6
Feb

Bercuti di Cameron Highland - day 2

Day 2, Susah tol nak bgun pagi tu dah la cuaca sedap.
Tapi akhirnye berjaya turun breakfast pukul 7.30 pagi. Umar nangis je kat ruang makan hahaha lantak ko la umar janji mummy kenyang. Dia kan mmg bukan morning person. 
Dah tapau sikit makanan umar untuk kasi dlm keter/ hotel. Bungkus pakai tisu je hehe.

So tros bersiap untuk checkout after that. Sempat la jugak mandikan umar kasi dia mandi buih buat kali terakhir.
Ok je mandi pepagi sbb ada air panas kan. 
Check out pukul 9pagi. 

Amik gambar kat ruang lobby before gerak. Dah semua org xnk masuk gambar, amik gambar aku sorg je la kie. Hehe gambar gelap aku x reti nk edit pakai apps dlm ipad ni so redha je la outcome color cmni hehe.


Kea Market - 9 pagi
Time ni umar dah tetido sebenanye. So ingatkan letak dlm ssc dia akan teros tetido la mcm dia baby dulu.
Tak pon. Dia bgun da sebok nak kua. Jalan kat situ sempit mana boleh jln keter mmg sukati lalu je tepi jln tu. So bergilir la aku n alip dukung umar. Si alip plak aku suh kuarkan bag ikea biru tu dia kata takya tak byk sgt nk beli pastu dah nyesal huwaaa.

Okla kea market ni mmg berbaloi spend duit kat sini. Sayur fresh murah RM10 untuk 12 bungkus. Pack kecik2 la sesuai nak kasi2 family members.
Xde gambar diambil sepanjang di sini sbb tangan kitorg penoh.
Wish we have more hands hahaha. Sila bawak trolley or bag biru ikea tu okie? Jangan degil ye.
Kitorg tak beli byk sgt la walaupon tgn full. Beli strawberry 3 pack - RM10, jagung mutiara kot beli cukupla nak kasi sikit2 kat family members alip n akak aku. Parents aku kat johor cmne nak kasi. Tp aku belikan dorg tea. Cameron valley nye tea. Tu beli kat bharat tea nye plantation. Ada shop dorg kan beli kat situla. Satu kotak dlm RM8 lebih. Ok la.
Ohs btw masa nak kua dari kea market nampak plak orang jual strawberry cucuk tu sebatang RM2 cecah coklat. Slurp. Sedap better dari pasar malam brinchang nye. Coklat nye pekat. Sigh sgt sedap. Try kasi umar 1 strawberry, dia kua kan dari mulut abes tudung satin aku! geramnye. Sabo je la.

Will i go to kea market again? Maybe! Next time husband dok dlm keter je la ngn umar or bawak umar g kea farm. X sempat g kea farm haritu. Tatau dlm tu ada apa. Btw next time i will bring trolley. Wajib! Hehe sbb i prefer this place than pasar mlm brinchang. Kea market kecik je x penat sgt jalan. 

Bharat tea plantation (11am)
Kitorg gerak dlm kol 10 pagi dari kea market menuju ke tanah rata. Ingat jam la nak ke tanah rata. So supposely plan nye lunch. Tp awal sgt ni sampai umar pon tgh nap. So kitorg g bharat tea jap untuk beli tea untuk parents aku n akak2 aku. Pastu another branch of bharat tea to see scenery. We still have time to kill before lunch time. We arrive the bharat tea plantation around 11am. Before that buang masa dlm keter pusing2 tanah rata. Haha

Cantik sangat2 tempat ni berbanding bharat tea nye cawangan yg kitorg g a day before tu.

Bawah tu ada air terjun. Tak kuasa la kitorg ada anak kicik nak pergi sampai bawah kan. Mungkin if aku muda rajin la g ngn kengkawan. Kot! Haha

Yg kipas flower umar tu mmg dlm keter. So aku bawak kua kasi dia main. Mmg happy sgt si umar sbb angin kuat kan so kipas dia pon pusing laju.

Sini kitorg lepak dlm stgh jam gak la saje tgok scenery n amik gambar sikit2. 



Husband pakai seluar pendek je 2nd day sbb tak sejuk pon cameron masa kitorg g ni. Berangin je la. Tp umar pakai je la apa yg ada ek sbb tu je mummy bawak haha. Fefeeling sejuk la.


Bye2 beautiful place. See u again!

