Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts


Update umar 8 bulan ++ & etc etc

nak dekat 2 bulan kan aku tak update blog.
bila umar makin besar, gila la makin takder masa aku.
if ada masa pon aku sebok update instagram, kemas umah, kemas bilik, basuh n organize barang2 baking gitu. Follow je la instagram aku --> @raihanalatip kalau nk cepat update kie? walaupon i SAHM tp i bz sgt setiap ari.

Perkembangan umar
- Aku rasa umar macam baby2 yang lain, skg dah merangkak dengan laju and dah start diri2 tp with support la. Tapi aku asik suruh dia merangkak je skg sbb aku takot tiba2 dia dah leh jalan. agagaga haha boleh gitu. rasa cam oit cepatnyer awak besar. bukan smlm tgh dalam pantang ke akakaka

- sbb next checkup dia masa setahun nti so aku timbang berat dia sindrik. Da nk dekat 10kg ko. Pergelangan tangan aku ni da sakit cm haper. Xpela tahan sikit.

 Masa kat umah parents aku. Bukan main suka dia merangkak laju2 sbb rumah luas.
Sekarang asik nak diri je. Ohs da botak. aku rasa setiap 2 bulan sekali kena potong rambut si umar ni. cepat panjang. aku yang rimas. walaupon rambut kpop dia comel.


- arituh dia sakit HFMD (hand foot mouth disease). Ya Allah tuhan je tau perasaan aku aritu. Warded sehari stgh sebab dia takmo minum susu. so doc tanyer nak warded or nak jaga sindrik kat rumah. sbb if warded company husband aku cover kan, of course la aku pilih warded haha lgpon dahla aku n family aku tatau pasal sakit ni cmner smer. dok ospital at least sng la nurse and doc monitor kan. sehari setengah umar takmo breastfeed ngn aku tuh, rasa luluh gila hati aku. ko bayangkan la budak ni kuat susu. hampir setiap sejam-2 jam dia nak susu tiba2 dia taknak nyusu sehari gila ko. terasa ooo.

yang best tuh sbb aku balik johor seminggu stgh sbb laki aku outstation tros jadi 2 minggu haha sbb warded anak kat johor kan. mmg aku tak bawak breast pump aku la. lgpon aku da lama tak pump susu dari umar 4 bulan. sbb dah direct feed je sbb aku kan dok umah jaga umar je. malas aku nak memenuhkan peti sejuk. yang penting bila umar sehari taknak susu tuh perghh tgh2 mlm aku tak tido pump susu secara manual pakai tangan. tabah tak? haha

but it's an unforgettable experience. masa dia warded tuh, nurse advice kasi gak susu dengan apa saja cara. so aku kasi pakai syringe. Dengan umar dah fobia dengan nurse and menjerit macam apa setiap kali makan ubat. ohs HFMD akan menyebabkan tekak baby ada ulser ye. so parents mmg kena tabah smpai baby recover. normaly hari kedua dah ok sikit. tp kena strong kuatkan hati kasi ubat, sapu ubat pada waktu2 yang nurse tu da btau la.

umar memang melekat je kat aku. aku dapat bilik sorg sbb sakit ni mmg kena kuarantin.
Bersyukur sangat aku kat johor at least parents aku n adik aku leh dtg melawat n jaga aku.
leh tengok2 si umar ni.
Hari ke-5 kitrg dah balik KL lepas cakap ngn doc kata ok semua. lega.
Hari ke-7 semua tanda2 merah and kudis kat muka n badan umar hilang.
Alhamdulillah.

Sampai umah damansara, aku g kemas rumah, vacuum and mop macam aper.
Dahla penat ngejar umar yang dah merangkak ke seluruh kawasan.
takper saper2 jadi mak sure akan polish skill sabar dan tabah. haha

skg ni....
mmg budak ni aktif sangat sangat.
umar ni susah nak nangis.
nangis bila nak susu or bila dia buhsan ngn toys dia.

