuh aku tidokan dia dlm kol 8.30 pagi/ 9pagi.
Lepas dia tido je, memang senang aku buat kjr smpai kol 11/12 pagi.
Kol 10.30 or 11pagi aku akan kejut dia untuk mandi. Lepas mandi layan dia jap pastu senang je dia nk susu n tido.
Sampaila petang dia tido biasanya.
In between of course la dia nak susu. Tp takder masalah sbb pas susu, dia tido.

So rutin aku bekerja waktu siang memang macam korang kat opis.
Aku takder amik nap pon. Boleh kira la baper kali je pernah aku tetido jap petang2 masa breastfeed dia.

Walaupon byk masa utk aku wut kjr siang, tp sumtimes susah jugak sbb time tuh la nak basuh baju, nak sidai baju, nak lipat baju etc. Sigh cmtuh cmne business aku nyerh kjr nak siap.
So kjr2 rumah aku buat sikit2 bila aku penat ngn kjr aku.

3 bulan ni aku tak masak sgt siang sbb parents aku dok ngn aku. Ayah aku kena slip disc. So 3x seminggu dia kena g treatment kat sini. Lepas dorg balik treatment, dorg akan tapaukan tros food utk lunch. So aku tak masak sgt. Ari yang dorg tak g treatment je aku masak. Kdg2 mak aku masak.

Dinner selalunya aku memang masak.
Aku tak kasi mak aku tolong sgt sbb mak aku pon tak berapa sihat.
Mak aku cepat sesak napas kalo berasap2 ni. Lagipon laki aku balik kjr nak mkn kan.
Masak untuk suami besar tau pahala hihihi.
Suami aku rajin sgt tolong masak kat dapur.
Aku tak suh pon. kdg2 bergado suh dia jgn tolong sbb dia masak lambat walaupon sedap hahaha.
Aku masak cepat tp so-so. haha agaknyerh sbb tuh la dia rajin nolong aku kat dapur.

Malam, memang bercinta sikit tidokan umar. Biasanya dia tido kol 12 mlm or 1 pagi. kdg2 bgun kol 4 pagi.
Memang penat time ni. sbb dia byk tido siang kan.

Tapi aku bersyukur sgt2 sbb time parents aku kat sini skg 3-4 bulan ni, dorg byk sgt meringankan kjr2 rumah aku. contoh buang sampah kat dapur, kemas dapur aku, bersihkan daun2 kat luar rumah aku, lipatkan baju aku kdg2 ahahaha. sigh thank you mak abah. malu aku. dorg memang takleh tgok sepah2 ni.
macam aku ckp aku leh buat kjr2 rumah tp takleh la buat smer nyerh pepagi. sbb nak manage umar n kudrat aku sindrik turun tangga bawak umar oit (dat boy im pretty sure he is 8 or 9kg now! haha). so kalo ikot aku nyerh timing buat kjr rumah memang bila si umar tu tido n time mood aku dtg la.

My routine when Umar 4 months++ until now
But now dia dah 5 bulan kan, dia da kurang tido siang. Nap dia adalah dalam sejam or stgh jam cmtuh.
Most of the time dia nak main or nak kita layan dia. (waktu siang)
Lari waktu mummy buat kjr anak oit.

So now siang waktu umah tido aku bantai tido kalau tak penat nak layan dia straight dari pagi smpai petang.
Lagipon dia tido sekejap2.
But happy news is 10.30pm dia dah masuk tido. adalah 3-4 kali dia bgun mlm untuk susu je tp takder la dia nk main mcm dulu.
Normally dia akan bangun waktu aku solat subuh around 6.30am cmtuh.
Sebab waktu siang aku entertain dia, so skg aku jd burung antu mlm2 buat kjr.
smpai pukul 4 pagi kdg2.
nvm i dun mind to bersusah2 payah skg.
Lagipon sementara muda dan sihat kan.
Kjrla rajin2. takkan nak biar husband kjr sorang2 cari rezeki.
Biarla aku sacrifice masa n tenaga sikit for them.

Nanti end of this month parents aku da balik johor maka bertukar la lagi jadual aku.
Time tuh nanti takder sapa nak tolong aku buat kjr rumah. haha abes la.

But before dorg dtg dok ngn aku arituh, waktu siang if aku malas masak, aku make sure dinner aku masak lebey supaya boleh bawak keesokan harinyerh. simpan je dlm fridge panaskan gituh. settle.

