Showing posts with label raya haji. Show all posts
Showing posts with label raya haji. Show all posts


Raya haji, balik kampung dan balik dari kampung

Haha sebab selalu bz, maka biarla aku update sekaligus ye. 

Raya haji
Tahun ni, turn beraya haji di bangi. 
Of course suasana berbeza tanpa mama tahun ni. However life goes on.
So aku, akak ipar aku n biras da plan awal2 nak masak apa.
Biras aku exceptional la sbb dia da sarat. 7 bulan pregnant tp still dia bawak dessert pavlova hehe.
Akak ipar aku kata nak buat ketupat pulut and rendang ayam.
So aku pon plan buat daging kari, nasi impit, kuah lodeh and sambal udang. Pastu kitorg beli kuah kacang sbg tambahan.
Baru la raya ku complete. Sbb aku bukan boleh makan pulut sgt. Setakat setoet rasa2 tu boleh la. Biasala tekak berbeza.
Macam lodehku tak berapa laku kt bangi padahal sedap giloks cuma aku tak la potong segala sayur perfect mcm mak aku potong haha. Gilo berapa jam aku kat dapur kang. Janji presentable and rasa perfect. Gituu.

Preparation buat lodeh

Nyums! Alhamdulillah happy perot aku haha

Kalau kat johor confirm lodehku laku huhu. Tapi tak kisahla yg pasti aku bersyukur sbb kegigihan aku a day before kat dapur berbaloi sbb semua pon turn out sedap. Kalau sedap kat tekak aku sedapla kat tekak dorg haha. Cuma style kat bangi lain sikit. Pagi makan benda2 tu tghari makan lain.
So aku awal2 ckp aku tak masak lunch lain. Korg repeat la makan ye sape yg lapo.
So by lunch time aku panaskan balik lauk.
Pastu husband aku dapat daging korban sikit akak ipar aku dtg buat nasi daging.
Sedap tp aku rasa sikit je la. Lepas kol 4pm tekak n perot aku da takle makan benda heavy2.

By the way pagi tu lepas makan dlm kol 10 pagi kitorg g kubur mama baca yassin ramai2. Umar sbb dah kali ke 2 g kubur dia sangat2 behave alhamdulillah. We miss u mama. Hope u r happy we came to visit u that day.

Camtu je la cter raya haji.

Anak korg gila main egg tak? Anak aku ye. Gado ngn cousin dia sbb egg ni je haha. Sorg ada, sorg takde. Gado la apa lagi. Terpaksa aku g 7e beli egg color sama, baru dorg ok n main sama2 balik. Pitam mak.

Ptg layan budak2 ni main gado main gado. Malam balik rumah. Sbb esoknya plan tido melaka smlm.


Balik kampung
Sebenarnya plan nak balik kg aku minggu depan. Tp alang2 husband aku cuti hari jumaat baikla balik je weekend ni. Sekali harung penat haha. Boleh gitu? Tapi kitorg tido smlm kat melaka saja la. Kunun nak kasi umar swim kat swimming pool apartment service ayah alip. Tp ramai sgt org. Umar pon takot nanges2. Aku pon rimas. The best place kat bukit gambang aritu. Cetek n tak ramai org sesuai utk beginner mcm umar.


Takpela umar next time kita try lagi kat tempat lain bukan cuti sekolah ok.

Esok pagi2 dlm pukul 8.30 pagi gerak dari apartment ayah alip. Tp byk la persinggahan. Mula2 drive tru mcd breakfast pastu singgah klebang sbb umar cakap nak tgok beach.



Sabtu pagi haze memang terok kat melaka tahap pedih mata. Adalah 15 minit je kitorg kat sini pon kasi umar jenjalan atas pasir sikit. Hehe. Pastu dlm keter dia teros tido sampai la kat bp. Senang tol travel dgn umar. Tp harusla kasi makan kenyang2 dulu before tu.

Happy sgt umar jumpa atok2 dia n cousin2 dia sampai skip nap ptg n mlm masa tido meracau2 sikit. Penat sgt la tuh. Aku pon happy alhamdulillah dpt jumpa mak abah. Terubat rindu ok.


Mak bekalkan aku ayam masak merah and ayam masak paprik. Haha sedap gila aku makan sorg2 dlm keter masa otw balik kl. alip bz drive dia kata takpe mknla nti dia tapau mcd je. Bagusla. Sbb aku ptg mmg tak lalu mkn. Tghari n pagi je aku leh menikmati makanan. Hoih sedap gila rindu tol masakan mak. Alip kata untungla dapat makan makanan mak. Dia da takle. Sedey plak aku dgr. Nanti aku buatkan dia soto ayam huhu.

Jamm balik kl mmg terok tol. Kol 1 ptg aku dari parit raja. Well, cuti awam kan. Redha je la. Itu pon stop kat tangkak utk solat. Naseb umar behave masa on the road. Nyanyi2 bebel pasti tido balik. Smpai damansara kol 6.30pm pastu umar mengamuk nak jalan lagi dia kata. Haha sabo je la anak. Mak pak nye dah kepenatan gila gabeng.

