Umar Bersunat/Berkhatan

Dari awal lagi kitorg sepakat nak sunatkan umar dari baby sebab ramai cakap if masa baby tak sakit sangat and senang dijaga berbanding bila dah besar nanti.
So lepas abes pantang, aku pon start survey katner murah and leh sunatkan umar.

Harga2 yg aku survey:-
Tropicana medical centre - RM2K++
Hospital Pantai Bangsar - RM1K
Annur Bangi - RM800++
Azzahrah Bangi - RM290

Korang rasa yang mana aku pilih?
muahaha mestilah yang paling murah.
Semua pon pakai jenis ring tuh. alamak aper ntah term dia aku tak hingat.

So hari yang dinantikan tiba last Saturday means umur dia 2 bulan setengah.
Sumpah aku rasa nervous gila.
Umar plak good mood ceria di hari raya je dari pagi.
Sampai Azzarrah tak ramai org.
Rupanyerh ward dia jenis selak2 kain je.

Aku taknak cter lelebey haha sbb aku ngilu/trauma a bit dengar jeritan batin anak sendiri.
hahaha rupanyerh bius setempat patotla si umar still rasa sakit.
Balik dari sunat, dia nangis non stop kesian sgt susukan pon dia still nangis.
First time aku tgok anak aku cmtuh. Kena dodoi2 sambil jalan gilir2 aku n alip.
Bila kitorg letak n baringkan je atas katil, dia nangis.
huwaaaa siannyerh anak aku.

Last2 aku lap2 dia sbb dah petang tukarkan baju tido, pastu dodoikan lagi.
Mak mertua aku dtg tolong dodoikan sampai dia lena betul n bila letak atas katil kali ni dia tak bgun n tak nangis. lega.
dia tido straight 4 hours. Kol 11 mlm dia bgun sambil tersengih2 dah.
Alhamdulillah.
Takder komplikasi setakat harini.
Bertambah ceria si umar ni adala.
So umar cuma cranky half day je after bersunat.
After that everythg seems ok and easy.

Masa dia nangis tuh aku dah trauma n dats it rasa ni lah last anak laki aku nak n last aku nk sunatkan masa baby.
Tapi mlm tuh bila umar ok n gelak2, haha aku rasa ok je lepas ni if dapat baby boy lagi.
Aku still akan sunatkan masa baby cuma akan pilih yang mahal itu yg 2k or 1k aku akan pilih bius penuh instead of bius setempat.
Ayah aku cakap tuhla beza harga2 tuh. Beza bius dia byk or tak.
agagaga damn sian umar. sorry umar. mommy being cheapskate.
Anyway harini dia genap 3 bulan yeyeyey big boy already.
Tp checkup terpaksa ditunda senin depan sbb hubby outstation seminggu.
Ok la tuh by the time ring kat 'anu' dia dah tercabut hehe.

dengan sepupu dia Mikail before g bersunat

 Ok, im ready Mummy!

 I luv how clingy u r to me

 Suka tengok Barney. Actually aku tatau nak bukak apa yang lagi best dari Barney time nak tinggal2kan dia jap sementara lari ke dapur, solat etc. any suggestion?

Suka sangat orang bawak dia g jalan2 kat luar skg. hehe nantila kita g park kie umar. tengok burung. tiger. elephant mcm dalam barney tuh. barney lagih.




Cerita berpantang, WFHM and cerita raya kita

Aih, buhsan tgok blog bersawang.
Tapi bukan mudah untuk update blog.
Sejak duduk di rumah, macam2 benda nak buat.
Tapi rumah takderla berkilat sangat pon wakakaka masih bersepah.
Im still struggle being WFHM. Before this this SAHM la sbb tgh pantang. Dah abes pantang tukarla title. :p

Breastfeeding journey
Alhamdulillah dah 2 bulan setengah pon umur si Umar.
Semua benda makin mudah.
Menyusukan dia tak sakit n dah berjaya fully breastfeed smpi skg.
Susu pon da byk (kot) sbb bila setiap kali pam dapat 4oz.
Tp sbb byk direct feed (DF) baby, maka kita pam 3x je sehari. Kadang2 2x. Ikot rajin.
Nak dapat 4oz senang je. 1 breast guna untuk DF baby, satu lagi simpan untuk pam.
Contoh bila malam, kanan tu untuk susukan baby. Kiri jangan guna. Kol 8 pagi pamla belah kiri plak.
Confirm dapat 4oz.