Skg ni aku berjaya dah tak bukak ipad kat dia dah.
tabahkan ati je kadang2 bila mandi dia nangis sket2.
so solution nye kena la mandi masa umar tido.

tak bukak ipad dia dah start suka plak ngn baby tv.
bukan umar je suka aku pon sker some of lagu2 baby tv tuh.
tak rugi la bayar rm6 sebulan.
biasa la rumah takder astro cmni la haha naseb ada unifi.
takper susah jugak if taknak kasi dia entertainment langsung.
boleh tp aku belom sekuatttttt itu.

sbb aku rasa umar nyerh interest and 'explore skill' still balance.
Dia suka buku.
If aku baca buku utk dia or saper2 la tergelak2 mcm aper.
padahal tunjuk gambar ball, cat, cow je.
Kadang2 suka2 je aku baca buku cter kat dia mcm la dia paham.
hahaha yang pasti dia akan rampas buku tu balik n makan.
takper. yang penting dia suka buku kan :p

n dia pandai main toys dia.
semua pon dia main.
So aku rasa tak salah la aku bukak baby tv tu.
kasi dia tengok.
Masa dia tengah kusyuk tengok, bolehla aku lari2 kat dapur jap masak ke, baking ke.
Cammtu.
Jadi mak.
kena la multitasking.

Aku cam korang yg bekerja tak tido siang.
Cuma semenjak last week je aku terpaksa amik nap masa umar nap ptg sbb umar main lamaaaaa 5 jam straight dari kol 12 smpai kol 5 cmtu.
Rumah aku plak 2 tingkat.
Turun naik turun naik nak basuh baju la, nak kemas dapur la.
Tiba2 nak mandikan umar la.
Nak solat la.
Pastu layan budak kecik ni menjelajah ke seluruh kawasan.
naseb la umah aku kecik hehe tak besar mcm umh parents aku.
Kalo tak sure lagi pengsan.

Alvina Bakery
Pasal baking aku baru je berjinak2.
Sebok buat egg tart, cheese tart, bread pudding and mini tiramisu.

 Egg tart

Bread pudding

Mini Tiramisu

If nak order, mehla order ngn aku.
Prefer self pickup kat umah aku damansara utama.
Delivery sekitar damansara utama je.
Ni aku buat suka2 sbb tuh aku takder nak deliver kat tempat jauh2.
Tapi saper dok bangi insyaallah aku leh anto weekend sbb balik umah parents in law kat situ.

Boleh la guna duit tu sikit untuk beli toys and buku2 umar.
Aku malas nak promote sungguh2 sbb takot tak terbuat.
huhu tp if korg nak order, orderla insyaallah if tak clash tarikh boleh je.
Setakat ni masih larat lagi.
Sebab midnite aku sebok ngn kjr2 Creative Bytes plak - kjr2 buat website/shopping cart clients2 ku.
Sesaper nak buat website/blog, bolehla email aku.

Penat.
Tapi jadi mak memangla penat dari segi emosi and mental.
Tapi kena be strong and enjoy every moment.

Ok lah x sempat nak bebel byk2 lagi.
Letak gambar je kie.

Gi Aquaria masa last Disember


rindu plak umar tembam version ada rambut. okla lepas ni mummy simpan rambut awak la.


 Penat je angkut stroller last2 dia nak lekat ngn aku cmni. Fine umar.

 Actually memang lebih afdal pakai ssc sbb dlm aquaria tu sempit ngn orang sikit.

 Pergi ngn family akak aku. So ni bergambar ngn anak buah aku - zara.

Abes je tour aquaria, anak aku tido. so bergambar la aku ngn anak buah aku - aisyah yang sebaya umar hehe



Picnic g PD ngan family in law

aperla umar ni takot air plak -_-

Penat beli baju mandi RM76. Sila beli kat Parkson. Byk choice!

Naseb la dia sker pasir.


 Umar memang bukan morning person mcm aku. Kejap je da ngntuk nak tido. haha so tuh dia tengah tido.

 Bangun tido dah good mood nak merangkak atas pasir. haha comel sgt.

Asik suh maid akak ipar aku je amik gambar. Bestuh yang lain2 smer bersepah g mandi la. makan la. haha
Rasa nak g pantai lagi please. seronok sbb umar tengah jakun mode.
Nanti dia dah bijak, tak best mcm ni.
Sgt priceless expression dia. aku suka!

