Update on umar (2y 5m)

Sebenarnya nak cerita tentang weekend tp tak boleh sbb melibat kan makanan.
Haha ni kol 11.20pm ni waktu kritikal perot penuh smpai anak tekak.
Makan gaviscon pon tak jalan maybe kena beli yg double action tu kot.
Kinda immune with my body by now.
Ni penuh smpai anak tekak pon sbb gatal g telan tembikai kol 7pm. Padahal 2 ketul kecik je aku telan. Nyampah.
By right kena makan before 6pm (masa time aku nye night sickness yg masih berlangsung smpai skg).

So kita cerita pasal umar la.
Lama tak bebel pasal umar.
Minggu lepas kan dia demam-batuk-selsema.
Demam 1 ari je batuk n selsema yg terok last week.
Now recovering alhamdulillah.
Aku rasa most kids affected by jerebu kan.
Tp umar aku rasa sbb allergic kat habuk bantal (genetic daddy dia sgt).
Sbb tu la aku vacume rumah hari2. Mop je tak rajin. Sok kena mop sbb aku da start rasa lantai lekit2.
Adala tu si umar tu buat 'project' bukan2 time aku kat dapur ke apa.

Now umar dah 2 tahun 5 bulan aku rasa perkembangan dia impressive.
Bukan nak puji anak tinggi bakul tp vocab dia sgt la byk.
Bermacam2 ayat dia leh buat english n bm.
Ada la yg tak betul of course tp for his age he can talk that much i think that's kinda amazing.
I think tuh la antara benefit stay at home mum kan.
Dah berhari2 bercakap ngn anak sendiri hahaha kalau tak ckp ngn umar takkan nak ckp ngn dinding kan.
Aku kenkadang tak perasan pon apabender aku bebel ngn umar.
Memang betol la otak budak2 ni mcm sponge time ni la korg leh ajar macam2.
Kalau korg tak ajar pon kasi dia tgok kartun english tu mmg membantu la.
Sbb kdg2 vocab english dia yg aku kagum dia leh buat sentence aku rasa sbb dia tgok kartun 'peppa pig' or pocoyo dan seangkatan dengannya. Dulu dia tak minat sgt skg aku rasa dia da start paham dia suka tgok.
Setakat ni doa tidur pon dia da hafal.
Doa makan je tak pass asik ngadap ipad masa makan acamne tu.
Ntila sok lusa aku ajar haha.
Biar pon bijak berbicara, byk lagi skill kehidupan yg aku knr didik umar.

Contoh nya swim...alahai umar takot bebenor tp tuh la jarang berpeluang g swim kan.
Mungkin kalau rumah ada swimming pool dia terer tros kahkahkah. 
Daddy dia tak suka sgt aku pakai pool angin tu sbb kata dia bazir bil air -_-.
Bagusla pool tu pon da kempis angin malas aku nak pump pakai kaki n tangan.
Lepas ni kalo nk beli aku nk beli yg pool letrik pam tu.

2nd - memilih makan.
Hanya makan yg aku masak je. Tp kat luar tak susah sgt.
Kalau ada jual nasi ayam, ayam goreng, or ikan goreng, tempe goreng, fries n nugget memang pass xde hal. Pheww
Maksud aku dia tak sker yg berempah.
Jgn harap la dia nk try ayam masak paprik mahupon ayam kari LOL.
Kalau g sekolah ntah cmne.
Ni naseb la aku da ajar makan roti canai mamak dari setahun lebih.
Kalau tak susah la kan nak travel g makan tetempat gitu huhu.
Padan muka sbb aku dari dulu asik ajar makan pancake pastu manja breakfast nak telan pancake je.
Now ok la kenkadang aku bagi roti, kenkadang hashbrown.
Tp pancake mengenyangkan, berkhasiat n senang. Leh letak banana kan. Sbb tu aku suka kasi dia pancake.

3rd - kalau tido tak cukup ko bwk dia jalan mmg abesla tantrum yg menguji keimanan.
Contoh smlm. Nak taknak knr g ikea kol 9pagi sbb nak sng parking n malas nak sesak2.
So kol 11pagi kitorg dah settle n nak balik.
Kebetulan a night before budak ni tido kol 12 ye sbb main ngn ayah dia.
Pfft pastu knr paksa bgun mmg emo abes.
Kat ikea ok la tak buat hal.
Tp bila time nak balik, dia mara tol sbb dia nak jalan lagi.
Sampai ke umah emo nak tido tp nak cranky.
Cranky dia tu pakej nak susu berkali2, telan makanan sikit je, berak 2x.
Aku yg end up tantrum hahaha last2 tido pon nap ptg bila dia tgok mummy dia sikit lagi jd harimau jadian.
Umar nye schedule memang takle lari sgt setiap hari.
Maksudnye waktu nap ptg n waktu tido malam mmg knr timing dia yg sepatotnye.
Kalau lari sikit, effect dia keesokan harinya la.
Kesan dia aku la yg hangin 1 badan.
Anak baru sorg aku da psyco.
Tahun depan ada 2 anak ntah cmne. Seram plak pk boleh ke aku handle the stress.
Insyaallah boleh kot.
Tgok namee roslan tu boleh, insyaallah aku boleh kot.

Ni tgh haze ni kesian tol dia asik ckp nak main slide and nak main basikal outside.
Pfft aku terpaksa terangkan the weather is very bad blablabla and umar still sick somemore.
Hurms aku rasa haze ni mcm amik lagi 2 bulan gak utk hilang.
Naseb la aku dok rumah buat on9 business pon ada org amik barang utk pos kan, so takde hal.
I cannot imagine go to work in haze. Pfft so uncomfortable rite.
Skg pon aku tak sidai kain kat luar rumah.
Samada aku dry kat dryer kat kedai or aku air dry dulu, pastu sidai dlm rumah.
Tgok la kerajinan hari tu huhu.

Arini mmg hari yg tak kemana2 kecuali g hiro jap pagi td beli groceries.
Umar sgt behave arini.
Yerla budak tu bgun lambat, perot kenyang makan semua cukup. Daddy cuti some more.
Alhamdulillah daddy dia pon rajin layan umar harini.
Happy aku tgok dorg main together and umar in very good mood.

Ok la nak tido dah.
Hope korg tak monday blues ok.

Mummy with umar yang bijak berkata2.

0 comments:

Post a Comment