Ohs macam aku citer sebelum ni, nak jaga umar sebenarnyerh tak susah mana.
If aku nak solat n mandi n kebetulan dia tengah berjaga, aku bukak la barney jap.
Dia ok setakat ni alhamdulillah.
Ko takya la tanya tahap kusyuk solat aku sambil bunyi lagu barney kat belakang kan. -_-
Takper aku harap Allah memahami. Seboleh2 nyerh aku elak la aku cuba solat time dia tido.
Tp if dah kol 3.30 petang dia tak nap lagi memang masak la terpaksa la barney solution nyerh kalau tak cmne aku nak solat kan. huhu

Sekarang aku dah stop pump susu. (Buek beli mahal2 medela freestyle. tp takper aku masih mau simpan. nanti bila umar start solid food kena pump balik sbb nak campur pada puree kan?)
Sebab mlm kan aku berjaga so takder masalah la aku nak alihkan umar ke kiri n ke kanan untuk direct feed dia.
So takyah la aku pump pepagi lagi.
Aku tak letak dia dlm cot. Not yet.
Tunggu la nanti aku cabut pintu cot dia sebelah.
Tuh pon depends hehe aku suka umar tido sebelah aku.
Tuhla dulu poyo sangat masa pregnant 'kalo aku ada anak dia kena tido dlm cot'.
Dah ada anak sindrik baru paham cmne. hehe

Alhamdulillah setakat ni aku puas ati dapat jaga Umar sendiri.
Sebab dapat direct feed dia --> takya basuh byk botol, sterelize etc
Takperla 2 taun ni aku n husband sacrifice sket tak tgok wayang.
Yang penting hati aku n husband tenang.
Takper biar mummy tak dpt shopping poplook selalu mcm dulu lagi janji mummy nampak awak membesar dengan sihat dpn mata.
Duit boleh dicari.
Tapi anugerah Allah yang satu ni....

 Jadi housewife, dah jarang keluar. Bila g rumah mak mertua or beli groceries bukan main happy nak melawa! wahahaha.
Btw Aku suka la umar pakai color kuning camni. Nak cari lagila baju kuning color lembut.

 Ni arituh masa husband lepas trim rambut umar. barula nampak kemas sikit.

 Cuteness overload

 Suka sangat orang timang dia tinggi2 skg. :p

 Yes aku tengah train dia jadi camera freak cam aku :p
saper suh comel sangat hah

 Baju rimau ni adik ipar aku yang kasik. akhirnyerh muat. dia beli dari aku pregnant lagi.
masa umar pakai baju ni bukan main hyper lagi dia.

 5 bulan dah comel camni. kalo 25 taun jangan nak ramai gfs kie.
setia pada yang satu macam daddy awak :p

saper lagi comel? saya ke daddy?


For ibu bekerjaya out there, i salute u guys.
I know it's not easy to send ur kids to nursery or babysitter everyday.
It's not easy to pump ur milk everyday. Aku pernah kjr and aku tau how tough it is to struggle kejar deadline, n sumtimes our workplace takder tempat nak pump! Lagi 'best' if duduk sebelah lelaki kan.
hehe dulu team aku smer laki. 2 orang je pompuan ahah cmne tuh.
Kena lari ke surau blok sebelah untuk pam susu (if aku masih bekerja).
Meeting yang nonstop.

Allah sure know best for each of us.
Yang penting jangan givap n cari solution yang terbaik.
Samada suri rumah or working mummies ada pro and cons.

Kalau diberi peluang sure nak quit kjr kan?
hehe sebelum korang quit apa kata korang plan buat business online dulu.
If rasa2 boleh cover komitmen hidup, then stop.
Buat la blog design and website dengan aku. Insyaallah aku bagi servis yang terbaik.
Beautifulnara yang korang dok baca hari2 tuh ehem saper yang design? :)
If interested, masukla website kitorg kie. Link here.

Handbag overload :p

Apa yang aku rindu tentang dunia bekerja dulu?
Of course friends and to be able to dress up mix n match everyday.
Now nak chat ngn kengkawan pon tunggu time aku tgh susukan umar. haha tak pon time dia tido which is byk lagi aku boleh buat dari chat.
But aku still keep in touch ngn each of them.
Naseb la skg ada instagram facebook etc.
takderla susah sangat pon nak update life masing2.

Nak outing ngn member2?
Tunggu la umar dah besar sikit dah on solid food senang sikit la kot.

Ok dah aku nk tido.
ngntuk. (waktu aku tulis entry ni kol 4 pagi. entry aku kebanyakan dah set publish kol baper)
ni dah 2 hari aku berjaya buat kjr mlm2 tanpa caffein. weeee
hanya milo.
semua untuk umar. kena la jaga kualiti susu aku kan.
sbb arituh aku straight few days minum coffee umar muntah cair.
mak aku kata aku tak minum susu. gulp. which is true. time tuh 3 hari aku tak minum milo. tak amik shaklee sbb terkejar2 dateline untuk client aku.

now dah siap kjr client sikit, back on track la milo n shaklee smer.
tuh je nk update. till next entry~

0 comments:

Post a Comment