Labour experience of Umar Daniel

Dah 29 hari berpantang baru sempat update blog! wuwuuuuu ni pon sbb baby tido and aku officially dah abes berurut semua ngn confinement ladyku.

Mungkin ramai yang da tau yg aku da selamat melahirkan baby comel namanyerh umar daniel pada 28 May 2013. Im officially a mummy now.
Such unforgettable experience and wonderful moment for us!
The moment that we both has been waiting for so long almost 40 weeks!

Let me share you the experience.
Masa dah 39 weeks, aku dah keluh kesah la naper la takder sign nak beranak lagi kan.
Braxton hicks ada tp contraction sebenar takder.
Other tanda pon takder. Takpe mungkin our lil one nak kitorg rehat puas2 luh.
Ok fine but mummy worry la mummy cant control appetite. Asik nak mkn je akhir2 b4 beranak tuh.
Aiskrim magnum mcm wajib everyday.
Dr plak cakap baby 2.9 kg masa week 37/38. If lambat kuar lagi confirm more than 3kg.
Dengan size badan aku yang kecik, of course dr advice suh jaga makan elakkan carbo akhir2 ni supaya impian bersalin normal tercapai.
But aku try to be positive everyday.
Aku sebuk drag adik n husband aku g pusing satu Taman TTDI few days b4 beranak.

The day
Masa 39 weeks ++ b4 masuk 40 weeks hari isnin, 27 May 2013 is our weekly checkup sbb tak beranak2 lagi kan.
Dr dah promise nak buat CTG and check bukaan (seluk). Nerbes oit.
CTG i tak worry sbb mmg takder contraction pon few days b4.
Seluk a bit nerbes sbb ramai ckp sakit.
Tp bila dr tuh seluk, tak la sakit sgt. Maybe sbb dok selalu sapu virgin oil kat bawah dari week 33.
So dr check bukaan baru 1cm. Tapi dr kata walaupon baby dah masuk station dia, tp kepala dia masih mengadap depan tak pusing ke belakang lagi.

Dr ckp kalau next week tak beranak gak, so kena induce.
Time tuh mix feeling tp aku da tak nanges mcm minggu sebelumnyerh.
Aku seperti sudah redha sukati kamu la baby, Im sure u know when the best time for u to come out.
So balik dari checkup, husband ajak g ikano nak g kedai IT beli barang computer dia sket.
Tp barang yang dia nak takder plak, so dia ajak aku jln g cineleasure.
Takper aku pk bagus gak leh exercise.

But perot aku start rasa tak sedap mcm senggugut mild2 gituh.
Tapi aku pk maybe kesan kena seluk ngn dr tadi.
Sakit2 pon, sempat aku grab beli shawl kat booth kecik cinelasure.

Bila balik rumah check ada kesan darah.Bila inform kat mak dia kata tuh maybe sbb dr check tadi.
Okla so mlm tuh rasa perot cm tak sedap so rasa nk tido awal.
Tak suspect ape2 pon.
Tapi takleh tido pon haha.
Sbb rasa sakit perot tuh makin lama makin sakit.
Pastuh rasa macam on off dia datang.
Eh ini kah contraction???

So i try to set it on my iphone app selang baper minit dia datang.
Mula2 15 min pastuh 12 min pastuh 7 min masa kol 3 tuh.
Tros kejut husband cakap rasanyerh kena g sepital pagi ni. Sebab rasa nyerh dah nk beranak ni.
Time tuh kol 3.30pagi so cakap ngn husband kena pergi hospital kol 7 pagi ni.
Sementara tuh tros bangun and minum milo and makan biskut kering sbb lapar hehe n perlukan tenaga untuk tahan sakit contraction ni.
Masa makan tuh, makin lama contraction tuh makin cpt and makin sakit.
Tapi dapur plak bersepah. Sempat aku kemas dapur sikit2 sambil cangkung menahan contraction.
Haha tak sanggup rasanyerh tgok pinggan mangkuk yg tak berbasuh lepas beranak nanti walaupon husband promise untuk cuci.

Pastu, tros mandi, baca surah maryam, solat subuh.
Kol 6.45pagi kuar dari rumah. Sempat drive tru mcd beli breastfast mcd egg mc muffin takot kat hospital takder breakfast or takleh mkn huhu. Sampai Tropicana hospital tepat 7.15. Alhamdulillah tak jam jalan sungguh lengang.
Masa nak register, boleh plak 1 counter je bukak.
Pastuh ada 1 pasangan ni mcm nk check in hotel plak ngn bag LV nyerh pastuh lama gila kat counter. Aku rasa dorg nak czer. coz perempuan tuh pon mengandung.
Aku tgh menahan contraction yg makin kerap ni.
Aku tros suh husband ckp kat nurse kat situ ckp aku nk masuk wad skg jugak sbb dah sakit.
Tros nurse suh duk kat wheel chair n aku dibawak ke labour room untuk check bukaan and ctg.

