False alarm - long entry hehe

Skg aku dah 38 weeks.
Masa dpt notification dari baby centre last week, they advice weekend lepas g la luangkan masa berkualiti ngn husband since baby boleh kuar anytime je dari skg.
Tolak sikit pening2 persiapan utk baby.
huhu so byk lah to do lists aku da senaraikan untuk ari sabtu.


Hahaha ntah paper to do lists aku kan.
'Quality time' la sgt ngn husband.
Didn't it suppose to be 'going out for movie with husband' and 'kind of candle lite dinner?'
nayy hehe i think sumtimes kena b practical.
Every moment spend ngn husband adalah our quality time together.
Aircond kat bilik tetamu dah a bit leaking. Aku btau husband sian if parents aku dtg nk lawat aku, bilik tuh super panas ok even ada kipas syiling.
So alang2 carik la orang yg leh servis smer aircond kat umh ni.
Alhamdulillah berjaya jumpa yg paling murah n they willing to come by monday morning.
Both of us cuti so okie la.

Then mcm cari kain baju raya husband tuh, aku la worry lelebey.
Yerla aku imagine pas aku pantang tros bulan puasa, saper nk buatkan baju raya dia?
Aku tak risau langsung pasal baju raya aku. Paling susah pon aku masuk je fashionvalet.com or zalora.com or nurulwonders or si jezmine or the list goes on. huhu aku benci sket buat baju aku custom made sbb smpai skg aku tak jumpa tailor yang best. mesti je ada adegan nangis2. Dah 2 helai kain mak metua aku kasik rosak disebabkan tailor. pfft
Tp baju raya suami wajib ada sehelai buat kat uncle jahit baju yg dia sker kat kajang tuh.
Raya pertama harusla hensem bergaya. hehe terpk nak beli kain lebey buat baby skali tp baby baru 3 bulan. Takkan nk buat rompers pakai kain baju melayu? huhu takperla. Tgok size baby nti beli baju melayu siap je kie. Excited nak raya oit!

Lepas dah cari orang servis aircond, beli kain baju melayu dia kat gulatis je since thats the nearest, g the curve jap bli network card, sambung g ou plak.
Haha aku dah teringin sgt mkn kat Fish & Co.
Lagipon dah lama tak date mkn sini.

Seafood platter! nyums~


 Pas dah jln2 sikit kat ou, time to balik.
Dah nak beranak kan bagus jalan.
Tak sakit kaki ke? Masa tgh jalan tak sakit. Bila masuk keter je, amik ko. Baru la rasa sakit bontot kaki smer muahaha.
Mlm tgok movie kat tv je. Cter King Kong. hahahaha kunun nak donlod la aper la.
Tp malas nyerh aku nk carik cter yg best2. Aku tgok King Kong nk dekat habis, husband manage tgok separuh je pastuh dia tetido dpn tv. Nampak sgt sure dia penat jalan ke sana sini siang tuh.

Datang tanda
So ahad, pagi je breakfast kat luar pastuh hari melepek di rumah. :p
Actually aku sebok basuh baju n kemas aper2 yg patot sambil lipat kain.
Aku kalau leh nk berpantang without worries.
Lepas sebuk kemas2 umh, call my mom smer aku rehat2 la dpn tv.
Time tuh aku rasa sakit perot ala2 senggugut.
Aku rasa tuh la contraction kot.
Tp jap je. Lepas 5-10 min dia ilang.
Then diikuti dengan pergerakan baby yg sgt kuat.
Adoi skg dia men tendang2 tulang2 aku da.
Aku rasa sure da sempit sgt dlm tuh.
Aku usap2 cakap ngn dia, if nak kuar bagi sign kie. Mummy and Daddy kinda ready.
Pastuh masa g toilet dlm kol 6 tuh, aku tgok ada 'show' darah coklat mcm first day period.
Tak sikit dan takder la byk sgt.
But mmg obvious tuh darah.
Haha cuak okie teros ckp kat husband. "Yang, i dah ada show"
Cuak husband aku. Tros buat air selusuh utk aku. :p
Tp aku cakap, rileks sbb takder contraction yg kerap tuh pon plus tgok blood show tuh datang balik tak.
Aku call mak aku bgtau pasal benda tuh mak aku kta tunggu smpai contraction sebenar yang kerap tuh.
n then contraction datang balik kol 7, 10 and 12mlm.
Sbb sok isnin mmg appointment checkup ngn dr aku, so kitorg plan tunggu je la smpai sok.
Mlm tu aku tido ok je. Sakit tuh tak kacau aku. Malah not as painful as senggugut pon.
I know it's Braxton Hicks or False alarm.
But husband sangat comel.
Setiap kali aku terbangun nk g toilet, dia tanyerh aku ok tak. Ada sakit tak.
Sangat concern tau.
 