Dalam pukul 12pm kitorg makan kat kedai mamak je kat tanah rata sbb malas nak cari tempat mkn. Makan lauk campur. Total dlm RM20. Okla biasa je. Since kedai tu tak ramai org n umar pon behave makan keropok kat situ. Dlm keter baru aku suap dia nasi yg aku tapau sikit. Banyak kedai makan kat tanah rata ni pepandai la korg cari tempat makan kie? Nak murah ada. Nak mahal pon ada. Sukati ikot budget memasing. Aku prefer buang duit kat minum petang ngadap scenery. Baru rasa berbaloi. So lunch n dinner mmg x kisah sgt. 

So dlm kol 1 lebih kitorg dah gerak balik. Kitorg balik lalu tapah sbb if nak lalu simpan pulai jalan nak turun tu jamm la plak. Redha je. Aku n umar da pening. Umar naseb sng, dia pening nak bfeed pastu aku hug dia jap dia tetido. Dia bgun pon masa kat rnr. Kitorg singgah rnr tapah eh tak ingt untuk solat.

Tu je percutian simple kitorg hehe. Ada few places x pergi sbb rasa mcm lebih kurang je. Lagipon kitorg dah puas ati dah cover banyak tempat2 yang penting ni kan. 

btw nah gif  husband amik. aku ingt dia amik gambar biasa. hehe sbb umar comel aku upload gak untuk tatapan mak aku yg selalu rindu umar. hehe tatau la tab n ipad boleh nampak tak gif ni.



2
Feb

Bercuti di cameron highland - day 1

Mula nya plan nak gerak kol 8.30 pagi.
Lepas solat subuh, aku teros buat breakfast roti prata n sardines je smbil buat burger for our bekalan.
Aku baca blog rata2 kata jam kan nk naik cameron.
So lepas siap bekal semua, aku bersiap dulu last skali baru bgunkan n mandikan umar.
At the end kitorg gerak kol 10 pagi dari rumah. Cet.

Dekat highway okla jam sikit2. Aku pon smpai tetido2 hehe. Umar pon tido je sbb mmg waktu tido dia. Sng kjr aku. Tp by 11.30am umar da bgun. Okla aku terus suap dia nasi with sup ayam. Aku mmg da bawak bekal umar untuk lunch n dinner. Sng. So if stuck dlm jam xdela sape2 kelaparan.
If perot kenyang xde sesapa yang emo or cranky kan.

Mulut comot sbb suap muffin as bfast dia. Tu meggi tu bekalan kat sana manala tau memalam lapar. Untuk kitorg bukan umar. Umar suka pegang buat main je sambil goncang2 bila dia sebut "shake shake shake". 

Perot da kenyang keter gegar2 teros tetido. Bagus bolehla mummy nap gak.

B4 that amik gambar luh la jap g tido confirm shawl snget2

Umar tido sejam je. Dlm 11.30 dia da bgun. Kita dalam jamm lagila umar. So aku suapkan dia nasi with sup ayam + sayur. Bau sup umar menyebabkan kitorg pon da lapar so kan sng mkn je burger yg aku buat. Takyah buang masa stop kat r&r. Save budget n masa. Jd mak camnila. Knr plan byk benda. Laki ada pk semua benda ni? Ada pk pasal bekanan anak. Susu anak. Extra diapers knr bawak baper. Allah jadikan perempuan ni mmg cukup sempurna. Sbb apa? Sbb kita mampu multitasking n fikir byk benda at the same time. Bila penat, take a break and take a deep breath. Kdg2 husband x positif x faham xpe, yang penting ko tau apa yg ko buat tu betul. Kalau rasa penat nak argue lebih2, diam je n senyum. Allah tau...

Sorry bebel. Hehe x de sebarang gadoh pon spnjang perjalanan. Jgn salah faham tau :). Ok back to story. Itinerary mmg ikot plan aku. Kalau aku tak buat research nak g mana n dok mana, ntah le..... Alhamdulillah segala perancangan kali ni sempurna bagi kitorg. 

Hasil baca blog orang, aku rasa day 1 sempat buat benda2 ni:-

- Ladang teh boh bharat tanah rata
- Lavender garden - tringkap 
- Big red strawberry farm minum ptg
- Check in hotel
- Pasar malam brinchang


Lavender Garden (2-3ptg)
Sampai cameron dlm pukul 2. Aku ajak husband g Lavender Garden dulu sbb takot ramai orang. Plus ramai ckp tempai ni wajib pergi. Masuk adult sorg RM5. Bawah 3 tahun free. 

