If buat kari je, mesti dia request roti jala the next day.
So kalau buat kari, mmg normally i buat byk supaya boleh mkn untuk 2 hari terus.
If google byk je resepi nye. But this one yg paling serasi ngn taste buds aku haha boleh gitu?
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1biji telur.
- 1 cawan stgh air
- 160ml susu segar
- 3 sudu mentega. Cairkan.
- Setengah sudu kecil garam
- Secubit serbuk kunyit / atau pewarna kuning
Cara Membuat:
- Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit atau pewarna berseta mentega cair tadi ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan.
- Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan geser sedikit minyak menggunakan tisu dapur.
- Jala la roti jala anda. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulung dan hidangkan.
Sure suami korg gembira makan! Hehe selamat menjamu selera.
0 comments:
Post a Comment