Umar Bersunat/Berkhatan

Dari awal lagi kitorg sepakat nak sunatkan umar dari baby sebab ramai cakap if masa baby tak sakit sangat and senang dijaga berbanding bila dah besar nanti.
So lepas abes pantang, aku pon start survey katner murah and leh sunatkan umar.

Harga2 yg aku survey:-
Tropicana medical centre - RM2K++
Hospital Pantai Bangsar - RM1K
Annur Bangi - RM800++
Azzahrah Bangi - RM290

Korang rasa yang mana aku pilih?
muahaha mestilah yang paling murah.
Semua pon pakai jenis ring tuh. alamak aper ntah term dia aku tak hingat.

So hari yang dinantikan tiba last Saturday means umur dia 2 bulan setengah.
Sumpah aku rasa nervous gila.
Umar plak good mood ceria di hari raya je dari pagi.
Sampai Azzarrah tak ramai org.
Rupanyerh ward dia jenis selak2 kain je.

Aku taknak cter lelebey haha sbb aku ngilu/trauma a bit dengar jeritan batin anak sendiri.
hahaha rupanyerh bius setempat patotla si umar still rasa sakit.
Balik dari sunat, dia nangis non stop kesian sgt susukan pon dia still nangis.
First time aku tgok anak aku cmtuh. Kena dodoi2 sambil jalan gilir2 aku n alip.
Bila kitorg letak n baringkan je atas katil, dia nangis.
huwaaaa siannyerh anak aku.

Last2 aku lap2 dia sbb dah petang tukarkan baju tido, pastu dodoikan lagi.
Mak mertua aku dtg tolong dodoikan sampai dia lena betul n bila letak atas katil kali ni dia tak bgun n tak nangis. lega.
dia tido straight 4 hours. Kol 11 mlm dia bgun sambil tersengih2 dah.
Alhamdulillah.
Takder komplikasi setakat harini.
Bertambah ceria si umar ni adala.
So umar cuma cranky half day je after bersunat.
After that everythg seems ok and easy.

Masa dia nangis tuh aku dah trauma n dats it rasa ni lah last anak laki aku nak n last aku nk sunatkan masa baby.
Tapi mlm tuh bila umar ok n gelak2, haha aku rasa ok je lepas ni if dapat baby boy lagi.
Aku still akan sunatkan masa baby cuma akan pilih yang mahal itu yg 2k or 1k aku akan pilih bius penuh instead of bius setempat.
Ayah aku cakap tuhla beza harga2 tuh. Beza bius dia byk or tak.
agagaga damn sian umar. sorry umar. mommy being cheapskate.
Anyway harini dia genap 3 bulan yeyeyey big boy already.
Tp checkup terpaksa ditunda senin depan sbb hubby outstation seminggu.
Ok la tuh by the time ring kat 'anu' dia dah tercabut hehe.

dengan sepupu dia Mikail before g bersunat

 Ok, im ready Mummy!

 I luv how clingy u r to me

 Suka tengok Barney. Actually aku tatau nak bukak apa yang lagi best dari Barney time nak tinggal2kan dia jap sementara lari ke dapur, solat etc. any suggestion?

Suka sangat orang bawak dia g jalan2 kat luar skg. hehe nantila kita g park kie umar. tengok burung. tiger. elephant mcm dalam barney tuh. barney lagih.




Cerita berpantang, WFHM and cerita raya kita

Aih, buhsan tgok blog bersawang.
Tapi bukan mudah untuk update blog.
Sejak duduk di rumah, macam2 benda nak buat.
Tapi rumah takderla berkilat sangat pon wakakaka masih bersepah.
Im still struggle being WFHM. Before this this SAHM la sbb tgh pantang. Dah abes pantang tukarla title. :p

Breastfeeding journey
Alhamdulillah dah 2 bulan setengah pon umur si Umar.
Semua benda makin mudah.
Menyusukan dia tak sakit n dah berjaya fully breastfeed smpi skg.
Susu pon da byk (kot) sbb bila setiap kali pam dapat 4oz.
Tp sbb byk direct feed (DF) baby, maka kita pam 3x je sehari. Kadang2 2x. Ikot rajin.
Nak dapat 4oz senang je. 1 breast guna untuk DF baby, satu lagi simpan untuk pam.
Contoh bila malam, kanan tu untuk susukan baby. Kiri jangan guna. Kol 8 pagi pamla belah kiri plak.
Confirm dapat 4oz.

Faktor pemakanan n minum pon depends gak.
Kita da tau milk booster kita horlicks and jus kurma.
So memang hari2 minum ni.
Skg ni balik dari raya, 2 hari je tak susukan umar pakai botol sbb malas nak unpack barang, malas nak strelize botol masa balik, jd nyerh kasi direct je la. So semalam akhirnyerh umah pon dah bersih, dah strelize, rutin pon dah kembali semula.
Tp si umar plak reject botol. Pulakkkk. nangis2 taknak. terpaksa la buang begitu sajer. Dah 8oz membazir begitu sajer. Rasa cam malas nak mencuba lagi. sbb takmo bazir sigh anakku.
So meantime DF je la nanti esok kita cuba lagi. tp lepas ni aku nak try kasi 1oz je dulu tru botol kalau tak membazir susu2ku.