Faktor pemakanan n minum pon depends gak.
Kita da tau milk booster kita horlicks and jus kurma.
So memang hari2 minum ni.
Skg ni balik dari raya, 2 hari je tak susukan umar pakai botol sbb malas nak unpack barang, malas nak strelize botol masa balik, jd nyerh kasi direct je la. So semalam akhirnyerh umah pon dah bersih, dah strelize, rutin pon dah kembali semula.
Tp si umar plak reject botol. Pulakkkk. nangis2 taknak. terpaksa la buang begitu sajer. Dah 8oz membazir begitu sajer. Rasa cam malas nak mencuba lagi. sbb takmo bazir sigh anakku.
So meantime DF je la nanti esok kita cuba lagi. tp lepas ni aku nak try kasi 1oz je dulu tru botol kalau tak membazir susu2ku.

kurma madu - milk booster

Cerita berpantang
Ok kita flashback cter berpantang sekejap kie.
Masa pregnant beratku mencanak naik hampir 20kg.
gila tak.
68 kg berat last.
Berat b4 beranak 50kg.
Tapi kita positif je la.
Orang kata if pregnant baby boy mmg makan byk.
Baikla lagipon baby sihat kan.
So kat bp kita berpantang pakai tukang urut je.
Mula2 pakai sorang makcik ni tp dia urut tak best pon. 3x pakai dia.
Sekali dia urut bayar RM35.
Kat batu pahat, semua makcik2 ckp bayar ikot ikhlas.
agagaga kalo kat kl tak dptla nak harga ikot ikhlas kan.
Then makcik ku pon recommend lagi sorang tukang urut, jiran dia - makcik rahimah. best wooooo dia urut.
best sangat. dia sanggulkan rambut pon best. sesape yg dok batu pahat, kalo nak no dia tinggalkan email kie. nanti kita bagi.

then kita continue berpantang kat umah sindrik kat damansara.
Mmg dah book natalis beauty ni since my friend recommend dia.
MMG BEST SERVIS DIA.
hehe caps lock lagi.
cuma harga je la mmg kejam mata je la bayar. kata body nak pakai lama kan.
I amik Pakej Permaisuri.
So my confinement lady name is Bibik Mai.
If korang nak pakai servis dorg nak pakai confinement lady yang sama ckpla nak bibik mai.
Dia buat kjr lajuuuuu, masak pon sedap mcm mak kita masak.
Pandaikan tidurkan baby.
Yang penting dia urut sedappppppp sangat sampai tetidooooo.
If ada duit lebey bayarla untuk dia tido umah sekali.
I tak amik tido sekali sbb nak save budget hehe.
Cuba tgok blog dia, dia tgh buat contest saper beranak tahun ni leh dapat pakej confinement free.
uikss rezeki uolls la tu. Pi masuk contest tuh cepat.
Siyes, if aku pregnant kali ke2 pon nak pakai servis dorg tp nak bibik mai je yang jaga aku hahaha sbb dia urut sedapppppppp sgt. susu aku pon byk lepas diurut.

Ohs berat aku lepas berpantang adalah 58kg.
lepas raya turun jadi 55kg.
Lagi 5 kg je harus dihapuskan.
Okla tuh. orang kata jangan tamak :p
bersyukur.

WFHM
Ok nak dijadikan cerita, 2 bulan sebelum aku beranak, company aku announce nak tutup company.
WUTTTTT?
takper mungkin memang dah ditakdirkan aku kerja dari rumah.
mmg impian aku pon nak besarkan anak sindrik.
lepas discuss ngn husbandku, dia pon agree aku dok umah sambil wut kjr2 yang telah kami berdua plan.
Apa benda nyer, masih tgh menyiapkan. Insyaallah by October nampak la hasilnyer.
Memang mencabar ok buat kjr dari umah since umar masih kecil n memerlukan perhatian yang tinggi.
but it's ok if other moms can do it, i can do it too.
Plus dia semakin menyenangkan untuk dijaga. He's so adorable too. With that face, aihhhh, im willing to sacrifice anythg for him.
Even the luxury of buying more online dresses.
Kena berjimat as we dunno wut will happen next rite.
Plus benda yang aku plan pon blom siap lagi.
Semoga dipermudahkan.