Aksi-aksi Umar
 Suka buat sepah suratkhabar. kata bagus utk motor skill eh? Layan~

err skg ni kawasan ni dah berpagar ngn bantal huhu.
Atas meja pon no more laptop, wires and cables.

Suka tengok baby tv sampai tahap camni. huwaaa
Kitorg takmo gantung tv sbb da nk pindah rumah. but will see how la.
setakat ni masih leh monitor si umar lagi.
insyaallah wont happen again this kind of action.
tp comel gak :p

Muka kenyang kot


Our sweetheart. 
Betul lah orang kata anak penyejuk rumah tangga (for now hahaha).
Mummy sentiasa doakan awak jd anak yang soleh, comel and hensem sampai besar, bijak dan dilindungi dari benda2 yang tak elok.



Puas ati aku dapat uplaod gambar byk2 smbil update cter umar.




...of being a housewife

Dulu suka sangat tengok desperate housewife.
Rajin kitorg download.
Watak paling aku suka of course la Gabrielle.
Hakikat nyerh aku hampir pada Lynette.
muahaha mana tak nyerh pagi smpai mlm aku berbau muntah baby dan berpeluh. sobs.
Dulu mustahil nak kuar umah tanpa compact powder spf24 and black eyeliner. If tak pakai rasa naked je face. :p

haha ok apapon tuh bukan ceritanyer.
Ini memang apa yang aku impikan sejak pregnant.
Aku selalu doa aku dapat jaga baby aku sendiri dan murahkan rezeki kitorg walau dalam apa cara sekalipon.
Sebab aku rasa aku mampu bekerja dari rumah.
Aku rasa dengan skill yang aku da polish selama ni insyaallah boleh.
Cuma kena berusaha lebih sikitla. Yang lain tawakal pada Allah.

My routine when Umar below 4 months
Masa umar below 4 months, dia byk tidur siang.
Malam memang mencabar utk aku tidurkan dia.
Dia akan terjaga takmo tido sgt nk main je byk.

So normally aku bgun solat subuh, pump susu dulu pastuh bawak umar jenjalan luar rumah tengok burung. hehe. Pastu breakfast (kadang2 time tuh ada upin ipin yey naseb skg dia da reti tgok upin ipin) n pastuh aku tidokan dia dlm kol 8.30 pagi/ 9pagi.
Lepas dia tido je, memang senang aku buat kjr smpai kol 11/12 pagi.
Kol 10.30 or 11pagi aku akan kejut dia untuk mandi. Lepas mandi layan dia jap pastu senang je dia nk susu n tido.
Sampaila petang dia tido biasanya.
In between of course la dia nak susu. Tp takder masalah sbb pas susu, dia tido.

So rutin aku bekerja waktu siang memang macam korang kat opis.
Aku takder amik nap pon. Boleh kira la baper kali je pernah aku tetido jap petang2 masa breastfeed dia.

Walaupon byk masa utk aku wut kjr siang, tp sumtimes susah jugak sbb time tuh la nak basuh baju, nak sidai baju, nak lipat baju etc. Sigh cmtuh cmne business aku nyerh kjr nak siap.
So kjr2 rumah aku buat sikit2 bila aku penat ngn kjr aku.

3 bulan ni aku tak masak sgt siang sbb parents aku dok ngn aku. Ayah aku kena slip disc. So 3x seminggu dia kena g treatment kat sini. Lepas dorg balik treatment, dorg akan tapaukan tros food utk lunch. So aku tak masak sgt. Ari yang dorg tak g treatment je aku masak. Kdg2 mak aku masak.

Dinner selalunya aku memang masak.
Aku tak kasi mak aku tolong sgt sbb mak aku pon tak berapa sihat.
Mak aku cepat sesak napas kalo berasap2 ni. Lagipon laki aku balik kjr nak mkn kan.
Masak untuk suami besar tau pahala hihihi.
Suami aku rajin sgt tolong masak kat dapur.
Aku tak suh pon. kdg2 bergado suh dia jgn tolong sbb dia masak lambat walaupon sedap hahaha.
Aku masak cepat tp so-so. haha agaknyerh sbb tuh la dia rajin nolong aku kat dapur.

