Ni copy paste dari website ni je:-
1. Engages - dah
Engages merupakan salah satu tanda nak bersalin tidak lama lagi. Anda mungkin perasaan bayi anda telah dipindahkan ke bawah lebih rendah di dalam abdomen anda. Untuk ibu kali pertama, bayi mereka mula engages dalam tempoh 2-4 minggu sebelum EDD anda. Untuk ibu kali kedua dan keatas, mereka sering mendapati bayi mereka tidak engaged sehingga kelahiran bermula. Ini disebabkan oleh otot pelvis telah pun diregang. Anda mungkin berasa “kosong” di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.
Ni dari aritu dari week 34 dr kata dah engaged. Alhamdulillah.
2. Kerap membuang air kencing - dah
Perut anda yang semakin membesar, berat dan kepala bayi terletak di bawah tengah tulang pelvis anda dimana berdekatan dengan pundi kencing anda. Oleh itu, anda kerap membuang air kencing disebabkan oleh kepala bayi menekan pundi kencing anda merupakan salah satutanda nak bersalin yang sering berlaku.
Hampir 3-4x terjaga tengah mlm utk g toilet je. Tapi bagus gak senang nak bgun untuk solat subuh.
3. Sakit belakang bahagian bawah - dah
Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah, anda rasa sakit di belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregangkan lebih.
Dari week 34 memang da sakit belakang bahagian bawah. Lately makin menjadi2.
4. Kontraksi Braxton-Hicks - dah
Anda mungkin berasa kontraksi ini semakin kerap dan semakin sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1 atau 2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraksi ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi kedudukan atau mula berjalan.
Ni la kot yang aku alami skg. huhu tp dulu masa period selalu je period pain and cramp. so bagi aku skala yg aku alami skg ni cuma 1/10. Bearable. Tapi mmg rasa la sakit tuh mcm mengecut n meregang.
5. Cirit-birit - dah
Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda nak bersalin.
Tatau nak cakap cirit birit tp mmg kerap buang air besar dari minggu ke 33 lagi. Satu hari lebih kurang 3x la. which is good la kan.
6. Keputihan - dah
Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.
Ni baru start dari smlm.
7. Lendir pekat dan pendarahan (bloody show) - belum
Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mukus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.
8. Air ketuban pecah - belum
Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Anda harus menghubungi doktor anda segera apabila air ketuban anda pecah. Kebanyakan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi yang mungkin.
6 tanda dah ada. Lagi 2 tanda je belum ada. Dah week 37 pon. It's gonna be soon!
Second Seconds
1 week ago
2 comments:
I bersalinat 37weeks. heeee.. good luck. semoga dipermudahkan semuanya. ;)
Cik Hazz: amin! hehe tq Puan Hazz. hehe kena tukar dah title tuh.
Post a Comment