First impression aku bila masuk, eh nape lagu cina jinjang berkumandang. Nape byk tanglung cina? Rasa macam masuk kebun owner cina pon ye. Aku imagine tempat dia luas. Tp in reality berbukit n nampak cramped. Bila aku nak kuar baru aku terfikir ohs mebi sbb nk raya cina kot. Thats why decoration dia cmni. Tapiiiii garden ngn tanglung cina wey x masuk. Ni bukan shopping complex. Haha ada owner dia kisah? Janji korg bayo masuk tempat aku! Agaknye la cmtu dia pk... Bagi aku okiela. Tak meet imagination aku so a bit disappointed di situ. Tempat ni best la untuk bergambar. Aku malas nk crop2. So ada gambar yg ada tanglung cina tu korg tgok n feel x lavender yg cantik tu? 

Skirt aku tu terbalik x sempat aku nk betulkan sbb umar nk melekat awal2 mood dia belum panas.

Btw cuaca panas ok tak sejuk langsung. Okla dia berangin je cmtu. Maybe sbb aku g bulan 1. Kalau bulan 10-12 kan musim hujan mungkin sejuk. Musim hujan xya la korg turun cameron. Bahaya tau sbb ada area tanah runtuh tu kan... Bagi aku just nice la cuaca cmni. Sng nak berjalan. Biar panas la bagus kan. Kalo ujan, agak nye dok dlm hotel je.

Bila mood umar da panas, nak berjalan je. Ko tgok tanglung merah tu... Eee sakit ati tol rosak fefeeling nature cantik.

Suh ada budak amikkan gambar bertiga.

Camni baru la cantik shot aku amik hijau semata! Hehe

Umar, action! Hehe


Rate tempat ni: 3/5. Kawasan dah cantik. Just tanglung cina n lagu cina tu je buat slack feeling.

-----------------------------------------------------------------------

Bharat tea plantation - (3-4 ptg)
Masa kitorg sampai sini pelik eh nape mcm takder org. Rupanya bharat tea ni ada 3 cawangan dlm cameron. So yang kitorg g ni mungkin x ramai sgt org. Bagusla. Best lepak tak ramai org. Sbb da lunch dlm keter, barula leh feel minum ptg ngadap ladang teh. 


Kopi coklat yang sedap makan dgn kek choc indulgence. Alip nye coffee biasa2 kot. Total adalah dlm RM21 kot.



See tak ramai org. Best la mmg fefeeling minum sambil tgok ladang teh.

Jemput buat macam rumah sendiri umar... 


Tak naik smpai atas pon. Just amik gambar sikit2 sbg kenangan.




Rate 4.5/5 sbb tenang n tak crowded. Kalau menu tu buat proper lagi bagus sbb org mcm aku mana la nak tau teh apa yg patot rasa kat situ kan. Kitorg lepak sini adalah dlm 45 minit gak.

-----------------------------------------------------------------------

Big Red Strawberry Farm (4.30pm-5.30pm)
Lepas g bharat tea aku suggest husband g terus big red strawberry farm sbb dia kat brinchang. Tp husband kata nk check in dulu sbb takot dpt bilik tak best walaupon da bayar bilik tru on9 kan. Hurms ok la aku ckp if setakat register ok la. If dah bawak naik brg nak turun balik mesti malas. Aku assume jalan nak naik ke hotel copthorn which from tanah rata to brinchang akan jam sbb aku baca ramai kata jam tp rupanye ok je. Malah x jam langsung. Amazing. Umar pon tgh nap dlm keter. So husband je kuar g check in. Dlm 15 minit settle. So kitorg terus g Big Red Strawberry Farm. Terletak 5-10 minit je dari hotel if tak jamm. Again kitorg lucky sbb tak jamm. 

Kat sini a bit tough nak dapat parking 2x pusing baru dpt spot parking. Jln a bit curam and all but nama pon kat tanah tinggi kan hehe redha je la. Bgun kan umar n tros menuju ke cafe. Sbb nk makan scone or waffle or whatever la. Tapi umar taknak duduk makan. Dia nak berjalan so sementara husband order, aku pon bawak la umar berjalan. Semputnyeeee sbb dia berbukit sikit jln nye.



Suka la tu tgok fish. Kejap je pastu g kat husband balik nk mkn waffle nyum2.

Ice cream da cair sbb aku berjln lama sgt ngn umar. Try suapkan umar sikit tiba2 dia muntah. Rasanye perot dia da start masuk angin plus jln kat sini kan memeningkan. Tp dia muntah kat husband haha emo gila laki aku. Grrr naseb aku tak paksa dia beli tshirt gambar strawberry hihi. Sape suh bawak baju cukup2. G holiday kena la bawak baju extra kan. No?

