Berikut merupakan makanan yang sesuai bagi ibu-ibu yang berpantang. Terpulanglah nak berpantang 44 hari, 60 hari atau 100 hari. Antara jenis-jenis lauk yang boleh di makan oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:
1. Ikan bilis – biasanya di goreng biasa atau pun di masak sambal. tapi jangan terlalu pedas.
2. Ikan cencaru – biasanya di bakar untuk lebih sedap selain di goreng
3. Ikan haruan – lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng
4. Ikan siakap – masak stim
5. Ikan bawal putih – goreng
6. Ikan gelama – goreng
7. Ikan merah – masak sup
8. Ikan jenahak – goreng
9. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
10. Ikan kerisi – goreng/ masak asam
11. Ikan kurau – goreng/ stim
12. Ikan kerapu – goreng/ stim
13. Ikan senangin – goreng/ masak asam
14. Ikan tengiri – goreng/ masak asam
15. Sayur sawi – sup
16. Sayur bayam – tumis air
17. Sayur kailan – goreng/ tumis
18. Sayur kacang buncis – goreng/ tumis
19. Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
20. Daun pegaga – di campur dalam masakkan/ di buat jus – elok utk tambah air susu badan
21. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang
22. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
23. Ayam – di buat sup atau di campur dalam bubur
Antara makanan/ lauk yang tidak boleh dimakan adalah:
1. Makanan laut – sotong/udang/ketam – takut gatal di tempat luka
2. Telur – luka lambat sembuh
3. Ikan yang tidak bersisik dan berbisa – sembilang/keli
4. Sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang
5. Tebu/ air kelapa/ buah anggur
6. Makanan pedas/ berminyak
7. aiskrim/ keju
Second Seconds
1 week ago
1 comments:
Ala sayur kacang tu aku belasah je..So far makan je takde hal pun, hehe. Dia kalau normal ok kot cuma kalau operate memang leceh sikitlah bab nak makan memang kena jaga betul..Tapi biasa mak kalau masak memang semua sedap je pada aku.
Post a Comment