Malam, memang bercinta sikit tidokan umar. Biasanya dia tido kol 12 mlm or 1 pagi. kdg2 bgun kol 4 pagi.
Memang penat time ni. sbb dia byk tido siang kan.

Tapi aku bersyukur sgt2 sbb time parents aku kat sini skg 3-4 bulan ni, dorg byk sgt meringankan kjr2 rumah aku. contoh buang sampah kat dapur, kemas dapur aku, bersihkan daun2 kat luar rumah aku, lipatkan baju aku kdg2 ahahaha. sigh thank you mak abah. malu aku. dorg memang takleh tgok sepah2 ni.
macam aku ckp aku leh buat kjr2 rumah tp takleh la buat smer nyerh pepagi. sbb nak manage umar n kudrat aku sindrik turun tangga bawak umar oit (dat boy im pretty sure he is 8 or 9kg now! haha). so kalo ikot aku nyerh timing buat kjr rumah memang bila si umar tu tido n time mood aku dtg la.

My routine when Umar 4 months++ until now
But now dia dah 5 bulan kan, dia da kurang tido siang. Nap dia adalah dalam sejam or stgh jam cmtuh.
Most of the time dia nak main or nak kita layan dia. (waktu siang)
Lari waktu mummy buat kjr anak oit.

So now siang waktu umah tido aku bantai tido kalau tak penat nak layan dia straight dari pagi smpai petang.
Lagipon dia tido sekejap2.
But happy news is 10.30pm dia dah masuk tido. adalah 3-4 kali dia bgun mlm untuk susu je tp takder la dia nk main mcm dulu.
Normally dia akan bangun waktu aku solat subuh around 6.30am cmtuh.
Sebab waktu siang aku entertain dia, so skg aku jd burung antu mlm2 buat kjr.
smpai pukul 4 pagi kdg2.
nvm i dun mind to bersusah2 payah skg.
Lagipon sementara muda dan sihat kan.
Kjrla rajin2. takkan nak biar husband kjr sorang2 cari rezeki.
Biarla aku sacrifice masa n tenaga sikit for them.

Nanti end of this month parents aku da balik johor maka bertukar la lagi jadual aku.
Time tuh nanti takder sapa nak tolong aku buat kjr rumah. haha abes la.

But before dorg dtg dok ngn aku arituh, waktu siang if aku malas masak, aku make sure dinner aku masak lebey supaya boleh bawak keesokan harinyerh. simpan je dlm fridge panaskan gituh. settle.

Ohs macam aku citer sebelum ni, nak jaga umar sebenarnyerh tak susah mana.
If aku nak solat n mandi n kebetulan dia tengah berjaga, aku bukak la barney jap.
Dia ok setakat ni alhamdulillah.
Ko takya la tanya tahap kusyuk solat aku sambil bunyi lagu barney kat belakang kan. -_-
Takper aku harap Allah memahami. Seboleh2 nyerh aku elak la aku cuba solat time dia tido.
Tp if dah kol 3.30 petang dia tak nap lagi memang masak la terpaksa la barney solution nyerh kalau tak cmne aku nak solat kan. huhu

Sekarang aku dah stop pump susu. (Buek beli mahal2 medela freestyle. tp takper aku masih mau simpan. nanti bila umar start solid food kena pump balik sbb nak campur pada puree kan?)
Sebab mlm kan aku berjaga so takder masalah la aku nak alihkan umar ke kiri n ke kanan untuk direct feed dia.
So takyah la aku pump pepagi lagi.
Aku tak letak dia dlm cot. Not yet.
Tunggu la nanti aku cabut pintu cot dia sebelah.
Tuh pon depends hehe aku suka umar tido sebelah aku.
Tuhla dulu poyo sangat masa pregnant 'kalo aku ada anak dia kena tido dlm cot'.
Dah ada anak sindrik baru paham cmne. hehe

Alhamdulillah setakat ni aku puas ati dapat jaga Umar sendiri.
Sebab dapat direct feed dia --> takya basuh byk botol, sterelize etc
Takperla 2 taun ni aku n husband sacrifice sket tak tgok wayang.
Yang penting hati aku n husband tenang.
Takper biar mummy tak dpt shopping poplook selalu mcm dulu lagi janji mummy nampak awak membesar dengan sihat dpn mata.
Duit boleh dicari.
Tapi anugerah Allah yang satu ni....