kurma madu - milk booster

Cerita berpantang
Ok kita flashback cter berpantang sekejap kie.
Masa pregnant beratku mencanak naik hampir 20kg.
gila tak.
68 kg berat last.
Berat b4 beranak 50kg.
Tapi kita positif je la.
Orang kata if pregnant baby boy mmg makan byk.
Baikla lagipon baby sihat kan.
So kat bp kita berpantang pakai tukang urut je.
Mula2 pakai sorang makcik ni tp dia urut tak best pon. 3x pakai dia.
Sekali dia urut bayar RM35.
Kat batu pahat, semua makcik2 ckp bayar ikot ikhlas.
agagaga kalo kat kl tak dptla nak harga ikot ikhlas kan.
Then makcik ku pon recommend lagi sorang tukang urut, jiran dia - makcik rahimah. best wooooo dia urut.
best sangat. dia sanggulkan rambut pon best. sesape yg dok batu pahat, kalo nak no dia tinggalkan email kie. nanti kita bagi.

then kita continue berpantang kat umah sindrik kat damansara.
Mmg dah book natalis beauty ni since my friend recommend dia.
MMG BEST SERVIS DIA.
hehe caps lock lagi.
cuma harga je la mmg kejam mata je la bayar. kata body nak pakai lama kan.
I amik Pakej Permaisuri.
So my confinement lady name is Bibik Mai.
If korang nak pakai servis dorg nak pakai confinement lady yang sama ckpla nak bibik mai.
Dia buat kjr lajuuuuu, masak pon sedap mcm mak kita masak.
Pandaikan tidurkan baby.
Yang penting dia urut sedappppppp sangat sampai tetidooooo.
If ada duit lebey bayarla untuk dia tido umah sekali.
I tak amik tido sekali sbb nak save budget hehe.
Cuba tgok blog dia, dia tgh buat contest saper beranak tahun ni leh dapat pakej confinement free.
uikss rezeki uolls la tu. Pi masuk contest tuh cepat.
Siyes, if aku pregnant kali ke2 pon nak pakai servis dorg tp nak bibik mai je yang jaga aku hahaha sbb dia urut sedapppppppp sgt. susu aku pon byk lepas diurut.

Ohs berat aku lepas berpantang adalah 58kg.
lepas raya turun jadi 55kg.
Lagi 5 kg je harus dihapuskan.
Okla tuh. orang kata jangan tamak :p
bersyukur.

WFHM
Ok nak dijadikan cerita, 2 bulan sebelum aku beranak, company aku announce nak tutup company.
WUTTTTT?
takper mungkin memang dah ditakdirkan aku kerja dari rumah.
mmg impian aku pon nak besarkan anak sindrik.
lepas discuss ngn husbandku, dia pon agree aku dok umah sambil wut kjr2 yang telah kami berdua plan.
Apa benda nyer, masih tgh menyiapkan. Insyaallah by October nampak la hasilnyer.
Memang mencabar ok buat kjr dari umah since umar masih kecil n memerlukan perhatian yang tinggi.
but it's ok if other moms can do it, i can do it too.
Plus dia semakin menyenangkan untuk dijaga. He's so adorable too. With that face, aihhhh, im willing to sacrifice anythg for him.
Even the luxury of buying more online dresses.
Kena berjimat as we dunno wut will happen next rite.
Plus benda yang aku plan pon blom siap lagi.
Semoga dipermudahkan.

Cerita raya
Raya sebelah side aku tahun ni kat Johor.
Best. sbb pergi balik dari kl to bp tak jam sangat.
3-4 jam je. aku tido ngn umar kat belakang hahahaha.
tp kena bebel ngn husband ku sbb bawak barang byk.
Dah nama pon baby mestilah barang baby lagi banyak dari mak n bapaknyerh.
Yang best tuh kemeja husband yang dah beriron semua tertinggal kat damansara hahahaha.
Sedar tertinggal pon time tuh dah kat seremban.
Terpaksa la di malam raya g parkson kat bp beli kemeja2 dia.
Takkan nak pakai baju melayu for all 3 days raya? agagaga.
Baru ada sorang anak ok, baju husband da tertinggal.
Tahun dpn wajib buat checklist.
Raya best tp penat. Umar pon ok tak buat hal petang2 je dia nak bergayut bukan main lama. sabo je la.
Naseb by the time dah nak abes beraya.

Gambar raya kita. Nanti nak frame la kat rumah baru. hehe.

with our parents

ni adik beradik pompuan. adik lelaki not in the pic

G beraya mmg bawak je carrier maxi cosi ni. Sng. Sebenarnyerh takya  maxi cosi sgt pon takper mcm akak aku pakai u-baby tuh, si aisyah tidur nyenyak je. tp tak jumper plak brand ni kat kl. arituh try gak usha yg brand biasa2 je harga dah 200++. kualiti so-so sbb tu beli maxi cosi ni.
akak aku beli 100 lebey je kat bp, quality bagus ok. cushion dia pon nampak tebal. sabo jer la.


So tuh je la update nyerh. Enjoy the pics kie. Dari si umar umur 1 bulan stgh sampai umur skg.

 ni masa sebulan stgh masa lepas cukur rambut

 haha malas nak rotate gambar

 kalo dia in deep sleep buat la aper saje dia tak heran pon



 Masa 2nd month checkup n kena cucuk. Berat nak dekat 6kg.


 ngn sepupu sebaya dia, aisyah
Tinggi tau si umar ni aku rasa ikot tokzu dia. mak aku tinggi. belah alip smer comel2 je.
aku n alip lagila pendek. hehe aku pendek pon ikot atuk aku.

 masa g beraya here n there




 skg da suka ckp and senyum n gelak

 abaikan sampah2 kat belakang tu. time ni masa kemas umah nak raya



Skrg baju newborn da tak muat. nak kena simpan dlm kotak untuk bakal adik dia nanti. :p
Romper 6-9 bulan pon just nice at his body. Sigh i luv seeing baby in rompers.
but it's ok umar. I know u r 1 healthy baby.

okla nti kita sambung lagi k.