Now lets talk about Lasagna~

Sorry dear readers lama tak update blog.
Bukan malas. Tapi saya ni jenis bila byk sgt benda dlm otak, susah nk blogging.
Now lets talk about food that i tried to make before.
Lepas kahwin, saya admit kepuasan memasak yg sedap melebihi dari kepuasan shopping.
If shopping baju cantik, rasa tak pernah cukup.
Tapi lepas try buat benda sedap, bila orang lain suka n happy, rasa semangat nak cuba buat benda lain plak.
Tapi bila gagal masak, pergh rasa geram je bila husband tak abeskan food yang dimasak. huhu normal kan? :p

Setakat ni saya memang bermasalah buat malay food betul2 kick mcm kat kedai.
Ada jer yang kurang. Adaaaa jer. haha
Soto ayam arituh satu2 nyerh yg betul2 sedap.

Yang lain2 tomyam ayam, ikan masak lemak cili padi masih tak sama cam kat kedai ataupon masakan ibu pon. *garu kepala.

Tapi western food yang saya cuba buat kebanyakannyer memang menjadi.
First try buat jadi and husband suka.
Mungkin depend on resipi saper yg kita tiru kot.
So blog yang saya list kan dlm ni jer yg akan saya ikot.
Huhu takmo google resipi yg belum tentu sedap lagi dah haha.

Ok arituh dah few time saya buat lasagna daging.
Pergh sedap. Sebab sedap, saya dah buat untuk husband tersayang, utk potluck di opis, untuk family mertua and family sendiri yang dtg ke rumah arituh.

Cara nak buat dia tak susah.
Lebih senang kalau ada mesin dadu bak kata kak uda.
Sebab nak potong2 sayur2 and bahan2 dia yang lama. Dekat sejam kot.
Husband kata takya membazir beli mesin dadu.
Tapi saya yg suffer lama diri kat dapur ni dia tak kisah pon. Sobs.
Kalau ada rakan baik kawen, mmg nak adiahkan mesin dadu nila mcm berguna jer.

Resipi tiru dari Jintan manis~
Here it is:-


Bahan-bahan
6 keping pasta Lasagna (i pakat brand San Remo) Berapa keping sbrnyer depends on berapa besar bekas untuk buat Lasagna ni

Inti daging
3/4 cawan daging cincang
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
2 biji tomato ( potong dadu)
1/2 biji carrot ( potong dadu)
6 ketul cendawan ( potong dadu)
3 sudu besar tomato ketchup
2 sudu besar olive oil

Bahagian white source
1 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar cheese powder
2 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah

Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna

Topping
sedikit hirisan daun pasley kering

Cara
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang.

Sedap dimakan bersama brocolli and carrot yang dah direbus. 
Sos cili jangan lupa tau!


 Fresh from oven~

*Sorry gambar dari iphone tak terang dan tak teruja kan. Isk2 ni yg rasa nak beli camera canggih ni.


Selamat mencuba korang. Memang sebijik macam kat Delicious :p.
Bila buat ni husband selalu kata saya buat catuan lasagna.
Padahal mesti sedap kan sbb tuh sentiasa rasa tak cukup kan kan? :p

Setakat ni kalau ikot resipi Jintan Manis memang sentiasa menjadi. Suka!

2 comments:

Nadiah said...

Simple...I nak cuba resepi you ni.
Thanks for sharing dear.

Alia said...

rajinnye u rai! hehehe. i skrg sgt malas. beli je. hehehe. i wish lps bersalin dpt rajin mcm u. :)

Post a Comment