 Jadi housewife, dah jarang keluar. Bila g rumah mak mertua or beli groceries bukan main happy nak melawa! wahahaha.
Btw Aku suka la umar pakai color kuning camni. Nak cari lagila baju kuning color lembut.

 Ni arituh masa husband lepas trim rambut umar. barula nampak kemas sikit.

 Cuteness overload

 Suka sangat orang timang dia tinggi2 skg. :p

 Yes aku tengah train dia jadi camera freak cam aku :p
saper suh comel sangat hah

 Baju rimau ni adik ipar aku yang kasik. akhirnyerh muat. dia beli dari aku pregnant lagi.
masa umar pakai baju ni bukan main hyper lagi dia.

 5 bulan dah comel camni. kalo 25 taun jangan nak ramai gfs kie.
setia pada yang satu macam daddy awak :p

saper lagi comel? saya ke daddy?


For ibu bekerjaya out there, i salute u guys.
I know it's not easy to send ur kids to nursery or babysitter everyday.
It's not easy to pump ur milk everyday. Aku pernah kjr and aku tau how tough it is to struggle kejar deadline, n sumtimes our workplace takder tempat nak pump! Lagi 'best' if duduk sebelah lelaki kan.
hehe dulu team aku smer laki. 2 orang je pompuan ahah cmne tuh.
Kena lari ke surau blok sebelah untuk pam susu (if aku masih bekerja).
Meeting yang nonstop.

Allah sure know best for each of us.
Yang penting jangan givap n cari solution yang terbaik.
Samada suri rumah or working mummies ada pro and cons.

Kalau diberi peluang sure nak quit kjr kan?
hehe sebelum korang quit apa kata korang plan buat business online dulu.
If rasa2 boleh cover komitmen hidup, then stop.
Buat la blog design and website dengan aku. Insyaallah aku bagi servis yang terbaik.
Beautifulnara yang korang dok baca hari2 tuh ehem saper yang design? :)
If interested, masukla website kitorg kie. Link here.

Handbag overload :p

Apa yang aku rindu tentang dunia bekerja dulu?
Of course friends and to be able to dress up mix n match everyday.
Now nak chat ngn kengkawan pon tunggu time aku tgh susukan umar. haha tak pon time dia tido which is byk lagi aku boleh buat dari chat.
But aku still keep in touch ngn each of them.
Naseb la skg ada instagram facebook etc.
takderla susah sangat pon nak update life masing2.

Nak outing ngn member2?
Tunggu la umar dah besar sikit dah on solid food senang sikit la kot.

Ok dah aku nk tido.
ngntuk. (waktu aku tulis entry ni kol 4 pagi. entry aku kebanyakan dah set publish kol baper)
ni dah 2 hari aku berjaya buat kjr mlm2 tanpa caffein. weeee
hanya milo.
semua untuk umar. kena la jaga kualiti susu aku kan.
sbb arituh aku straight few days minum coffee umar muntah cair.
mak aku kata aku tak minum susu. gulp. which is true. time tuh 3 hari aku tak minum milo. tak amik shaklee sbb terkejar2 dateline untuk client aku.

now dah siap kjr client sikit, back on track la milo n shaklee smer.
tuh je nk update. till next entry~



Umar at 3 months old

 Benci topi. hehe segala jenis topi dia tak sker.

 His trademark facial expression everytime i snap his pics hehe

Masa g checkup 3 months last Monday at tropicana medical hospital. Sikit je merengek pastuh dlm bilik doctor byk mainan dia senyap. Kinda like the paed this time - Dr. Yeu Boon Kian. So maybe will stick to him for next checkups as well. We continue go to tropicana bcoz near to our house and easy to park our car.