Tp budak tu mood dia ok je. Aku mkn cpt2 n kitorg amik gambar sikit kat dlm ni.


Umar, mana duck??

Aku lupa amik gambar ngn pokok strawberry la. Laki aku tu jenis nak cepat je kjr nye. Tengok2 da turun bukit ngn umar. Taknak la aku selfie ngn pokok strawberry sorg2 hahaha. 2nd day laki aku knr sound ngn aku "kata g bercuti tp nak cepat je macam mana nak enjoy scenery". Hehe yerla xde benda nak rushing sgt pon sbb just nice dah plan g all the places ni.

Kat sini kan....aku kan....

...terlanggar laki baju oren kat belakang tu dia hampir jatuh tangga okieee. Hahaha tp aku dah say sorry dah. Kan da ckp kawasan kat sini curam byk tol tangga so knr berhati2. Hehe laki tu mula2 bagi pandangan tajam kat aku tp dia senyum pas aku say sorry naseb baik. 

Overall 4/5 gak rate aku kasi kat Big Red Strawberry Farm ni sbb dessert dia sedap plus umar pon happy dapat tgok fish n berjln dlm ni. Walaupon ramai org tp takderla sesak sgt nk amik gambar ke apa. Tu pon x g bahagian cactus sgt sbb malas. Hehe

-----------------------------------------------------------------------
Dinner at Fendi Steamboat, brinchang 

5.45pm - bawak barang naik bilik hotel. Sambil rehat, mandi n solat. Umar looks so happy running around, jumping on the bed and mandi buih dlm bath tub. Pukul 6.45pm kitorg da gerak nk g dinner sbb makanan umar yg aku bawak da basi. Sup nye ok. Nasi nye da basi plak. Sabar je la. Berdoa tak jamm sbb nanti sian umar lapar. Kitorg mkn steamboat kat Fendi steamboat. 

Baju sejuk umar ni beli masa aku pregnant kan umar. Time tu beli kat hnm tgh sale murah gila adalah dlm RM15? So aku ckp ngn husband time tu by the time umar muat baju ni kita kena g London. London ko..... Hahaha cita2 mak ko ni mmg tinggi. Takper berangan tu free.

So food kat sini, 1 pax RM20. Order sup ayam untuk umar. Naseb umar behave makan.

Alip bandingkan makan kat sini ngn johnnys! Alahai mestila jauh beza kan. Standard la business kat tempat peranginan dia x pk quality janji untung! Sbb ada tauhu tu kicik2 dia potong 4. Muahaha tp sup ayam umar sedap. Nyums. Aku ok je makan kat sini sbb umar behave kan. Tp alip x suka sbb dia kata mahal x berbaloi ngn harga. Bila pk balik, yer betul mmg pricey. Hehe so korg pepandai la google tempat makan steamboat murah dan sedap dan banyak di cameron. Mungkin jumpa info yang lebih baik. Kitorg malas nak cari2 sgt. First restaurant yg kitorg jumpa tuh la yg kitorg g hehe.

-----------------------------------------------------------------------
Pasar Malam Brinchang
Lepas dinner tros g Pasar Malam Brinchang. Sbnrnye aku malas g tempat2 cmni sbb ada la malas untuk dukung umar secara bergilir2. Sini x sesuai bawak stroller sbb jalan berbatu2 n tak rata. Redha je la. Beli ball strawberry umar, cendawan goreng n some potatoes untuk family members alip. Tak beli sayur ke hapa sbb plan nk beli kat kea market the next morning.

Ok la pasar ni. Tp next time aku malas g sini kot haha. Jgn ikot aku. Aku mmg malas sbb dukung budak kicik. Penat. Yerla g bercuti kan nak rehat2 je xnk penat2. Tu belom cter pasal kea market esoknye. Hehe pas g pasar ni kitorg balik n tido kat hotel.

Kunun bijak la letak umar dlm ssc snugbaby ku. Tp umar tu da 1 tahun 8 bulan ye. Reti plak dia dok diam. Adala dlm 15minit je dia dok dlm tu pastu sebok nak kua. So aku pass to daddy dia. Pastu alip pass balik kat aku. Haha sabo jela.

Day 2 sambung nanti kie.