Ari isnin lepas orang aircond servis airconds, abes umh bersepah balik.
So husband la kepenatan sbb dia tolong vacuum, mop lantai smerk.
Ohs sbb sikit punya cuak ingat nak beranak ari isnin or selasa, kitorg beli barang dapur sikit kat tesco on9.
Haha best gak orang antar barang dapur pakai lori.
I luv on9 shopping but never thought for barang2 dapur but this is great ok.
So aku pon sebuk la simpan smer barang2 yg da beli dlm peti ais.
If family aku ada kat umh, at least dorg takla asik knr tapau food je kan.
Kat tmpt aku tinggal ni bukannyerh dekat nk tapau food.
Banyak kedai tp jam nyerh menci je.
So at least mak aku leh la masak aper2 yg patot kot if aku stranded kat hospital 2-3 ari.

 Label cmni senang la if mak aku nk amik barang

 Beli stock bawang byk. Bawang merah kecik takya beli byk2 la. Aku selalu masak pakai bawang besar n bawang putih je. cpt n sng.

Checkup 38 weeks
Baby pon dah full term.
Semalam checkup aku kat tropicana medical centre.
Skg dah kena g every week sekali.
Makin murah plak charges dia. Alhamdulillah baik tol dr tuh.
Kitorg dah bawak bag sepital siap2 dlm keter sbb takot kena check VE --> takot kena warded.
Tp dr check kata lom lagi.
Semua yang aku face tuh adalah false alarm.
Baby in good condition.
Dr puji pandai aku control makan sbb berat naik 400g je in within 2 weeks.
Means berat baby now 2.9kg.
Dr assume if baby kuar within this 2 weeks pon still 3kg max.
Alhamdulillah if betul.

Padahal aku tak control makan pon. hahahaha aku cuba control day 1 lepas dr suh control arituh.
Pastuh lupa daratan. Makan je apa aku nk. Makan ice-cream tak everyday tp 2 hari sekali.
Tp sebab kekerapan berak semakin menjadi2, so aku rasa makanan tuh tak sempat simpan dalam badan.
Plus i keep telling my baby, "Baby jgn gain weight byk sgt kie. Nanti mummy susah nak teran"
haha i think he listen n help to press the 'berak button'. :p

Doctor advice bila tidur suruh baring mengiring ke kanan berdasarkan position baby skg.
Dr kata anytime je baby ni leh kuar. Just kena tunggu contraction yg betul.
Takperla baby. Mummy and daddy akan sabar menanti bila awak rasa time yang sesuai awak nak keluar.
As long awak sihat, selamat, cukup sifat.
So balik la kitorg ke rumah balik.
Husband sangat happy sbb penat mop 1 rumah tak hilang lagi kan.
He can have good rest that nite.
Im ok as well.

But my mom advice buat kjr2 rumah mcm biasa supaya mempercepatkan contraction.
So arini aku da start cuti so aku still basuh baju, sidai baju cam biasa.
Cuma pergerakan baby sungguh luar biasa.
Nampak dia makin tak selesa dok kat dalam.
Diselangi contraction skit2 tp tak sakit n tak kerap.

Tp aku terharu ngn husband aku.
Masa ada 'blood show' on sunday tuh, aku pon check n pk la barang2 nk bawak ke sepital dah ready ke.
Pastu baru teringt yg medela freestyle aku nyerh plug tuh tak beli lagi dia nyerh connector. taktau la aper nama nyerh tp plug dia bukan normal.
Time tu gak husband aku g kedai belikan. Padahal dah kol 10 malam.
Siap isi minyak keter full. Sbb dia takot aku nk terberanak mlm tu gak.
Lagi2 plak akak ipar wutsapp confident ckp aku mungkin beranak pas subuh.
Tp instinct aku kata belum.
Sbb melalui aper aku baca, contraction adalah sangt sakit tahap takleh tido kan.
Ni aku masih leh bergerak ceria2 je.

Dah aku nk smbung kemas rumah lagi. hehe
malam ni mungkin nk ajak husband kua jejalan kat ou lagi.
Cari benda2 kecik. harap dia layan. huhu mentang2 aku dah tak kjr. Harap dia tak penat la pas balik kjr.

Btw tadi aku baca la labour experiences and this link really touching ok.
Aku nangis 2x baca. Harap mommy ni tabah.



