Second Seconds
1 week ago
Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan
*Additional Topping : chocolate chips
Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.
Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain.
*Taburkan chocolate chips.
Terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang.
- soto ayam
- sate ayam (yang ni beli of course)
- cream puff
- honeydew
Bahan Untuk Kuah Soto:-Of course i tak ikot bulat2 ada yang i alter a bit.
- 2 keping dada ayam, cuci, toskan dan perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam
- 3 batang serai, dititik
- 1 inci lengkuas, dititik
- 2 camca besar rempah sup "ADABI"
- 1 1/2 camca besar rempah kurma "ADABI"
- 1 batang kayu manis*
- 1 kuntum bunga lawang*
- 5 kuntum bunga cengkih*
- 3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
- Bahan Kisar Halus:-
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang merah kecil
- 3 biji bawang putih
- 2 inci halia
- 1 camca teh lada hitam biji
- 4 biji buah keras
- 1 inci kunyit hidup
Cara membuat kuahnya:-
- Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, masukkan rempah tumis dan goreng hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan rempah sup dan rempah kurma, tuang sedikit air dan kacau hingga rata. Masak guna api sederhana.
- Kemudian masukkan kaki ayam, serangka, serai dan lengkuas titik. Kacau hingga rata. Tuang air anggaran 3 - 4 liter. Masukkan 1 camca teh garam dan masak dgn api sederhana. Biar merenih 45 minit ke 1 jam. (Boleh tambah air jika kurang)
- Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak tapi jgn sampai garing. Angkat, toskan dan bila sejuk boleh lah dicarik halus. Ketepikan.
- Penyedian Soto:- Dalam mangkuk, masukkan nasi impit yg telah dipotong dan taugeh. Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, begedel, soon, bawang goreng, daun sup/bawang dan akhir sekali lada kicap (jika suka).
- Untuk Lada Kicap:- Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, masukkan kicap manis dan gaul rata.
Rahsia soto ayam yang sedap terletak pada bahan2 dia:-
1) kacang goreng - goreng jangan sampai hangit tau.
2) begedil kentang - penting sgt ni. I try tiru receipe from here. sumpah sedap sbb husband asik ckp sedap walaupon outcome rupa dia hodoh.
3) suhun goreng
4) daun sup
5) daun bawang
6) taugeh
7) ayam yang dicarik2
8) sambal kicap yang meletop - cara nak buat senang je, beli cili api, blend 25 biji dengan 4 biji bawang putih and gula dalam 1 sudu kecik.
9) bawang goreng rangup and sedap - lepas hiris bawang merah kecik tipis2, letak atas pinggan/dulang. biar kering dlm 30 minit. Pastuh gaul dengan tepung jagung (agak2). taburkan garam sikit kat minyak yang dipanaskan. Goreng dengan api yang sederhana panas. angkat.