Masa kat labour room, dorg check ctg, betul contraction dah dtg setiap 5 minit.
Pastuh datang midwive check bukaan aku plak. Dia kata dah 3cm.
Time tuh tak rasa sakit plak dia seluk.
Aku rasa contraction lagi sakit dari seluk.

So kol 7.30-10pagi aku masih mampu menahan contraction sambil buat teknik pernafasan sepatutnyerh.
Setiap kali kena tarik nafas tuh, husband pon kena ikot sama. Malah tak kasik dia buat lawak langsung pon.
Ya Allah tak tau sakit contraction sampai cmtuh.
Kol 10 pagi aku dah mengalah. Aku tanyerh apa option tahan sakit yg ada.
ada 3- 1) lupa nama 2) happy gas 3) epidural.
So aku amik option 1luh. Dorg kasik injection yg boleh buat kita lalok tuh damn i forgot about the name.
But perasaan lalok tuh takleh mengatasi penat nyerh menahan contraction.
Pastuh muka aku takleh blah dah husband aku ckp mmg ketat je sampai Doc sampai pon muka aku mcm nk mkn orang haha.
Kol 12 tghari dorg check bukaan baru 4cm. wey lamanyerh lagi.
N aku givap. tros aku cakap aku nak epidural now now nowwwww haha.
then dorg suh aku tunggu lagi sejam sbb dr yg buat epidural tuh tgh bertugas.

Sigh sementara tunggu, dorg kasik aku happy gas.
Kinda helpful but still sakit dowh contraction tuh as aku makin penat sbb dah mcm takder gap langsung untuk aku berehat dari bernafas menahan sakit. haha saper da beranak sure paham.

Kol 1 tghari, dr epidural sampai n dia explain la aper2 yg patot which aku tak dgr pon haha aku cuma harap cptla dia cucuk.
Lepas dia cucuk, few minutes after dat, alhamdulillah i can breath easily.
I think dats da best decision i ever make at that time.

Still rasa contraction tuh tp tak rasa tense mcm awal2 tadi.
Now barulah aku bley sengih2 kat nurse and dr yg datang.
So menahan la sakit dari kol 1 tghari smpai 6 ptg gila dowh still baru 6cm.

Midwive masuk selang sejam check bukaan.
Kol 7mlm aku dah penat dah weyh aku suh dorg induce aku.
Sambil tuh aku bising mana dr aku ni.

Pukul 8mlm lebih bukaan dah 8cm.
Pukul 8.30mlm aku dah rasa mcm nak berak.
Means dah ada perasaan nk push.
Bila dorg check dah 9cm. 8.45 mlm dr aku dtg pecahkan air ketuban aku.
Tak sakit pon aku cuma pk cptla berakhir semua ni penat.
Pastuh tiba2 bilik dah ramai.
Dr suh aku push katanyerh dah 10cm.

Taktau la berapa kali teran aku cuma leh focus kat husband aku ckp "lagi sikit je...da nampak kepala"
sambil dr aku bacakan mcm2 doa...
Midwive bagi instruction breath and push....
Setelah beberapa kali cuba push...maka lahirlah Umar Daniel...
Ya Allah bila kuar je si Umar, rasa lega sangat, dr jahit pon rasa ngilu cmtuh2 je.
Happy bila dengar suara umar nangis2. Nangis means sihat kan.
Nurse sempat kasi Umar kat aku untuk aku peluk and cium.
Pastuh dorg bersihkan Umar and husband qamat kat telinga Umar...

Lepas tuh aku tersengih2 tak caya haha.
Family aku takder kat sisi masa aku beranak dat day...
Sebab ayah aku sakit kat johor so dorg tak dapat datang tp awal2 lagi aku da ckp takya datang sbb pas kuar hospital mmg nak balik bp kan...
Family in law aku datang lawat mlm tuh sempat la dorg tgok Umar fresh from oven.
Umar bagus senyap je.

Lepas tuh dorg balik aku mintak izin nurse nak breastfeed kan Umar.
He's smart boy. Mula2 muka confuse tapi cepat je tangkap macam mana nak latch semua.