Diaper Bag idaman hati

Huhu tengok Puan Hazz buat entry pasal Storksak diaper bag dia yang cantik, teros teringt yang aku lom wut entry pasal ni lagi hehe.

Dari sebelum pregnant lagi, aku termasuk website http://www.petunia.com ni teros jatuh hati ngn collection diaper bag dia. Time tuh aku dah niat nanti if ada anak, im gonna get one!

Sangat berkenan dengan diaper bag yang ni.


Harga seperti yang tertera. Pepandai la convert.
Tp if orang yg jarang bertukar handbag mcm aku ni, kejam mata je la if betul2 nak. Jarang means setahun or 2 tahun sekali je aku beli tuh pon husband yg adiahkan or orang adiahkan. haha malas and kedekots tol nk beli sindrik.
So bila dah berkenan sangat, asik teringt2 je.

Prob nyerh if beli on9 dia cuma shipping to US area.
Sigh sakitnyerh ati. Dah la takder member kat US.
UK adala.
Saper di US nak belikan tak? huhu mana tau time puasa korg balik malaysia, leh la bawak skali.
Mesti cantik if masa raya bawak bag ni kan. Tukar diaper masa raya kat rumah orang pon sure takder masalah kan. haha alasan.

Fine. sbb mcm susah sgt bab shipping, aku pon cuba manage expectation aku.
Aku beli organizer baby diaper bag ni cari kat lelong. Tp link tu mahal.
Aku beli murah je campur shipping RM15. Tak jumpa dah link dia. pepandai la korang carik.
Sakit hati order pink, dapat baby blue.

Aku plan letak je la dlm handbag besar2. Dah beli dah pon.
So tersusun la sket isi kandungan handbag aku kan.
Tp handbag tuh spt tak memuaskan hati je sbb material dia jenis lembik2.
Handbag murah je pon aku beli bukan diaper bag.
Nanti dah isik ngn barang2 baby dlm tu masa baby lahir aku amik gambar kie.
Buat aku rasa nak beli handbag lain la plak.

Sigh ini la yg terjadi if u didnt get the one.
But i wont giveup.
Gonna find way to get the petunia pickle diaper bag soon! :p
or u guys have any suggestion on how to ship that pretty stuff to here?



Tanda-tanda nak bersalin

Ni copy paste dari website ni je:-

1. Engages - dah
Engages merupakan salah satu tanda nak bersalin tidak lama lagi. Anda mungkin perasaan bayi anda telah dipindahkan ke bawah lebih rendah di dalam abdomen anda. Untuk ibu kali pertama, bayi mereka mula engages dalam tempoh 2-4 minggu sebelum EDD anda. Untuk ibu kali kedua dan keatas, mereka sering mendapati bayi mereka tidak engaged sehingga kelahiran bermula. Ini disebabkan oleh otot pelvis telah pun diregang. Anda mungkin berasa “kosong” di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.

Ni dari aritu dari week 34 dr kata dah engaged. Alhamdulillah.


2. Kerap membuang air kencing - dah

Perut anda yang semakin membesar, berat dan kepala bayi terletak di bawah tengah tulang pelvis anda dimana berdekatan dengan pundi kencing anda. Oleh itu, anda kerap membuang air kencing disebabkan oleh kepala bayi menekan pundi kencing anda merupakan salah satutanda nak bersalin yang sering berlaku.

Hampir 3-4x terjaga tengah mlm utk g toilet je. Tapi bagus gak senang nak bgun untuk solat subuh.


3. Sakit belakang bahagian bawah - dah
Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah, anda rasa sakit di belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregangkan lebih.

Dari week 34 memang da sakit belakang bahagian bawah. Lately makin menjadi2.



4. Kontraksi Braxton-Hicks - dah
Anda mungkin berasa kontraksi ini semakin kerap dan semakin sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1 atau 2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraksi ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi kedudukan atau mula berjalan.

Ni la kot yang aku alami skg. huhu tp dulu masa period selalu je period pain and cramp. so bagi aku skala yg aku alami skg ni cuma 1/10. Bearable. Tapi mmg rasa la sakit tuh mcm mengecut n meregang.


5. Cirit-birit - dah
Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda nak bersalin.

Tatau nak cakap cirit birit tp mmg kerap buang air besar dari minggu ke 33 lagi. Satu hari lebih kurang 3x la. which is good la kan.


6.  Keputihan - dah
Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.

Ni baru start dari smlm.


7. Lendir pekat dan pendarahan (bloody show) - belum
Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mukus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.


8. Air ketuban pecah - belum
Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Anda harus menghubungi doktor anda segera apabila air ketuban anda pecah. Kebanyakan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi yang mungkin.


