Stail Jubah Moden Wanita

Hi korang da prepare nak beli baju raya belum?
Kalau belum jangan risau sbb ada banyak online shop g korg boleh beli online especially my fav ZALORA.
Dahla harga affordable, cantik-cantik pulak tu.
Antara ciri-ciri penting untuk baju raya tahun ni mestilah breastfeed friendly (because Im not sure umar already wean off completely by raya or not), rendang friendly haha and loose di perut supaya makan berkali2 pon perut tak nampak buncit.


Ingat lagi kalau dulu nak prepare baju raya bukan main susah.
Kena pergi kedai kain cari material kain yang sesuai pastu nak hantar kat tailor, sebulan baru dapat.
Total kos material baju campur total kos buat baju sama je dengan total kos beli online sekarang.
Bukan ke berbaloi tu? Dahla beli online arini, order esok or lusa dah dapat.
I think the last time I went to tailor during my wed preparation. After that click je Zalora, settle.



Jika diperhatikan pasaran pakaian Muslimah kini semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat fesyen. Malah kini penerimaan terhadap fesyen Muslimah bukan sahaja popular di Malaysia malah semakin aktif diperkenalkan di peringkat antarabangsa. Uniknya tentang baju Muslimah ialah apabila unsur moden digabungkan ke atas pakaian tradisional untuk membuatkannya tampak lebih bergaya apabila dipakai. Antara jenis-jenis pakaian Muslimah yang mendapat perhatian ialah baju peplum kurung, kaftan, baju kurung moden, jubah Muslimah dan baju kebaya.
Jubah moden Muslimah kini boleh didapati dengan bermacam-macam warna serta rekaan yang cukup menarik. Terdapat juga pilihan dengan potongan yang berbeza bagi menepati cita rasa pembeli. Namun apa yang paling penting ialah untuk dapatkan jubah yang memberikan anda keselesaan sewaktu memakainya seperti jubah cotton yang lembut dan mampu menyerap peluh. Pilih jubah dengan warna yang sesuai agar dapat menonjolkan personaliti anda.


Jangan risau apabila membicarakan tentang bagaimana cara untuk menggayakan jubah terkini. Ini kerana jubah adalah antara jenis pakaian yang sangat mudah untuk digayakan. Anda tidak perlu pening untuk memikirkan Muslimah top apa yang nak dipadankan dengan bottom yang sesuai. Sebaliknya hanya perlu sekadar sarung sahaja jubah anda dan pakai bersama dengan tudung atau shawl dengan warna yang sesuai. Jangan lupa untuk bawa bersama clutch atau handbag dan anda sudah bersedia untuk keluar! Mudah sahaja bukan?
Di luar sana terdapat banyak butik Muslimah online yang menawarkan koleksi jubah moden terkini. Anda hanya perlu tahu apakah yang terbaik buat anda. Namun jika anda adalah jenis yang bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk keluar membeli-belah, apa kata buat sahaja pembelian secara online. Ianya lebih mudah dan menjimatkan masa serta wang anda!

1 comments:

Anonymous said...

Salam.. Nk tanye, jubah yg model muslimah pakai tu tgk dkt mana ye? Berkenan..

Post a Comment