Cerita raya
Raya sebelah side aku tahun ni kat Johor.
Best. sbb pergi balik dari kl to bp tak jam sangat.
3-4 jam je. aku tido ngn umar kat belakang hahahaha.
tp kena bebel ngn husband ku sbb bawak barang byk.
Dah nama pon baby mestilah barang baby lagi banyak dari mak n bapaknyerh.
Yang best tuh kemeja husband yang dah beriron semua tertinggal kat damansara hahahaha.
Sedar tertinggal pon time tuh dah kat seremban.
Terpaksa la di malam raya g parkson kat bp beli kemeja2 dia.
Takkan nak pakai baju melayu for all 3 days raya? agagaga.
Baru ada sorang anak ok, baju husband da tertinggal.
Tahun dpn wajib buat checklist.
Raya best tp penat. Umar pon ok tak buat hal petang2 je dia nak bergayut bukan main lama. sabo je la.
Naseb by the time dah nak abes beraya.

Gambar raya kita. Nanti nak frame la kat rumah baru. hehe.

with our parents

ni adik beradik pompuan. adik lelaki not in the pic

G beraya mmg bawak je carrier maxi cosi ni. Sng. Sebenarnyerh takya  maxi cosi sgt pon takper mcm akak aku pakai u-baby tuh, si aisyah tidur nyenyak je. tp tak jumper plak brand ni kat kl. arituh try gak usha yg brand biasa2 je harga dah 200++. kualiti so-so sbb tu beli maxi cosi ni.
akak aku beli 100 lebey je kat bp, quality bagus ok. cushion dia pon nampak tebal. sabo jer la.


So tuh je la update nyerh. Enjoy the pics kie. Dari si umar umur 1 bulan stgh sampai umur skg.

 ni masa sebulan stgh masa lepas cukur rambut

 haha malas nak rotate gambar

 kalo dia in deep sleep buat la aper saje dia tak heran pon



 Masa 2nd month checkup n kena cucuk. Berat nak dekat 6kg.


 ngn sepupu sebaya dia, aisyah
Tinggi tau si umar ni aku rasa ikot tokzu dia. mak aku tinggi. belah alip smer comel2 je.
aku n alip lagila pendek. hehe aku pendek pon ikot atuk aku.

 masa g beraya here n there




 skg da suka ckp and senyum n gelak

 abaikan sampah2 kat belakang tu. time ni masa kemas umah nak raya



Skrg baju newborn da tak muat. nak kena simpan dlm kotak untuk bakal adik dia nanti. :p
Romper 6-9 bulan pon just nice at his body. Sigh i luv seeing baby in rompers.
but it's ok umar. I know u r 1 healthy baby.

okla nti kita sambung lagi k.



Breastfeeding Journey dan umar kena kuning

Masa pregnant, aku bersemangat baca blog mak2 yang breastfeed anak2 smpai 2 tahun.
Aku kagum pada yang bekerja and masih pam susu spy anak2 still dapat kasik ebm kat rumah pengasuh.
So aku pon happy sgt bila husband belikan medela freestyle.
Sebuk aku study macam mana nak simpan ebm semua.
Cuma naseb baik aku tak ghairah nak beli deep freezer.
Hati kecil aku berkata rilekla kak...ntah camner nanti journey aku nanti.
Naseb aku dgr hati kecilku itu...huhu

Masa b4 beranak, gynae aku tanyer, ada any request tak nti untuk anythg for bersalin or ward?
Then aku cuma ckp nak exclusive breastfeed.

Lepas beranak, as aku cter, umar sangat bijak can latch and suck very well.
But malam pertama, lama sangat dia nak nyusu kat aku...aku ingt lagi.
start kol 3 pagi. Kol 4.30 pagi dia still taknak lepaskan breast aku. Bila aku cuba lepaskan, dia nangis.
Huwaaa time tuh aku da start pening sbb tak sempat tido lagi kan.
Terus aku panggil nurse ckp i dun mind formula milk for my baby.
Sedih sebenarneyrh sbb baru day 1 less than 24 hours aku da giveup.
Tp aku kena pk untuk diri aku.
Aku kena rest and takleh tertekan.
Lagipon aku pk takper nanti aku cuba lagi.