Umar dan bola strawberry nye. Suka sgt dia main dlm bilik. Umar kan mmg gila ball! Hehe
1
Feb

Bercuti di cameron highland - hotel

Haha gila tajuk mcm karangan sekolah abes.
Ada reason nape letak cmtu. Sbb bila aku google for info tmpt nk g kat cameron, bersepah2 info. Of course ada yg complete gila ada yg pening den membacanya. Aah aku first time g sian tak haha. Family aku bukan org sng nak g vacation sana sini dulu2. Masa kjr dulu2 pon tak smpt bercuti ngn member2 sbb sebok nak kumpul duit nak kawin. Eeh panjang plak intro. Sbb ada baca sorg blogger ni tulis kat blog dia, "ada ke org yg tak pernah g cameron lagi?". Berulang kali aku cuba baca dgn nada positif tp gagal. Whatever.

So plan and hotel booking was made a week before.
Tu pon husband 50-50 nk g jap xnk g. Pastu aku ckpla takpela kalo ada hotel best n murah bawah RM200 inc tax then kita pergi. If lebih, then takyah. Sbb agak last minute kan sure hotel nye rate jadi mahal. Btw byk je hotel kat situ rupanya. Byk sgt so ikotla budget n preference memasing n apa tujuan pergi. If pergi nk berehat bersantai nak hilangkan stress kjr yes u need nice hotel. If nak spend masa dgn family members/ family gathering/ reunion with friends, then better la amik homestay or apartments. Baru la best boleh borak2 kan. 

Hotel
We stay at Copthorn hotel di Brinchang. Was known as hotel Equotarial before but tukar nama after tukar management. Mmg puas ati gila. Mula2 da cuak sbb book dulu baru baca review. Total cmpur tax is RM190 book tru agoda inc breakfast. Kitorg tidur here for 1 nite only. Kat area brinchang tu jauh gak dari kawasan kedai2 makan halal. So kalau nk book hotel copthorn ni better la dgn breakfast sekali. Husband kata x byk org duduk kot. Sbb dorg upgrade free kitorg nye room to Duluxe with balcony. Katil je la slack sikit sbb jenis 2 katil single. Tp ok je xde hal la. Mmg rezeki ni. Btw hotel ni pon ada apartment service sekali. Rate tatau korg pepandai google or check kat agoda kie.

Ada astro channel semua. Confirm x boring.

Oi yang paling penting wifi dia laju!

Tapi ada orang kata ikot naseb. Kalau korg dapat yg bilik lama, so maybe bilik tak se best cmni. Umar mmg puas ati dpt berlari2 dlm bilik lagi plak bila da cantum katil. Cukup ruang untuk dia kick ball dia.


Paling best sbb ada bath tub! Yey boleh la umar mandi buih haha

Anak aku kan jakun takot swimming kat swimming pool. So nak kasi dia berani sikit mula kan dengan bath tub. :p

Hotel2 kat cameron most of it takder aircond kie. Sbb mmg sejuk. Lelagi hotel kitorg dok ni paling atas. Tp still ada kipas. Kitorg bukak je fan tu haha. Mmg tido tak nak bgun plz. :p

Breakfast kat sini pon sedap. Ada nasi lemak, croissant, roti bakar, pancake, eh memacam la! Cuma aku tak berapa dpt menikmati mkn laju2 sbb umar cranky pepagi. Tp sempat la aku tapaukan dlm tissue untuk dia. Hehe umar ni mood da ok baru dia nk mkn.  Husband la yg enjoy makan betul2. Tp ok la sbb dia yg tolong amikkan semua food aku.

Overall hotel ni mmg kasi 4/5 la! Maybe next time if ada rezeki lagi nak tido hotel lain plak. Saje la kan kata hotel bykkk.



Ok nanti2 sambung lagi. Pasal aktiviti kat cameron plak.

Gambar sebelum g breakfast pepagi kat balkoni. #nofilter #takmandilagi #sejukgiloks 

Haha ngader je nak hashtag kat blog! Btw aku update cepat2 sbb aku tau kalau tak update skg sok lusa aku da malas. Mcm cter honeymoon aku yg ada part 1 je dlm blog ni hahaha.

Info tambahan pasal hotel ni:-
- hotel ni sebelah je dgn kea farm/ market tu. 
- dekat dengan pasar malam brinchang yg famous tu tp still knr drive ke situ la. So korg takder la stuck dlm jam if this 2 places dlm agenda korg.
- dekat dengan 'Big red strawberry farm'. So if nak g big red strawberry farm ni seeloknye before check in hotel or after check in hotel or day 2 after keluar hotel. Kalau korg tido hotel ni la.