6 tanda dah ada. Lagi 2 tanda je belum ada. Dah week 37 pon. It's gonna be soon!




...and she's getting bigger and BIGGER

huhu i cant believe it that my due date change again to maybe around this 2 weeks from the latest checkup with my gynae.
This sunday, i will be already in week 37.
So ignore the ticker above.
The baby already engaged. and and and he's already 2.8kg in 36 weeks++. agagaga.

At first i feel all prepared.
But now i start to feel butterfly in my stomach.
It's not butterfly rai, it's your baby.

Baby movement is Alhamdulillah so far so good.
Suka sangat duduk 1 side lama2.
Kena marah dia, "Baby, duduk kanan sket please. Dudukla balance sikit. Nanti orang tengok perot mummy senget sebelah kan weird"
n he REALLY listen to what i said.
Isn't that miracle.
Not only that.
Everytime lambat makan, he will bergerak kat dlm ke kiri ke kanan macam memberontak gituh.
Hurms that one i tak boleh marah dia sangat since i know perangai saper dia ikot tuh muahahaha.
Then bila makan, dia pon dok mkn sama kat dlm kot coz i can feel the movement so strong.
Bila dah kenyang, memang dia tak gerak. Behave sangat2. Kalau tido lepas mkn sure ikot perangai ayah dia. :p
He luv fruits so much especially apple and watermelon.
Everytime i ate this 2, he will move around munching those things i guess? huhu
Hahaha this experiece is super priceless.

Few things that i notice nowadays as im getting fatter:-
- I cant get up from my bed without help of my husband. Can but really tough one!
- Kerap bangun tengah malam untuk ke toilet. Like 3x?
- Kerap terjaga tengah mlm sbb sakit belakang tidur mengiring lama sangat i guess

Dah dats all. Ohs yang paling baru aku baru tido terhempap tangan kanan aku. Sigh it hurts that i dun think i wanna cook this few days.

Anyway, im so thankful that husband being so nice to me during this pregnancy stage.
Now im 36 weeks++ i feel like princess even more.
He almost never fail to massage my legs every nite since week 33. (bcoz i always got leg cramps in middle of nite during timester 3)
Only when he busy doing our freelance project, i told him, it's ok ill do it myself. (tho aku sapu je pon bukan massage. tak sampai dah pon nk urut betul2 sindrik)
I know benda ni kecik je, tp aku terharu sbb when he massage, he really do it properly. Smile at me and all that. It always make me want to cry everynite. Semoga Allah membalas jasa baik beliau. hehe

 Thank you for still being u even tho im in xl size now :p

when im lazy to cook, he will cook without complain.
My best friend asked me that day, so how after this?
Will your husband help you to take care of the baby later?
Change the diaper and etc?

I dunno but sumhow i believe he will help me alot with the baby stuffs since he already did great job when im pregnant.

My preparations for deliver baby:-
  • tengok byk video2 youtube on the breathing technique. any mothers want to give tips?
  • baca byk experience korang masa deliver the baby. hehe rajin aku godeh blog korang tau.
  • siap dah pack barang hospital and barang nak bawak balik batu pahat. Im gonna do my confinement there for 2 weeks then continue berpantang di rumah for another 2 weeks.
  • banyak baca alquran and surah2 yang digalak untuk diamalkan semasa pregnant dari awal pregnant lagi. (surah maryam, yusuf, lukman, yassin)
  • start pakai vco dari week 33 lagi at least 5x per day. i siap letak dalam container kecik untuk bawak g opis lagi (again trust me this vco really goooood. bagus utk perhubungan suami isteri jugak.) Nanti ahad ni since dah week 37, im gonna start consume from it.
  • n paling takleh blah dah kena telan 3 jenis ubat salindah sbb dah masuk week 36++. nk muntah dah tekak aku kena telan byk sgt benda

Apapon aku rasa aku dah cuba terbaik semasa mengandung ni. Minum susu, jaga pemakanan (jagala sangat haha), n do all those stuffs. Yang lain aku doa and tawakal pada Allah semoga dipermudahkan la segalanyerh nanti. n paling best ramai je pregnant sama time ngn aku. Akak aku, member2 aku. nanti anak2 sebaya. syok kan.

okla if ada tips2 korg nak kasik sebelum beranak ni, sila la kasik k. :)
Berapa lama pakai korg pakai maternity pad tuh? or is it ok pakai pad biasa after few days deliver the baby? if pad biasa overnight or maxi? haha aku dah beli maternity pad tuh and now nk beli pad biasa tp takot membazir la plak. so sila share kieeeeee. tq all~

My latest picture at 36 weeks ++. SOOOO BIG huhu