Day 2 kat hospital aku cuba lagi.
Aku ingt baby aku da happy dah minum susu aku.
Time tuh memang melecet2 nipple aku belah kanan.
Belah kiri flat, baby asik nangis bila cuba minum dari kiri.
Sigh.
Tp baby minum byk kali so ada session yg aku kasi direct bila tak tahan sakit baru aku kasi formula milk.

Day 3 masa kuar hospital, aku bagitau nurse yang aku nak terus balik johor.
Aku takot yang nipple aku still melecet and baby nanti cranky dlm keter, and aku tak sempat nak beli formula milk plus nak bancuh susu pon aku tatau.
So nurse bekalkan aku few bottle of formula milk.
Nurse kata boleh tahan dalam 4 jam perjalanan.

Masa kuar hospital sempat kitorg singgah rumah jap untuk ambil bag balik batu pahat.
But memang sangat rushing.
Rushing pon sejam gakla sbb rupanyerh banyak betul barang nak bawak balik batu pahat.
Yerla kata nak berpantang 14 hari kan kat johor.

So masa dalam keter baru kuar rumah, umar start nangis.
Sigh aku da cuak sbb tak reti kasik botol susu fomula yang nurse tu kasik and aku test kasik byk plak susu yang keluar.
Flow teat tuh mcm laju sangat.
Aku takot baby aku tercekik sbb newborn kot!

So aku ckp ngn husband takperla aku breastfeed je.
Tapi lagi satu masalah aku tak reti pakai nursing cover aku.
Actually reti je cuma banyak benda nak pegang dalam satu masa jadi aku gelabah so aku kata taknak pakai nursing cover lantakla aku try je df.
Pergh time tuh nipple aku still melecet mmg sambil nyusukan umar sambil aku nangis2 dalam sepanjang perjalanan.
Husband pon takle nak buat aper.
But yang penting umar nampak tenang.
Time tuh aku berdoa cptla sampai bp.
Aku tatau nak buat aper.

Sampai batu pahat je, mak aku terus tolong mandikan umar, tukarkan pampers semua.
Bermulakan journey nyusukan si Umar.

Day 3 - malam tu aku rasa aku tak tido sbb umar kerap bangun nak susu and aku masih menahan sakit cuba direct feed. Nangis2 sbb si Umar bangun setiap setengah jam nak susu dan susu dan susu....

Day 4 - nurse dari klinik kesihatan datang check keadaan aku and baby. Dia suh g anta baby ke klinik sbb nampak baby mcm ada kuning sikit. So Parents aku n husband g la bawak umar g klinik and betul umar nyerh kuning bacaan 11.5 kot time tuh. So kena banyak bagi susu supaya kuning dia turun. Husband beli kan formula milk demi kebaikan semua. Husband beli brand similac.

Malam tuh aku rasa penat sangat dengan tido yang tak ckup dari hari aku deliver and bawah aku yang ya Allah sakit sangat. So aku cuma nak tido je. (sambil nangis2 sbb menahan sakit melecet nipple dan sakit di bawah as nurse klinik kesihatan kata jahitan tuh tak kemas sbb tuh sakit). Naseb mak aku dtg tgok condition aku and dia suh perah susu mlm tuh jugak. That time still colostrum. Secara manual sbb aku pon tak figure out lagi camner nak guna medela freestyle aku. Happy la sikit lepas perah sbb baru tau ada je susu aku ni sebenarnyerh. Malam day 4 ni memang aku tak tido. Aku gigih gak cuba DF sambil kasik susu formula sebanyak mungkin nak turunkan kuning si Umar.

Day 5 - Alhamdulilllah baru susu putih keluar. Aku pon start perah and direct feed Umar balik.

Kuning Umar turun masa day 7 kot. Turun ke bacaan 7.5. Lega tak payah kena warded. Tp memang gigihla all nite kasik susu setiap sejam/2 jam. Tak payah susah2 bangunkan Umar memang dia bangun sindrik nak susu.