Budak yang makin bijak. I hope we able to raise him well.
Nanti mummy anta g chinese school, g sekolah tadika yg smer budak2 speaking london, so that cukup ilmu kat dada awak. da besar jd doctor okie. mmuahs. haha
[yes im one of those typical mak2 yg high expectation ngn anak :p]

ok la son be wuteva u wanna be when u grow up as long u r happy with wut u r doing kie.
Btw ring tempat bersunat dia kat bawah tuh dah tertanggal. everythg looks ok. pheww. lega.



Cerita berpantang, WFHM and cerita raya kita

Aih, buhsan tgok blog bersawang.
Tapi bukan mudah untuk update blog.
Sejak duduk di rumah, macam2 benda nak buat.
Tapi rumah takderla berkilat sangat pon wakakaka masih bersepah.
Im still struggle being WFHM. Before this this SAHM la sbb tgh pantang. Dah abes pantang tukarla title. :p

Breastfeeding journey
Alhamdulillah dah 2 bulan setengah pon umur si Umar.
Semua benda makin mudah.
Menyusukan dia tak sakit n dah berjaya fully breastfeed smpi skg.
Susu pon da byk (kot) sbb bila setiap kali pam dapat 4oz.
Tp sbb byk direct feed (DF) baby, maka kita pam 3x je sehari. Kadang2 2x. Ikot rajin.
Nak dapat 4oz senang je. 1 breast guna untuk DF baby, satu lagi simpan untuk pam.
Contoh bila malam, kanan tu untuk susukan baby. Kiri jangan guna. Kol 8 pagi pamla belah kiri plak.
Confirm dapat 4oz.

Faktor pemakanan n minum pon depends gak.
Kita da tau milk booster kita horlicks and jus kurma.
So memang hari2 minum ni.
Skg ni balik dari raya, 2 hari je tak susukan umar pakai botol sbb malas nak unpack barang, malas nak strelize botol masa balik, jd nyerh kasi direct je la. So semalam akhirnyerh umah pon dah bersih, dah strelize, rutin pon dah kembali semula.
Tp si umar plak reject botol. Pulakkkk. nangis2 taknak. terpaksa la buang begitu sajer. Dah 8oz membazir begitu sajer. Rasa cam malas nak mencuba lagi. sbb takmo bazir sigh anakku.
So meantime DF je la nanti esok kita cuba lagi. tp lepas ni aku nak try kasi 1oz je dulu tru botol kalau tak membazir susu2ku.

kurma madu - milk booster

Cerita berpantang
Ok kita flashback cter berpantang sekejap kie.
Masa pregnant beratku mencanak naik hampir 20kg.
gila tak.
68 kg berat last.
Berat b4 beranak 50kg.
Tapi kita positif je la.
Orang kata if pregnant baby boy mmg makan byk.
Baikla lagipon baby sihat kan.
So kat bp kita berpantang pakai tukang urut je.
Mula2 pakai sorang makcik ni tp dia urut tak best pon. 3x pakai dia.
Sekali dia urut bayar RM35.
Kat batu pahat, semua makcik2 ckp bayar ikot ikhlas.
agagaga kalo kat kl tak dptla nak harga ikot ikhlas kan.
Then makcik ku pon recommend lagi sorang tukang urut, jiran dia - makcik rahimah. best wooooo dia urut.
best sangat. dia sanggulkan rambut pon best. sesape yg dok batu pahat, kalo nak no dia tinggalkan email kie. nanti kita bagi.

then kita continue berpantang kat umah sindrik kat damansara.
Mmg dah book natalis beauty ni since my friend recommend dia.
MMG BEST SERVIS DIA.
hehe caps lock lagi.
cuma harga je la mmg kejam mata je la bayar. kata body nak pakai lama kan.
I amik Pakej Permaisuri.
So my confinement lady name is Bibik Mai.
If korang nak pakai servis dorg nak pakai confinement lady yang sama ckpla nak bibik mai.
Dia buat kjr lajuuuuu, masak pon sedap mcm mak kita masak.
Pandaikan tidurkan baby.
Yang penting dia urut sedappppppp sangat sampai tetidooooo.
If ada duit lebey bayarla untuk dia tido umah sekali.
I tak amik tido sekali sbb nak save budget hehe.
Cuba tgok blog dia, dia tgh buat contest saper beranak tahun ni leh dapat pakej confinement free.
uikss rezeki uolls la tu. Pi masuk contest tuh cepat.
Siyes, if aku pregnant kali ke2 pon nak pakai servis dorg tp nak bibik mai je yang jaga aku hahaha sbb dia urut sedapppppppp sgt. susu aku pon byk lepas diurut.

