Hello monday

Penatnye harini lepas subuh tros buat bfast husband and gosok baju dia.
Pastu umar plak bangun tros bz layan keperluan umar sampaila dia baru nap ni baru lega...fuhhhh.
Tu pon aku knr jerit "tido now".
Teros dia baring and tido.
Agagaga umar tak makan saman aku ckp lembut2. Tataula banyak betul tenaga dia da makan, mandi, main, ajar dia coloring, susu...apalagi kan sila la nap.
Selalunya aku knr pura2 tido baru dia nak tido.
Tp tadi aku da pura2 tido aku still dengar dia bongkar toys dia n mcm2 la.
Last2 aku tetido bebetul tu pon terbangun lepas 15 minit tgok eh budak ni still bz main.
Tu yg teros jerit eh boleh plak dia tido senyap tros tak banyak bunyi.
Nampak sangat sbnrnye da ngntuk tp dia tahan2. Oh la umar.

Sebab aku bgun awal tadi, kol 10 pagi aku da lapar rasa nak makan nasi.
Nasebla ada balance ikan pedas smlm. Oh heavennye.

Lepas makan barula bertenaga nak kemas rumah n layan umar balik.

Aku bengang sbnrnye ni tenant aku setiap bulan buat hal bayar duit sewa rumah kitorg lambat 10 hari.
Bulan ni lambat 12 hari.
Sakit ati tol. Korg ada experience tenant cmni?
Can share cerita? Hurms

Weekend tak g memana just g breakfast kat luar jap and kasi la umar main indoor playground kat curve tu jap.
Pastu masuk kedai lego kasi dia main kat situ.
Umar ni kan tinggi untuk usia dia.
Suka hati dia je amik lego dari budak lain and g kasi kat daddy dia. (Ala yg kawasan budak2 play lego tu)
Budak2 tu terlopong je tgok umar haha.
Dorg nak mara pon x bley sbb bukan dorg punya pon kan.
Umar takde perasaan sbb baru 2 tahun stgh ada dia kesah.
Budak2 tu mcm 4 or 5 tahun kot.
Tp tinggi dorg n umar mcm lebih kurang je.
Bagus jugak la confident level umar tu cuma nanti la aku ajar umar belajar main sama2 ngn budak2 lain.

Suka dia berjalan non stop main cmtu.
Balik rumah pon knr paksa nap siap nangis ckp "umar tak suka sleep".
Oh u will appreciate your sleep when you getting older umar. :p

Pastu smlm teringin buat char kuew teow.
Kali ni okla jd aritu buat tak jd.
Kena la ngn tekak aku.


Cuma kurang berair. Next time knr buat kuah dia lebih. Kenyang giler. Yg penting knr ada udang and isi kerang. Skg isi kerang jual kat hero sng betul nak masak. Kalau suh aku rebus ngn kulit kerang sure malas haha.

Terlampau byk craving pregnant kali ni. Layan je la. Next craving yg belum dapat adalah murtabak singapore. Aritu nak beli kat muar boleh plak dia tutup kedai. Eee sabo je la. Weekend ni checkup baby. Harap semuanye ok.

Oh ya weekend sempat layan budak ni swim dalam pool. Dari last week lagi dia asik berendam. Janji umar happy.


0 comments:

Post a Comment