Tapi....Umar minum sangat la banyak...
Orang kata demand banyak tapi production tak byk..aku tau la tak byk sbb bila aku DF lama gila ok dia taknak lepaskan. Dahla time tuh cuma tau breastfeed secara duduk je tak berani la nak try style lain.

Husband yang ajar cara guna medela freestyle. haha boleh?
Sebab aku kan malas baca manual. So dia la baca kan manual utk aku and ajar cara guna.
So aku pon try la semua style as medela freestyle leh sangkut kat tali bra, boleh pegang dua2, or boleh guna sebelah je.
and at the end aku prefer guna yang sebelah je pastuh continue sebelah lagi.
Memang la tak jimat masa tp jimat bekas haha takyah basuh byk sbb hasil susu belah kiri campur je belah kanan. Lain la kalau pump sebelah dapat 5oz. Ni gabung dua2 kadang2 dpt 2oz, 3oz and 5oz.

Sampai hari ke 20 tak silap aku yang aku penat sangat2 sbb mlm2 kena turun amik susu perahan or buat fomula milk if penat nak susukan Umar.
Sampaila aku g klinik sbb ingat umar ada kahak, dr cakap takder pon kahak sikit je dia suh continue breastfeed and kalau boleh stop terus formula milk.
Aku cakapla kat dr yang penat sangat nak breastfeed mlm2 sbb umar menyusu lama sangat and byk kali bangun so dr advice try breastfeed cara baring.
My sis ada suh gak tp sbb penat aku mcm tak habis2 so aku tak pernah try.
So balik dari klinik aku tros try ngn Umar.
Wow it works and i can sleep too while breastfeeding. huhuhu

So bermula journey breastfeeding sambil baring dengan Umar.
Sambil tuh aku rasa aku perlu juga beli milk booster sbb if dr kata jgn guna formula milk, susu perahan aku pon bukan sempat simpan pon as akan guna gak mlm2 bila aku penat nak breastfeed.
Aku pon beli shalee dari kawan aku.

At the same time, confinement lady aku sangat2 jaga apa yg aku makan.
Aku byk makan lobak putih and yes mmg byk sangat susu aku. Tapi still susu aku cair.
Tataula confinement lady aku kata walaupon susu aku bila perah dapat 3oz and Umar minum 3oz tapi dia still nak susu lagi after each feeding. Pelik kan.

Aku still minum Horlicks 2x sehari, Milo waktu pagi, ikan and sayur for lunch and dinner.
Kenapa susu aku tak cukup nutrients ke?
Pfft.

Tuh la sebab aku try Shaklee.
Alhamdulillah lepas amik Shaklee ni, aku rasa byk sangat beza.
Umar minum puas. 2oz mampu mengenyangkan dia tanpa dia nangis balik.
or if DF pon, takder dah lama sangat dia nak menyusu huhu paling lama pon 5-10 min je pastuh mesti dia tetido.
Beza kan?
Walaupon dia akan terbgun balik stgh jam or sejam after that tp ok la dia tak meragam mcm b4.
Aku rasa susu aku tak cair sangat mcm b4 and mungkin lebih nutrients.

and Alhamdulillah bila dia tak menyusu lama sangat, nipple aku pon dah tak melecet.
So aku dah selesa untuk breastfeed dia mlm2 sambil baring.

Sigh orang dulu2 takder pon Shaklee ni boleh je susukan baby kan hihi.
Takperla lain orang lain.
Bahagian aku mungkin kena berusaha lebih sikit yang penting aku tak giveup.
Hampir giveup but now not anymore.
Umar semakin chubby. n aku semakin recover sepenuhnya.

Malah jadual tidur umar pon ok.
8 pagi - waktu kitorg bgun and aku susukan dia dulu, tukar pampers n susukan balik. If dia tido sekejap dapatla aku breakfast cpt2. If tak sambil breastfeed pon aku boleh selamba breakfast. huhu terpaksa multitasking dong.

