Sedar tak sedar da nk masuk 34 minggu dah aku pregnant.
If ticker kat atas ni 33 minggu setengah.
If ikot baby centre nyerh calendar dah 34 minggu.
huhu berdebar ok.
Setiap ari baby makin active bergerak, berpusing, menendang especially waktu lambat makan and meeting. -_-
Baby, awak tak skerk meeting mcm mummy eh?
Sabar okie. Nanti mummy kerja dari rumah, awak takya masuk meeting dah. huhu.
Anyway, sajer la nak share preparation baby setakat ni.
For full list, boleh la refer to
here.
Alhamdulillah banyak gak dah prepare. Takderla nak nerbes2 sgt utk minggu ni.
Sebab perot dah besar, peha dah berlaga bila berjalan n im super slow when walking.
huhuhu rasanyerh husband pon bersyukur sbb bini dia fussy buat preparation awal2.
Yerla kitorg jenis yang suka survey benda then baru beli.
Tak sker main beli je tanpa buat research terlebih dulu.
Barang2 baby adalah sangat mahal kan.
Setakat ni, tak miss g baby expo dari bulan 10 arituh. huhu tp arituh yg da latest kat midvel tuh (early april) last aku g. tuh pon dah mengah n rasa rimas yang amat.
For mummy to be especially yang baru pregnant, simpan duit dari awal kie, discuss financial ngn husband, and paling penting BUAT RESEARCH.
haha sama la mcm nak kawin proses dia. sila buat research so takder la gelabah last minute.
n membazir beli unnecessary.
Awal2 masa pregnant ingt benda paling penting breastpump n stroller n baby cot je.
Tapi banyak je sbnrnyerh benda2 kecik yang sama je penting nye.
Ok jom la tgok preparation utk baby aku setakat ni.
1) Baju2 baby - Banyak beli yang basic, romper, baju lubang2
eh eh aperhal sidai dlm rumah je? muahaha ni kes busy setiap weekend, so basuh baju ni mmg dlm umh je. sbb mesin basuh ada function air dry. buat 2 hours, sidai dlm umh, bukak kipas lepas 2 jam kering dah. dun worry, wangi je aku rasa baju2 ni. :p
Buat 2 kali round basuh baju baby.
Round first, smer yang putih.
Round 2, smer yang color2.
Pastuh, mula la pk katner la nk letak baju2 yang dah dibasuh. Plan nak beli gak almari baju budak2 mcm kat carefour or jusco or giant tuh smer. Yang murah2 n colorful tuh. Bawah RM100 je pon.
Tp husband tak berapa agree. Dia kata kejap je muat nanti.
Kebetulan, almari kitorg pon pakai aku nyerh almari masa zmn bujang dulu.
Memang lama niat nak beli almari baru, tp sbb end of this year, kitorg mungkin pindah rumah sendiri and nanti kena pindahkan byk sgt barang plak. Baik beli baru sebelum masuk rumah baru kan?
So okie la kunun dah nekad takper beli je almari baby kat tesco but before that singgah luh kedai perabot kat kota damansara.
Kebetulan dorg ada buat promotion (sentiasa je ada promotion kedai ni) jual satu set bedroom dengan harga RM880 - dapat
almari 2 pintu 2 biji, katil, meja solek dengan laci 3 biji, and side table.
Perabot dia nyer kualiti mmg so-so tp kitorg pk ok kot nanti kat rumah baru letak lah kat salah satu bilik. Bilik tetamu ke. Lagipon boleh jimat kos nk masuk rumah baru nanti if beli skrg.
Siap promise kat husband, if beli satu set ni, confirm aku rajin basuh baju n lipat baju setiap hari. hahahahaha i keep my promise ok~
I think we make a right decision.
Sebab aku takya share almari ngn husband dah. haha puas ati cukup space baju2 aku.
Baju husband pon tersusun cantik.
n baby ada drawer sendiri. Meja solek nyerh drawer jadi tempat letak baju baby.
Drawer 1 - letak baju2 newborn size
Drawer 2 - Letak baju 3 months and above size.
Drawer 3 - Letak lampin, tuala baby, blanket and etc2.
Cukupla space untuk setakat ini. Few months lagi tatau la. haha.
2) Breastpump - Medela Freestyle pujaan hati
Sebenanyer takot ok ok beli online ni. Plus harga dah la mahal. Kalau kena tipu adoi naya je.
Aku survey few websites sebelum decide untuk beli dari fb page tuh. Takder free gift pon.
