Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts


Pengalaman Berpantang Anak ke 2

Hihi ni tentang pengalaman masa lepas beranak ammar haritu.
Kali ni aku memilih untuk berpantang di rumah sendiri.

 

 
Sebab senang takya travel balik kampung lepas beranak.
Senang sebab kat rumah sendiri so boleh prepare awal2.

Aku ajak mak abah datang masa minggu ke 2 aku berpantang.
Sebab minggu pertama, husband ku jaga.

So tak pe la. Biar la mak abah nak settle p kelas agama dulu kan kat kampung.
Dah settle, baru la mai rumah aku.
Pasal mak aku bukan nya sihat sangat.

So aku takmo la susah kan dia sangat.
Yang paling penting ada orang melayan umar main.

Tapi Allah tu memang maha berkuasa akan apa pon yang dia nak.
Aku tengok mak nye energy level time jaga aku bagus.

Last2 dia n alip la gilir2 masak utk aku.
Kadang2 tapau.

Dah la mak masak.
Sedap kot.
😂😂😂

Pantang celah mana aku makan berulang nasi.
Padahal lauk pantang je.

Thank you Allah bagi mak sihat.

Btw aku book tukang urut.
Dia datang hari ke 5 aku beranak.
Aku ok je. Pasal 3 hari dah kat hospital.
Hari ke 3 dan ke 4 kat rumah sendiri.
Hari ke 5 dah tak kalut sangat la.

Jangan korang tanye no phone dia pulak.
Pasal dia kata dia da tak nak urut 2017.
Nak balik indonesia dah uruskan business husband dia kat sana.
Gituuuu.

Nama dia kak eyla.
Memang best dia urut.
Harga pon mahal 😂😂.
Mahal la dari rate batu pahat.
Tapi takpe la badan nak pakai lama oit.
So aku amik 5 hari je.
Cukup la.

So
✔️ makanan pantang husband n mak uruskan
✔️ tukang urut
✔️ nona roguy set berpantang (aku tak minum yang teh dia)
✔️ SUPPLEMENTS BERPANTANG SHAKLEE

hehe harus la kan.
Kalau dah pregnant best gila amik supplement shaklee.
Berpantang mesti la dengan set berpantang shaklee.

Aku beli sikit2.
Supaya tak terasa nak beli semua sekali gus.
Pokai la mak! 😌😌

So sebulan sebelum beranak aku beli ESP, OSTEMATRIX dan BCOMPLEX.
VITA C ada lagi balance dari pregnant.
So jimat di situ.

4 ni je aku amik.

Kalau nak lagi complete dan badan rasa best, sila tambah OMEGA dan VITALEA.

Lepas habis 44 hari berpantang, baru aku tambah ALFALFA dan LECITHIN.

So set shaklee tak mahal pon.
Beli la sikit2 macam ioll.

Plus ikot la health issue korang time tu.

Plus boleh tahan sampai 3 bulan.
Jimat kan?

Alfalfa n lecithin je tahan sebulan.


 
Ni full set berpantang. Ada 6 items.

Ok jom kita baca sikit apa function set berpantang shaklee ni?

 

👉 ESP : minuman protein. Protein diperlukan oleh badan untuk penghasilan tisu2 baru.
✔️ Bagi tenaga pada ibu berpantang.
✔️ Memekatkan susu dengan nutrients
✔️ Memelihara rahim ibu agar kembali kuat selepas beranak
✔️ Menegangkan kulit ibu selepas beranak
✔️ Mencantikkan kulit ibu

Sebab tu la saya tak boleh miss amik ESP dari pregnant, berpantang dan sekarang sampai baby dah 8 bulan. Terlampau banyak benefit yang saya dapat melalui ESP ni.


 

👉 OSTEMATRIX
✔️ pil calcium. Calcium diperlukan oleh ibu untuk menguatkan tulang selepas beranak.
✔️ mudah lawas. Jadi ibu yang lepas beranak takde masalah sembelit ye.
Dulu anak pertama, ya Allah sengal gila. Memang tak amik shaklee. Makan betik banyak sbb takot susah nak berak time berpantang. Kali kedua lepas beranak, betik amik jugak. Tapi sebab amik ostematrix sebelum tidur, memang takde masalah nak berak langsung! 

Also kalau korang pregnant, sakit2 tulang, sakit belakang dan sakit punggung, ohs and cramps tetengah malam, amik la ostematrix ni. Sangat berkesan! 


 
👉 BCOMPLEX
✔️ menghilang kan migrain dan pening ketika dalam pantang
✔️ buat kepala anda lebih ringan
Serius memang takde pening pon masa dalam pantang sebab amik bcomplex ni tiap2 hari.