If mood dia ok, then dia akan main2 sendiri adalah dlm 10 min. So 10 min tuh aku tros masak untuk lunch aku. Then dia nangis mintak susu lagi, continue breastfeed lagi, 10 min dia main sindrik, trosla aku buat aper2 yg patot. Haha biasanyerh sampai pukul 11 pagi dia tak tido gituhla. 11 pagi, aku tros mandi kan dia, breastfeed n barula dia nk tido lama. Cuma bangun untuk susu je. Then kol 3 baru la macam2 sikit. Nak susu, pastuh berjaga, pastuh susu, berjaga. Kol 5.30ptg, aku dah mandikan dia.

Lepas mandi, wah mmg miracle dia tido nyenyak smpai kol 12mlm. Bangun kadang2 untuk susu je.

But bila waktu tido aku means 12 mlm smpai 7 pagi tuh penat la sikit sbb dia akan bgun like few times untuk susu. Tp skg dah tak penat sbb breastfeed smbil baring kan. Senang la.

Camtuh la breastfeeding journey aku setakat ni.

Dah 14 hari Umar breastfeeding sepenuhnya tanpa formula milk.
Stock EBM pon dah dekat 20.
haha sayang aku tak guna lagi ingt nak start guna masa bulan puasa nanti.
Tapi sehari sekali aku kasik umar minum EBM by bottle supaya dia tak lupa guna bottle.


Ini gabungan dua2 belah kalau aku tak kasik direct feed dlm masa 2 jam. If aku kasi DF, takderla dpt cmni. Dapat 2oz-3oz je tp okiela kan.

Ohs btw im officially SAHM. Camner aku leh jadi SAHM nanti la aku cter kie.
so stock susu2 aku ni aku simpan satu hari aku guna 1 je.
Yerla manatau satu ari nanti aku nak dating ngn alip 2 orang je, leh la aku suh adik aku jaga jap tanpa risau kan. Means bekalan susu sentiasa cukup untuk Umar.

Umar masa lahir 3.23 kg.
Masa sebulan checkup is 4.45 kg.
Aku tataula byk naik ke tak tp yg pasti pergelangan tgn kanan aku smpai sakit sbb tak larat dah nak angkat dia lama2 haha.
Takper Umar, demi Umar, mummy gonna b tough.
Harap dimurahkan susu untuk Umar sampai usia dia 2 tahun.
Tapi aku mcm tak skerk sikit bila aku baca blog orang, mak orang tuh akan tulis "Alhamdulillah baby exclusive breastfeed"
Haha mungkin aku cemburu? or mungkin aku rasa statement tuh a bit riak.
Aku rasa cukupla cakap je "Alhamdulillah baby fully breastfeed setakat ni"
Aku rasa sedap sikit aku baca.

Jangan hentam aku plak.
Sekadar pendapat orang yang tak 'exclusive' breastfeed but berjaya fully breastfeed this few days. :p

Naper aku nak cuba breastfeed selama and semampu mungkin?
Sebab aku harap and aku doa supaya anak aku sihat, antibodi kuat mcm aku. Jarang aku sakit.
Susah untuk aku demam, selsema dan sebagainya. Sebab mak aku kata aku breastfeed sampai 2 tahun.
Berbeza dengan husband sejak sebulan lahir tak breastfeed. Hasil nyerh, husband selalu sangat selsema, allergic and senang sakit.
So husband pon menggalakkan breastfeed harap anak sihat.

Ok itu je. Sorry kalau korg baca panjang2.

Tips for mummytobe kalau takmo anak kena kuning - Lepas bersalin, try breastfeed as much as can. If tak mampu, jgn stress campur la dengan formula milk kie at least sampai baby confirm da takder kuning then sambung la kegigihan anda breastfeed.

Also, if nipple anda flat, jangan risau, keep breastfeed baby sbb puting tuh akan bertukar rupa and tak flat dah.

If melecet, tahan melecet tuh sikit. Beli la cream for sore nipple etc sebagai persediaan. Kawan aku kasik cream brand Lansinoh ni. Okla. Tp nurse2 kat hospital kata perah sikit susu anda and sapu kat nipple tuh. Both works for me. :)


Ingat, yang penting jangan giveup. If susu kurang, cepat2 la beli shaklee tuh. Aku rasa membantu sangat2. Also, sentiasa urut breast masa perah susu and before DF baby.