But okie la kot with the price RM1480. Mungkin leh jumpa lagi murah tp bagi aku okiela tuh.
Nak murah 1k kena la beli dari amazon takder warranti. Ni ada local warranty 5 bulan.
3 hari, produk dah smpai.
Yang ni aku sbnrnyerh ingt dah tak dpt beli sbb bila kira2 budget, mcm tak cukup je. huhu takmo byr ansuran sbb mcm leceh. Prinsip aku kumpul duit smpai cukup, baru beli.
Sbb kitorg byk simpan duit untuk delivery nanti or untuk waktu kecemasan.
Sebab takot tatau kan leh deliver baby normal or ceaser? Baby kena jaundice ke tak? If kena, sure kena warded few days.
So kena la save duit untuk benda2 tuh.
Most of kos keperluan barang baby share ngn husband.
Tiba2 dia kata, dia nk bayar for the breastpump.
huhuhu happy gila aku dgr.
So lepas week 32 baru la aku beli.
In case baby terkuar awal kan. Senang.
Tapi sbb aku pon berkerja, aku tak sedap la hati begitu sahaja.
So aku bgtau dia, kos hire confinement lady nti biar aku yg bayar.
So okiela adil di situ. :)
Anyway decide for medela freestyle sbb aku bekerja kan and setelah dengar experience member2 aku yang ada baby, dorg ckp go for this. Jangan amik yang single pump. Buang masa. huhu baiklah.
Hopefully dipermudahkan menyusu baby nanti.
3) Stroller + Baby carrier - Quinny Zapp Xtra + Maxi Cosi Cabriofix
Actually ni paling susah sangat nak buat decision.
For stroller, aku berkenan sangat kat Combi Miracle Turn tuh actually.
Tapi husband kurang berkenan.
Sebab dia kata leceh la nk transfer baby dari dlm keter to stroller nti.
Baik beli carrier yang boleh lekat kat stroller trus.
Setelah fikirkan byk pro and cons for both, last2 we settle for this.
Total price campur carrier RM1850 cmtuh kot. Beli dari Baby Jaya Uptown.
If beli carrier saja harga dia RM699.
Rasanyerh boleh dapat lebih murah from online. Tp rasannya lebih tenang if beli kat kedai. haha. tataula. Okiela kot harga ni compare to other shops.
Tau carrier baby ni leh pakai untuk 3 bulan pertama je apstuh kena invest kat baby car seat kan?
Tp takperla sbb car seat baby tuh nanti stage 2 kie.
3) Baby Cot
Masa beli ingt kecik je. Sekali bila pasang amik ko sama panjang ngn katil kitorg. haha budget baby tinggi ke? Padahal mak bapak dia pendek je. -_-
Beli dari Mybbstore, Kota Damansara. Cadar smer dah basuh so husband kata nti dah datang tanda, dia akan pasang siap2. huhu pasang skg berhabuk plak nti.
4) Tanamera - Set berpantang
Seperti yang kita dah bgtau kat entry lepas, kita dah beli tanamera ni.
Ada 4 items dah boleh pakai dari skg - sabun coklat tuh, vco oil sapu kat bawah haha, herbal oil and lavender spray. Suka ke-empat2 item tuh. Harap2 aku menggunakan smerk product ni masa berpantang nti n kurus seperti dynas semula. hahahaha cita2 harusla tinggi.
4) Autumnz Strelizer
Ni beli masa 1 of the baby expo. Aku dah start guna dah test strelize botol2 susu. huhu. Lawak2 instruction suh letak 90ml air. Aku g letak 900 ml air. Bab2 baca instruction ni mmg hampeh sket. sigh~:p
huhu naseb tak rosak. n nasib aku try luh dari skg kan.
Nanti dah kuar baby, aku strelize la balik botol2 tuh. sng je pon guna benda ni. warmer je tak try lagi. huhu tuh nantila. Tengok instuction mcm senang je.
Ok dah tuh je kot yang penting. Yang lain2 dah beli tp takya la blog smer. Beli kat baby shop and baby expo. If barang baby ada yang tak ckup nanti, rasanyerh suami aku boleh diharapkan kot lari jap g baby shop. Kot! hahaha
n insyaallah nak bersalin di sini. Tropicana Medical Centre. ngn Dr Noor Fida.
Baru first time checkup ngn dia arituh. She looks ok n nice n friendly. hehe
Sebelum ni monthly checkup kat Pusrawi ngn Dr Zul.
Gambar dari instagram masa 32 weeks. hehe cantik ok hospital ni.