Btw sbb aku happy dapat balik kg aku, arini aku extra rajin tros kemas rumah, vacuum carpet, basuh toilet, basuh baju n dry kan siap2 (thanks to dry machine self service tu), sambil tunggu 25 minit tunggu baju kering, aku sempat beli brg dapur kat tesco. Beli siang weekdays senang. Tak ramai org, takya tunggu kat counter lama2 n aku takde mabuk2 nak muntah. Kalau malam aku mmg lembik. Aritu beli groceries malam, balik rumah aku tros muntah n lembik. Yang tak best beli siang sbb husband takde. Booo. Takpela. Buat yang termampu. Janji by now aku da lega semua benda da settle. Tinggal nak masak je kol 5 ptg nti.

That's basically my raya haji, weekends n monday hehe. How bout u?






Raya haji and...

Tahun ni giliran raya haji di johor.
But few days b4 raya haji boleh pulak suamiku n umar sakit.
It's all started when umar had cough.
Then runny nose.
Then fever.

At the same time husband got fever too.
U know how tired a mom is when the child sick.
N the child will become clingy and feel uncomfortable all day long.
Breastfeed long hours.

Masa raya haji gerak balik bp agak lambat dlm kol 11 pagi dari rumah. (Hari sabtu)
Sbb plan nak singgah hospital putrajaya to visit my MIL admitted sbb ada blood clog kat neck.
After visit gerak dari putrajaya kol 1tghari.
Fuhh dah la time tu waktu aktif umar.
Dahla dia tgh demam.
Dahla husband pon demam smbil drive dlm jam.
Dahla lapar. Haha
Adoiyai. Mencabar otak tol.
I tak sempt nak buat bekal aper2 sbb penat handle anak dari a day b4. Tdo pon tak ckup.
Smpi bp tros tolong mak masak, layan anak jap semua n sleep early that nite.
Naseb la raya kat bp mmg simple je.
Pas mkn dah takder benda.
Harusla aku pon tidur balik.
Sbb aku da start batuk n sakit tekak.

Malam tu aku da start demam.
Merasala otw balik kl demam panas.
Tp kena handle umar dlm ktr n husband nak singgah hospital putrajaya visit her mom.
Husband je kua keter g visit.
Baby/ budak kecik xle masuk wad.
So aku bukak kartun dibo dlm ktr kasi umar tgok smbil suap dia mkn.
Sempat gak aku terlelap 5 min sementara tunggu husband.
Naseb la umar behave well senyap je tgok kartun.
Pastu dia tetido. Selamba je aku pon terlelap smbil pegang umar x letak dlm car seat.
Budak ni if selsema or badan x selesa jgn la harap nk dok dlm car seat dia.
Suruh husband tapau nasi ayam siap2 n beli air kelapa. Time tu nak dekat kol 2 ptg.
Smpi rumah boleh plak umar bgun nak main.
Aku dah rasa dunia berputar2 sgt ni.
Husband plak kepenatan drive nk tido.
Huwaa aku pon nk tdo gak sbb walaupon da mkn ubat tp masih weng.
Terpaksa la jd bad mom jap bukak ipad bukak kartun kegemaran umar.
Alhamdulillah umar sgt memahami. Dia layan jap kartun tu pastu dia bfeed n tido ngn aku.
Kol 6 ptg kitorg g klinik.

Ada gak cter kat klinik doc kata aku demam sikit je.
Giler tol doc tu. Aku da gigil2 n pening masa smpi rumah.
Check tempreture is 39 deg. Amik ko.
Merasala demam 39 deg sambil mandikan umar.
Rasa berpusing duniaku n rasa pergerakan ku sgt slow.

I hardly sick but i guess the virus is too strong in the house.
Plus im too tired handling 2 sick person in the house.

Alhamdulillah we all recover by now.
Nothing beats good health.

Tapi sakit2 pon i still manage to cook for the family until today.
Wuhuu. Lebih bersih n sihat la kan makan makanan rumah.

Dipendekkan cerita, a day after recover, my parents came.
Pity my mom she also had fever and cough.
So alhamdulillah since i already recover, i able to take care of her too.
Umar was the happiest person in the house because alot of people can entertain him.

Btw bawah sikit gambar2 masa raya haji kat bp.

Masa balik johor raya haji sbb sakit budak ni taknak langsung dok dlm carseat dia. Nak melekat je ngn aku. Oh mencabar sgt. Aku langsung x dpt tido dlm ktr. :(



Dia xnk main ngn sepupu sebaya dia. Nk main ngn cousins besar je.



Because im so busy handling the family, i almost forgot the most important date of our life - our anniversary date.
Sobs...i remembered only after husband remind me of the day.
Nevertheless i feel grateful at least he remembered it!
Huhu normally im the one who remember all the important dates every year.

Happy 3rd anniversary to us. (8.10.2014)
Here to a better living, healthy life, and brilliant kids.
Hehe.
We able to go tru this 3 years yang mencabar tapi manis.

Kasihan dah xde gambar bertiga yang paling terkini lantaran terlampau bz ngn mcm2.
Nti la kita spend quality time together kie insyaallah.
I love u husband!
Thank u for ur patience, and all.
Kenal 7 tahun sebelum kawin. Tp tak sama dengan kenal 3 tahun sepanjang berkahwin.
Dah kahwin barula kita kenal masing2 better.
Dah ada anak lagiiiii kenal masing2 better.

Insyaallah till jannah. :)