👉 VITALEA
✔️ Multivitamin untuk topup all the nutrients needed
✔️ bagus untuk tambah energy pada si ibu
✔️ buat badan lebih ringan dan cergas
✔️ jaga HB ibu supaya sentiasa normal


 
👉 VITA - C
✔️ Luka di tempat beranak cepat sembuh
✔️ Cantikkan kulit ibu
✔️ Bagi immune system ibu lebih baik jadi tak mudah sakit
Kalau amik ESP da banyak benefit, Tambah vita c memang lagi best kesan nya.
Vita c pon memang aku tak miss amik dari pregnant, pantang sampai la baby ku dah 8 bulan sekarang.

 
👉 OMEGA
✔️ bagus untuk bakar lemak ibu selepas beranak
✔️ kawal kolestrol
✔️ kuatkan tulang kalau diambil dengan ostematrix
✔️ menguatkan memori ibu dan anak yang disusui
Yang ni aku rasa optional. Lebih penting diambil masa pregnant trimester ke2.


Lepas 40 hari, aku dah p jakel dan FARM IN THE CITY.
haha kena jeling maut gak la dengan makcik2 kat situ.

Obviously bawak newborn kan. 😆😆

Pasal kesian kat umar duduk umah lama.

Lepas habis pantang, aku nak turun kan berat badan pulak.
Sebab time tu berat aku 58kg.

My ideal weight should be 49kg.

So aku tambah lecithin dan alfalfa.
Dua ni bagus untuk susu badan jugak.

 

Di mana Lecithin boleh hilangkan bengkak susu.
Alfalfa boleh banyakkan susu.


Ok harap post ni dapat membantu mummies yang tercari2 set berpantang terbaik.

Kalau nak, boleh order dengan saya ok? 😄😄


 
Ammar, 8 bulan setengah, 9.5kg 😄
Fully breastfeed




Cerita berpantang, WFHM and cerita raya kita

Aih, buhsan tgok blog bersawang.
Tapi bukan mudah untuk update blog.
Sejak duduk di rumah, macam2 benda nak buat.
Tapi rumah takderla berkilat sangat pon wakakaka masih bersepah.
Im still struggle being WFHM. Before this this SAHM la sbb tgh pantang. Dah abes pantang tukarla title. :p

Breastfeeding journey
Alhamdulillah dah 2 bulan setengah pon umur si Umar.
Semua benda makin mudah.
Menyusukan dia tak sakit n dah berjaya fully breastfeed smpi skg.
Susu pon da byk (kot) sbb bila setiap kali pam dapat 4oz.
Tp sbb byk direct feed (DF) baby, maka kita pam 3x je sehari. Kadang2 2x. Ikot rajin.
Nak dapat 4oz senang je. 1 breast guna untuk DF baby, satu lagi simpan untuk pam.
Contoh bila malam, kanan tu untuk susukan baby. Kiri jangan guna. Kol 8 pagi pamla belah kiri plak.
Confirm dapat 4oz.

Faktor pemakanan n minum pon depends gak.
Kita da tau milk booster kita horlicks and jus kurma.
So memang hari2 minum ni.
Skg ni balik dari raya, 2 hari je tak susukan umar pakai botol sbb malas nak unpack barang, malas nak strelize botol masa balik, jd nyerh kasi direct je la. So semalam akhirnyerh umah pon dah bersih, dah strelize, rutin pon dah kembali semula.
Tp si umar plak reject botol. Pulakkkk. nangis2 taknak. terpaksa la buang begitu sajer. Dah 8oz membazir begitu sajer. Rasa cam malas nak mencuba lagi. sbb takmo bazir sigh anakku.
So meantime DF je la nanti esok kita cuba lagi. tp lepas ni aku nak try kasi 1oz je dulu tru botol kalau tak membazir susu2ku.

kurma madu - milk booster

Cerita berpantang
Ok kita flashback cter berpantang sekejap kie.
Masa pregnant beratku mencanak naik hampir 20kg.
gila tak.
68 kg berat last.
Berat b4 beranak 50kg.
Tapi kita positif je la.
Orang kata if pregnant baby boy mmg makan byk.
Baikla lagipon baby sihat kan.
So kat bp kita berpantang pakai tukang urut je.
Mula2 pakai sorang makcik ni tp dia urut tak best pon. 3x pakai dia.
Sekali dia urut bayar RM35.
Kat batu pahat, semua makcik2 ckp bayar ikot ikhlas.
agagaga kalo kat kl tak dptla nak harga ikot ikhlas kan.
Then makcik ku pon recommend lagi sorang tukang urut, jiran dia - makcik rahimah. best wooooo dia urut.
best sangat. dia sanggulkan rambut pon best. sesape yg dok batu pahat, kalo nak no dia tinggalkan email kie. nanti kita bagi.