Ohs berat aku lepas berpantang adalah 58kg.
lepas raya turun jadi 55kg.
Lagi 5 kg je harus dihapuskan.
Okla tuh. orang kata jangan tamak :p
bersyukur.

WFHM
Ok nak dijadikan cerita, 2 bulan sebelum aku beranak, company aku announce nak tutup company.
WUTTTTT?
takper mungkin memang dah ditakdirkan aku kerja dari rumah.
mmg impian aku pon nak besarkan anak sindrik.
lepas discuss ngn husbandku, dia pon agree aku dok umah sambil wut kjr2 yang telah kami berdua plan.
Apa benda nyer, masih tgh menyiapkan. Insyaallah by October nampak la hasilnyer.
Memang mencabar ok buat kjr dari umah since umar masih kecil n memerlukan perhatian yang tinggi.
but it's ok if other moms can do it, i can do it too.
Plus dia semakin menyenangkan untuk dijaga. He's so adorable too. With that face, aihhhh, im willing to sacrifice anythg for him.
Even the luxury of buying more online dresses.
Kena berjimat as we dunno wut will happen next rite.
Plus benda yang aku plan pon blom siap lagi.
Semoga dipermudahkan.

Cerita raya
Raya sebelah side aku tahun ni kat Johor.
Best. sbb pergi balik dari kl to bp tak jam sangat.
3-4 jam je. aku tido ngn umar kat belakang hahahaha.
tp kena bebel ngn husband ku sbb bawak barang byk.
Dah nama pon baby mestilah barang baby lagi banyak dari mak n bapaknyerh.
Yang best tuh kemeja husband yang dah beriron semua tertinggal kat damansara hahahaha.
Sedar tertinggal pon time tuh dah kat seremban.
Terpaksa la di malam raya g parkson kat bp beli kemeja2 dia.
Takkan nak pakai baju melayu for all 3 days raya? agagaga.
Baru ada sorang anak ok, baju husband da tertinggal.
Tahun dpn wajib buat checklist.
Raya best tp penat. Umar pon ok tak buat hal petang2 je dia nak bergayut bukan main lama. sabo je la.
Naseb by the time dah nak abes beraya.

Gambar raya kita. Nanti nak frame la kat rumah baru. hehe.

with our parents

ni adik beradik pompuan. adik lelaki not in the pic

G beraya mmg bawak je carrier maxi cosi ni. Sng. Sebenarnyerh takya  maxi cosi sgt pon takper mcm akak aku pakai u-baby tuh, si aisyah tidur nyenyak je. tp tak jumper plak brand ni kat kl. arituh try gak usha yg brand biasa2 je harga dah 200++. kualiti so-so sbb tu beli maxi cosi ni.
akak aku beli 100 lebey je kat bp, quality bagus ok. cushion dia pon nampak tebal. sabo jer la.


So tuh je la update nyerh. Enjoy the pics kie. Dari si umar umur 1 bulan stgh sampai umur skg.

 ni masa sebulan stgh masa lepas cukur rambut

 haha malas nak rotate gambar

 kalo dia in deep sleep buat la aper saje dia tak heran pon



 Masa 2nd month checkup n kena cucuk. Berat nak dekat 6kg.


 ngn sepupu sebaya dia, aisyah
Tinggi tau si umar ni aku rasa ikot tokzu dia. mak aku tinggi. belah alip smer comel2 je.
aku n alip lagila pendek. hehe aku pendek pon ikot atuk aku.

 masa g beraya here n there




 skg da suka ckp and senyum n gelak

 abaikan sampah2 kat belakang tu. time ni masa kemas umah nak raya



Skrg baju newborn da tak muat. nak kena simpan dlm kotak untuk bakal adik dia nanti. :p
Romper 6-9 bulan pon just nice at his body. Sigh i luv seeing baby in rompers.
but it's ok umar. I know u r 1 healthy baby.

okla nti kita sambung lagi k.