Alhamdulillah.

Aku duduk kat hospital 3 hari. Hari ke-3 pagi aku dah kuar.
Sebenarnyerh 2 hari dah leh kuar, tp sebab as aku ckp family aku takder kat sini, and aku tak reti handle baby lagi, berak ke haper aku blur at least if kat hospital ada nurse tolong aku.
Sebab aku beranak malam, so hari ke-2 aku suh husband aku siap tanam uri and register nama baby siap2. If balik Batu Pahat, takderla risau2 if anak kena warded sbb kuning kan.
Plus hari ke-2 ramai la kawan2 kitorg leh datang lawat kat hospital.
So hari-3 tenang la sikit aku nk balik bp kan.

Tropicana Hospital
Servis alhamdulillah sangat2 memuaskan hati. Cuma waktu siang bila tekan button panggil nurse a bit lambat.
Maybe ramai sangat patients kot.
Untuk bersalin normal with epidural + 3 hari stay hospital in single room cm aku nyerh case, it costs us about 4.8k. As expected. Alhamdulillah takder komplikasi.

Gynae
Dr noor fidak - Gynae aku ok. Seorang yang tenang. Malah aku suka cara dia sambut baby aku. Dia baca doa2 semua. BUT jahitan dia untuk bawah aku a bit tak kemas..menyebab kan aku suffer sakit sampai hari ke-6.
6 hari aku breastfeed and pumping susu berdiri.
6 hari aku mkan minum diri.
6 hari aku sakit bila baring nak tido.
6 hari aku nangis bila baby nangis coz it was sooooo tough for me to move around to breastfeed baby.
6 hari aku tahan untuk berak sebab aku takot sangat bukan sbb sembelit tau.
I felt so helpless.

Mana aku tau jahitan dia tak kemas?
Sebab nurse dari klinik kesihatan datang check masa hari ke-4 aku kat batu pahat.
Sebab tukang urut cakap benda yang sama.
Tukang urut suh aku letak minyak gamat instead ubat kuning kat jahitan tuh lepas g toilet which help a bit.

Serius buat aku trauma untuk pregnant lagi dalam masa terdekat.
At least im gonna give 2 years plus or 3 years gap.
and definitely different doctor.
Dun get me wrong. Her attitude semua baik sangat. It just not my luck mungkin kebetulan jahitan bawah aku cmtuh.

Hari ke-7 alhamdulillah bawah dah tak sakit.
and alhamdulillah aku takder masalah sembelit.

Umar dan breastfeed experience
Umar...he's such adorable baby.
He can differentiate breast nipple and bottle teat very well.
So far he has no problem with both.
But umar banyak sangat menyusu.
Banyak sangat.
Early stage it was tough for me coz remember bawah aku sangat2 sakit.
n it was tough for me to breastfeed baby.
Sampai aku nangis takmo buat aper2 nk tido masa day 4 tuh.
Rupanyerh aku hampir bengkak susu. Naseb mak ada, dia tolong aku kuarkan susu aku.
Tolong kuarkan susu secara manual.
Ohs dat time still colostrum.
Day 5 or 6 baru susu putih kuar.
Still as new mommy aku mempunyai masalah nak direct feed dia sbb puting aku sebelah a bit flat.
Setiap kali Umar try isap susu dari breast kiri, dia nangis.
Nipple breast kanan plak luka sbb awal2 Umar latch tak betul dia main gigit nipple,
or maybe dat time at hospital i didnt guide him properly.
So aku banyak pump and kasi tru botol susu.
But as i said Umar banyak sangat minum susu hampir sejam dia nak susu non stop.

At last bila umar sah ada kuning time tuh 13 kot bacaan dia, so aku pasrah Umar minum susu formula.
That why aku senyap di dunia blog.
Serius aku takder masa rehat langsung.
Lepas breastfeed/bottlefeed, aku tros pump susu, or makan and makan2 lagi supaya susu aku banyak.
and Umar plak jenis bangun malam banyak kali sbb nak susu.
Pagi baru dia tido betul.
Aku rasa aku mmg dah meroyan pon sbb by Subuh je bila mak aku masuk bilik tanyerh condition aku, sure aku tgh nangis2.
Mana nak tahan sakit kat bawah, sakit nipple yang melecet, penat tak ckup tido, melayan umar yang non stop nak susu and Susu perahan yang sikit.

Sigh i salute all mummies.
Buat aku insaf.