then kita continue berpantang kat umah sindrik kat damansara.
Mmg dah book natalis beauty ni since my friend recommend dia.
MMG BEST SERVIS DIA.
hehe caps lock lagi.
cuma harga je la mmg kejam mata je la bayar. kata body nak pakai lama kan.
I amik Pakej Permaisuri.
So my confinement lady name is Bibik Mai.
If korang nak pakai servis dorg nak pakai confinement lady yang sama ckpla nak bibik mai.
Dia buat kjr lajuuuuu, masak pon sedap mcm mak kita masak.
Pandaikan tidurkan baby.
Yang penting dia urut sedappppppp sangat sampai tetidooooo.
If ada duit lebey bayarla untuk dia tido umah sekali.
I tak amik tido sekali sbb nak save budget hehe.
Cuba tgok blog dia, dia tgh buat contest saper beranak tahun ni leh dapat pakej confinement free.
uikss rezeki uolls la tu. Pi masuk contest tuh cepat.
Siyes, if aku pregnant kali ke2 pon nak pakai servis dorg tp nak bibik mai je yang jaga aku hahaha sbb dia urut sedapppppppp sgt. susu aku pon byk lepas diurut.

Ohs berat aku lepas berpantang adalah 58kg.
lepas raya turun jadi 55kg.
Lagi 5 kg je harus dihapuskan.
Okla tuh. orang kata jangan tamak :p
bersyukur.

WFHM
Ok nak dijadikan cerita, 2 bulan sebelum aku beranak, company aku announce nak tutup company.
WUTTTTT?
takper mungkin memang dah ditakdirkan aku kerja dari rumah.
mmg impian aku pon nak besarkan anak sindrik.
lepas discuss ngn husbandku, dia pon agree aku dok umah sambil wut kjr2 yang telah kami berdua plan.
Apa benda nyer, masih tgh menyiapkan. Insyaallah by October nampak la hasilnyer.
Memang mencabar ok buat kjr dari umah since umar masih kecil n memerlukan perhatian yang tinggi.
but it's ok if other moms can do it, i can do it too.
Plus dia semakin menyenangkan untuk dijaga. He's so adorable too. With that face, aihhhh, im willing to sacrifice anythg for him.
Even the luxury of buying more online dresses.
Kena berjimat as we dunno wut will happen next rite.
Plus benda yang aku plan pon blom siap lagi.
Semoga dipermudahkan.

Cerita raya
Raya sebelah side aku tahun ni kat Johor.
Best. sbb pergi balik dari kl to bp tak jam sangat.
3-4 jam je. aku tido ngn umar kat belakang hahahaha.
tp kena bebel ngn husband ku sbb bawak barang byk.
Dah nama pon baby mestilah barang baby lagi banyak dari mak n bapaknyerh.
Yang best tuh kemeja husband yang dah beriron semua tertinggal kat damansara hahahaha.
Sedar tertinggal pon time tuh dah kat seremban.
Terpaksa la di malam raya g parkson kat bp beli kemeja2 dia.
Takkan nak pakai baju melayu for all 3 days raya? agagaga.
Baru ada sorang anak ok, baju husband da tertinggal.
Tahun dpn wajib buat checklist.
Raya best tp penat. Umar pon ok tak buat hal petang2 je dia nak bergayut bukan main lama. sabo je la.
Naseb by the time dah nak abes beraya.

Gambar raya kita. Nanti nak frame la kat rumah baru. hehe.

with our parents

ni adik beradik pompuan. adik lelaki not in the pic

G beraya mmg bawak je carrier maxi cosi ni. Sng. Sebenarnyerh takya  maxi cosi sgt pon takper mcm akak aku pakai u-baby tuh, si aisyah tidur nyenyak je. tp tak jumper plak brand ni kat kl. arituh try gak usha yg brand biasa2 je harga dah 200++. kualiti so-so sbb tu beli maxi cosi ni.
akak aku beli 100 lebey je kat bp, quality bagus ok. cushion dia pon nampak tebal. sabo jer la.


So tuh je la update nyerh. Enjoy the pics kie. Dari si umar umur 1 bulan stgh sampai umur skg.

 ni masa sebulan stgh masa lepas cukur rambut

 haha malas nak rotate gambar

 kalo dia in deep sleep buat la aper saje dia tak heran pon



 Masa 2nd month checkup n kena cucuk. Berat nak dekat 6kg.


 ngn sepupu sebaya dia, aisyah
Tinggi tau si umar ni aku rasa ikot tokzu dia. mak aku tinggi. belah alip smer comel2 je.
aku n alip lagila pendek. hehe aku pendek pon ikot atuk aku.

 masa g beraya here n there




 skg da suka ckp and senyum n gelak

 abaikan sampah2 kat belakang tu. time ni masa kemas umah nak raya



Skrg baju newborn da tak muat. nak kena simpan dlm kotak untuk bakal adik dia nanti. :p
Romper 6-9 bulan pon just nice at his body. Sigh i luv seeing baby in rompers.
but it's ok umar. I know u r 1 healthy baby.

okla nti kita sambung lagi k.