Sekarang ni aku bersyukur dah 29 hari berpantang, and dah 7 hari jugak Umar tak minum susu formula.
Hasil susu perahan dah leh buat stock untuk Umar.
Nipple dah tak melecet. (Nobody tell me that if you keep breastfeed your baby, nipple yang flat akan bertukar rupa and dah tak flat)
Susu makin banyak and umar takder la lama sangat bergayut kat breast.
and aku da pandai susu kan Umar sambil baring. So lantak dia la nak baper lama pon susu sbb last2 aku yg tetido dulu haha. Malam2 takya amik susu perahan dari fridge dah sbb senang kasik direct kat Umar.
Cuma masih seperti dulu. Susah untuk tido and kadang2 bangun kol 3 or 4 pagi dengan mata boolat n kadang2 kol 7 pagi baru dia nak tido.
Sigh aku masih berusaha ubah waktu tido dia.
Aku perasan if dia tak tido dari kol 5 petang sampai 12 mlm, mmg senang mlm aku.
Cuma aku la yang sangat penat dan rushing.

It's ok i will try my best to adapt with it.
Hehe nanti kita sambung lagi kie.
Sok nak checkup dia sebulan sempena esok 28 aribulan.
Sebulan dah anak aku.
Sebulan dah aku jadi mak.
Sebulan jugak aku makin appreciate mak aku n mak mentua aku.
Makin aku faham bukan senang jadi mak.

fresh from oven

Ya Allah tak sangka budak comel ni dalam perut aku selama 9 bulan setengah malah nk dekat 10 bulan.
See the rambuts? so lebat haha

Berat masa lahir 3.2kg.
Panjang 49cm. Lets see tomorrow berat and tinggi dia baper.


Selepas botak.

Gambar masa akikah masa day 14/15 kot. Simple akikah. Only family members je and jirans.

Banyak lagi nak cter. 
Pasal kuning umar. 
Pasal pengalaman bawak balik umar masa dalam keter. 
Pasal umar masa sebulan ni. 
Pasal berpantang.
hehe pelan2 kayuh kie.
Insyaallah kita cter nanti semua.
Stay tune....




False alarm - long entry hehe

Skg aku dah 38 weeks.
Masa dpt notification dari baby centre last week, they advice weekend lepas g la luangkan masa berkualiti ngn husband since baby boleh kuar anytime je dari skg.
Tolak sikit pening2 persiapan utk baby.
huhu so byk lah to do lists aku da senaraikan untuk ari sabtu.


Hahaha ntah paper to do lists aku kan.
'Quality time' la sgt ngn husband.
Didn't it suppose to be 'going out for movie with husband' and 'kind of candle lite dinner?'
nayy hehe i think sumtimes kena b practical.
Every moment spend ngn husband adalah our quality time together.
Aircond kat bilik tetamu dah a bit leaking. Aku btau husband sian if parents aku dtg nk lawat aku, bilik tuh super panas ok even ada kipas syiling.
So alang2 carik la orang yg leh servis smer aircond kat umh ni.
Alhamdulillah berjaya jumpa yg paling murah n they willing to come by monday morning.
Both of us cuti so okie la.

Then mcm cari kain baju raya husband tuh, aku la worry lelebey.
Yerla aku imagine pas aku pantang tros bulan puasa, saper nk buatkan baju raya dia?
Aku tak risau langsung pasal baju raya aku. Paling susah pon aku masuk je fashionvalet.com or zalora.com or nurulwonders or si jezmine or the list goes on. huhu aku benci sket buat baju aku custom made sbb smpai skg aku tak jumpa tailor yang best. mesti je ada adegan nangis2. Dah 2 helai kain mak metua aku kasik rosak disebabkan tailor. pfft
Tp baju raya suami wajib ada sehelai buat kat uncle jahit baju yg dia sker kat kajang tuh.
Raya pertama harusla hensem bergaya. hehe terpk nak beli kain lebey buat baby skali tp baby baru 3 bulan. Takkan nk buat rompers pakai kain baju melayu? huhu takperla. Tgok size baby nti beli baju melayu siap je kie. Excited nak raya oit!

Lepas dah cari orang servis aircond, beli kain baju melayu dia kat gulatis je since thats the nearest, g the curve jap bli network card, sambung g ou plak.
Haha aku dah teringin sgt mkn kat Fish & Co.
Lagipon dah lama tak date mkn sini.

Seafood platter! nyums~


 Pas dah jln2 sikit kat ou, time to balik.
Dah nak beranak kan bagus jalan.
Tak sakit kaki ke? Masa tgh jalan tak sakit. Bila masuk keter je, amik ko. Baru la rasa sakit bontot kaki smer muahaha.
Mlm tgok movie kat tv je. Cter King Kong. hahahaha kunun nak donlod la aper la.
Tp malas nyerh aku nk carik cter yg best2. Aku tgok King Kong nk dekat habis, husband manage tgok separuh je pastuh dia tetido dpn tv. Nampak sgt sure dia penat jalan ke sana sini siang tuh.

Datang tanda
So ahad, pagi je breakfast kat luar pastuh hari melepek di rumah. :p
Actually aku sebok basuh baju n kemas aper2 yg patot sambil lipat kain.
Aku kalau leh nk berpantang without worries.
Lepas sebuk kemas2 umh, call my mom smer aku rehat2 la dpn tv.
Time tuh aku rasa sakit perot ala2 senggugut.
Aku rasa tuh la contraction kot.
Tp jap je. Lepas 5-10 min dia ilang.
Then diikuti dengan pergerakan baby yg sgt kuat.
Adoi skg dia men tendang2 tulang2 aku da.
Aku rasa sure da sempit sgt dlm tuh.
Aku usap2 cakap ngn dia, if nak kuar bagi sign kie. Mummy and Daddy kinda ready.
Pastuh masa g toilet dlm kol 6 tuh, aku tgok ada 'show' darah coklat mcm first day period.
Tak sikit dan takder la byk sgt.
But mmg obvious tuh darah.
Haha cuak okie teros ckp kat husband. "Yang, i dah ada show"
Cuak husband aku. Tros buat air selusuh utk aku. :p
Tp aku cakap, rileks sbb takder contraction yg kerap tuh pon plus tgok blood show tuh datang balik tak.
Aku call mak aku bgtau pasal benda tuh mak aku kta tunggu smpai contraction sebenar yang kerap tuh.
n then contraction datang balik kol 7, 10 and 12mlm.
Sbb sok isnin mmg appointment checkup ngn dr aku, so kitorg plan tunggu je la smpai sok.
Mlm tu aku tido ok je. Sakit tuh tak kacau aku. Malah not as painful as senggugut pon.
I know it's Braxton Hicks or False alarm.
But husband sangat comel.
Setiap kali aku terbangun nk g toilet, dia tanyerh aku ok tak. Ada sakit tak.
Sangat concern tau.
 
Ari isnin lepas orang aircond servis airconds, abes umh bersepah balik.
So husband la kepenatan sbb dia tolong vacuum, mop lantai smerk.
Ohs sbb sikit punya cuak ingat nak beranak ari isnin or selasa, kitorg beli barang dapur sikit kat tesco on9.
Haha best gak orang antar barang dapur pakai lori.
I luv on9 shopping but never thought for barang2 dapur but this is great ok.
So aku pon sebuk la simpan smer barang2 yg da beli dlm peti ais.
If family aku ada kat umh, at least dorg takla asik knr tapau food je kan.
Kat tmpt aku tinggal ni bukannyerh dekat nk tapau food.
Banyak kedai tp jam nyerh menci je.
So at least mak aku leh la masak aper2 yg patot kot if aku stranded kat hospital 2-3 ari.

 Label cmni senang la if mak aku nk amik barang

 Beli stock bawang byk. Bawang merah kecik takya beli byk2 la. Aku selalu masak pakai bawang besar n bawang putih je. cpt n sng.

Checkup 38 weeks
Baby pon dah full term.
Semalam checkup aku kat tropicana medical centre.
Skg dah kena g every week sekali.
Makin murah plak charges dia. Alhamdulillah baik tol dr tuh.
Kitorg dah bawak bag sepital siap2 dlm keter sbb takot kena check VE --> takot kena warded.
Tp dr check kata lom lagi.
Semua yang aku face tuh adalah false alarm.
Baby in good condition.
Dr puji pandai aku control makan sbb berat naik 400g je in within 2 weeks.
Means berat baby now 2.9kg.
Dr assume if baby kuar within this 2 weeks pon still 3kg max.
Alhamdulillah if betul.

Padahal aku tak control makan pon. hahahaha aku cuba control day 1 lepas dr suh control arituh.
Pastuh lupa daratan. Makan je apa aku nk. Makan ice-cream tak everyday tp 2 hari sekali.
Tp sebab kekerapan berak semakin menjadi2, so aku rasa makanan tuh tak sempat simpan dalam badan.
Plus i keep telling my baby, "Baby jgn gain weight byk sgt kie. Nanti mummy susah nak teran"
haha i think he listen n help to press the 'berak button'. :p

Doctor advice bila tidur suruh baring mengiring ke kanan berdasarkan position baby skg.
Dr kata anytime je baby ni leh kuar. Just kena tunggu contraction yg betul.
Takperla baby. Mummy and daddy akan sabar menanti bila awak rasa time yang sesuai awak nak keluar.
As long awak sihat, selamat, cukup sifat.
So balik la kitorg ke rumah balik.
Husband sangat happy sbb penat mop 1 rumah tak hilang lagi kan.
He can have good rest that nite.
Im ok as well.

But my mom advice buat kjr2 rumah mcm biasa supaya mempercepatkan contraction.
So arini aku da start cuti so aku still basuh baju, sidai baju cam biasa.
Cuma pergerakan baby sungguh luar biasa.
Nampak dia makin tak selesa dok kat dalam.
Diselangi contraction skit2 tp tak sakit n tak kerap.

Tp aku terharu ngn husband aku.
Masa ada 'blood show' on sunday tuh, aku pon check n pk la barang2 nk bawak ke sepital dah ready ke.
Pastu baru teringt yg medela freestyle aku nyerh plug tuh tak beli lagi dia nyerh connector. taktau la aper nama nyerh tp plug dia bukan normal.
Time tu gak husband aku g kedai belikan. Padahal dah kol 10 malam.
Siap isi minyak keter full. Sbb dia takot aku nk terberanak mlm tu gak.
Lagi2 plak akak ipar wutsapp confident ckp aku mungkin beranak pas subuh.
Tp instinct aku kata belum.
Sbb melalui aper aku baca, contraction adalah sangt sakit tahap takleh tido kan.
Ni aku masih leh bergerak ceria2 je.

Dah aku nk smbung kemas rumah lagi. hehe
malam ni mungkin nk ajak husband kua jejalan kat ou lagi.
Cari benda2 kecik. harap dia layan. huhu mentang2 aku dah tak kjr. Harap dia tak penat la pas balik kjr.

Btw tadi aku baca la labour experiences and this link really touching ok.
Aku nangis 2x baca. Harap mommy ni tabah.



Diaper Bag idaman hati

Huhu tengok Puan Hazz buat entry pasal Storksak diaper bag dia yang cantik, teros teringt yang aku lom wut entry pasal ni lagi hehe.

Dari sebelum pregnant lagi, aku termasuk website http://www.petunia.com ni teros jatuh hati ngn collection diaper bag dia. Time tuh aku dah niat nanti if ada anak, im gonna get one!

Sangat berkenan dengan diaper bag yang ni.


Harga seperti yang tertera. Pepandai la convert.
Tp if orang yg jarang bertukar handbag mcm aku ni, kejam mata je la if betul2 nak. Jarang means setahun or 2 tahun sekali je aku beli tuh pon husband yg adiahkan or orang adiahkan. haha malas and kedekots tol nk beli sindrik.
So bila dah berkenan sangat, asik teringt2 je.

Prob nyerh if beli on9 dia cuma shipping to US area.
Sigh sakitnyerh ati. Dah la takder member kat US.
UK adala.
Saper di US nak belikan tak? huhu mana tau time puasa korg balik malaysia, leh la bawak skali.
Mesti cantik if masa raya bawak bag ni kan. Tukar diaper masa raya kat rumah orang pon sure takder masalah kan. haha alasan.

Fine. sbb mcm susah sgt bab shipping, aku pon cuba manage expectation aku.
Aku beli organizer baby diaper bag ni cari kat lelong. Tp link tu mahal.
Aku beli murah je campur shipping RM15. Tak jumpa dah link dia. pepandai la korang carik.
Sakit hati order pink, dapat baby blue.

Aku plan letak je la dlm handbag besar2. Dah beli dah pon.
So tersusun la sket isi kandungan handbag aku kan.
Tp handbag tuh spt tak memuaskan hati je sbb material dia jenis lembik2.
Handbag murah je pon aku beli bukan diaper bag.
Nanti dah isik ngn barang2 baby dlm tu masa baby lahir aku amik gambar kie.
Buat aku rasa nak beli handbag lain la plak.

Sigh ini la yg terjadi if u didnt get the one.
But i wont giveup.
Gonna find way to get the petunia pickle diaper bag soon! :p
or u guys have any suggestion on how to ship that pretty stuff to here?